Insurans Komprehensif: Lindungi Kereta dengan Perlindungan Terbaik 2024

Kali terakhir diperbaharui Sep 24, 2024 oleh Shafiq Wahab
Insurans Komprehensif: Lindungi Kereta dengan Perlindungan Terbaik 2024

Setiap pemilik kereta di Malaysia wajib memiliki insurans sebelum memandu di jalan raya tidak kira sama ada insurans komprehensif atau insurans pihak ketiga. Perlindungan insurans penting bagi mengelakkan pemilik kereta daripada berdepan risiko kerugian akibat kemalangan.

5 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Komprehensif

Pembelian insurans tanpa ilmu yang mencukupi boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Tanpa pengetahuan yang jelas mengenai insurans yang dibeli, ia boleh merugikan anda lebih-lebih lagi sewaktu tuntutan insurans dilakukan.

Artikel ini akan menerangkan perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan bagi membantu anda memilih insurans kereta khususnya insurans first party terbaik untuk kereta anda.

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Komprehensif

1. Kelebihan Insurans Komprehensif

Insurans komprehensif atau lebih dikenali sebagai insurans kereta first party (pihak pertama) menawarkan perlindungan paling optimum kepada pemegang polisi. Ia menawarkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat kemalangan tidak terhad kepada kenderaan pihak ketiga sahaja. Insurans pihak pertama turut melindungi kenderaan anda sendiri.

Perlindungan insurans komprehensif biasanya berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans. Biasanya, insurans komprehensif ditawarkan dengan perkhidmatan trak tunda (dengan jarak maksimum 200 km) dan bantuan di jalan raya secara percuma. Selain itu, ada sesetengah syarikat insurans akan menanggung kerosakan kereta akibat kemalangan sendiri. Anda boleh rujuk ejen insurans anda untuk info lanjut.

Penting untuk anda tahu insurans komprehensif tidak melindungi kematian atau kecederaan badan akibat kemalangan. Anda perlu menambah perlindungan Kemalangan Peribadi atau daftar polisi insurans hayat.

2. Liputan Perlindungan Insurans Komprehensif

Insurans komprehensif melindungi pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran dan kecurian. Perlindungan ini bukan sahaja melindungi kereta anda, tetapi turut meliputi perlindungan kepada pihak ketiga.

Biasanya, harga premium insurans komprehensif lebih mahal berbanding insurans pihak ketiga. Ini kerana, polisi ini melindungi kereta anda sepenuhnya daripada situasi yang tidak dijangka. Berikut adalah beberapa contoh insiden yang dilindungi oleh insurans komprehensif:

  • Kerosakan akibat kemalangan seperti kereta terbalik dan remuk;
  • Kerosakan akibat melanggar atau dilanggar oleh haiwan;
  • Kerosakan pada kereta dan bahagian kereta disebabkan kecurian;
  • Kebakaran (kes tidak disengajakan);
  • Kerosakan pada kereta disebabkan kemalangan sendiri (tidak melibatkan kenderaan atau orang lain);
  • Kerosakan pada kereta pihak ketiga;
  • Kerosakan pada tayar apabila terlanggar lubang jalan;
  • Kecederaan/kematian pihak ketiga.

Selain itu, ada keadaan tertentu yang tidak dilindungi oleh insurans komprehensif antaranya:

  • Kematian atau kecederaan pemilik kereta;
  • Kecederaan kepada penumpang dalam kereta anda;
  • Kecurian barang peribadi di dalam kenderaan; dan
  • Tuntutan yang tidak mematuhi terma dan syarat polisi insurans.

3. Perlindungan Tambahan (Add-on)

Berikut adalah perlindungan tambahan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan atau situasi anda antaranya:

Perlindungan Bencana Alam

Peril khas (Special Perils) adalah perlindungan tambahan untuk kerosakan kereta yang disebabkan oleh bencana alam seperti ribut, banjir, hujan lebat dan tanah runtuh.

Liabiliti Undang-Undang kepada/terhadap Penumpang

Perlindungan ini merupakan salah satu perlindungan tambahan yang boleh diambil bagi melengkapkan perlindungan asas insurans kereta anda. Ia melindungi anda dalam situasi liabiliti undang-undang yang disebabkan oleh penumpang atau disebabkan oleh kecuaian anda.

Untuk info lanjut berkaitan Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang dan Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang, rujuk artikel yang berkaitan.

Perlindungan Pemandu Tambahan

Anda boleh menambah pemandu tambahan jika pasangan atau anak-anak anda sering menggunakan kereta anda. Ini membolehkan anda membuat tuntutan insurans jika sesuatu berlaku kemalangan atau kerosakan semasa orang lain menggunakan kereta anda.

Perlindungan daripada Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam (SRCC)

Ada kemungkinan situasi mogok, rusuhan dan kekacauan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Anda boleh membuat tuntutan atas sebab-sebab yang dinyatakan ini jika anda menambah perlindungan tambahan ini.

Perlindungan untuk Cermin Hadapan dan Cermin Kereta

Perlindungan untuk cermin hadapan boleh dianggap penting jika anda menggunakan kereta untuk ulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Semasa memandu di lebuh raya misalnya, batu-batu kecil boleh jatuh dari lori dan menyebabkan cermin hadapan kereta retak. Anda boleh membuat tuntutan insurans cermin kereta tanpa menjejaskan NCD kereta anda.

Perlindungan untuk Penggantian Aksesori Kereta

Perlindungan insurans kereta modified ini hanya akan melindungi aksesori standard dan aksesori buatan kilang yang didatangkan bersama kereta, tidak termasuk aksesori kereta dengan versi yang dinaik taraf.

Insurans E-hailing

Bagi individu yang menggunakan kereta untuk perkhidmatan e-hailing, anda tidak dibenarkan menggunakan insurans komprehensif tanpa menambah perlindungan insurans e-hailing ini. Jika anda sudah beli insurans kereta untuk tahun semasa, anda boleh mengubah polisi anda dengan merujuk ejen insurans anda.

 4. Faktor yang Perlu Dipertimbangkan

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum beli insurans kereta komprehensif. Jika tersilap pilih, anda kemungkinan polisi insurans kereta anda berdepan masalah terlebih perlindungan (overinsured) atau terkurang perlindungan (underinsured). Berikut antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih insurans komprehensif untuk kenderaan anda:

Bajet Kewangan

Jika anda mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan, anda disarankan untuk mempertimbangkan insurans komprehensif untuk kereta anda. Ia menyediakan perlindungan paling menyeluruh untuk kereta anda sekali gus menjanjikan ketenangan minda.

Usia Kereta

Anda diwajibkan untuk memilih insurans komprehensif jika anda baru sahaja membeli kereta atau kereta anda terikat dengan pinjaman bank. Polisi ini dapat melindungi kereta anda sepenuhnya daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jenis Kereta

Kereta mewah seperti Mercedes-Benz Maybach S-Class dan BMW Z4 wajib dilengkapi dengan insurans komprehensif. Pemilik tidak perlu menanggung kos kerosakan yang tinggi jika sesuatu berlaku pada kereta.

Nilai Pasaran Kereta

Model kereta tertentu seperti Perodua Myvi, Honda City dan Toyota Vios yang berusia 10 tahun dan ke atas masih mengekalkan nilai pasaran yang tinggi. Anda boleh melindungi kereta anda dengan membeli insurans komprehensif untuk menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh.

Kawasan Kediaman

Jika anda tinggal di kawasan kediaman berisiko tinggi dan terdedah kepada risiko banjir seperti Lembah Klang dan pantai timur, anda perlu mempertimbangkan insurans komprehensif. Ini termasuklah perlindungan tambahan bencana alam untuk kereta anda.

Ia juga terpakai untuk anda yang tinggal di kawasan perumahan dengan kes kecurian yang tinggi atau jika anda tinggal berhampiran tapak pembinaan. Ini kerana anda kepada risiko kemalangan dengan jentera berat yang sering menggunakan jalan utama.

Usia Pemilik Kereta

Anda perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans komprehensif jika anda berusia bawah 26 tahun atau lebih daripada 69 tahun. Secara amnya, individu yang berumur 26 tahun dan ke bawah dianggap sebagai golongan remaja dan dikategorikan sebagai pemandu yang berisiko.

Begitu juga dengan warga emas yang berumur lebih daripada 69 tahun – biasanya berkait isu kesihatan fizikal dan penglihatan terhad semasa memandu di jalan raya.

Penggunaan Kereta

Jika anda menggunakan kereta setiap hari atau melibatkan jarak penggunaan harian yang jauh, anda perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans komprehensif. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan insurans komprehensif jika anda seorang pekerja yang sering keluar dari negeri untuk tugasan luar.

5. Insurans Komprehensif vs Insurans Pihak Ketiga

Bagi membantu anda memahami perbezaan antara kedua-dua insurans komprehensif dan insurans-insurans lain, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Jenis Insurans/ Perlindungan Insurans Komprehensif Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga
Perlindungan Meliputi kerosakan akibat kemalangan dan lain-lain. Meliputi kerosakan pada kereta pihak ketiga disebabkan kesalahan anda termasuk perlindungan untuk kecurian dan kebakaran. Meliputi kerosakan pada kereta pihak ketiga disebabkan kesalahan anda.
Ciri-ciri Wajib untuk kereta baharu, kereta berusia bawah 10 tahun serta kereta yang masih terikat dengan pinjaman bank. Dipilih oleh pemilik mengikut keperluan. Perlindungan insurans asas yang wajib untuk mana-mana kenderaan.
Kebakaran atau Kecurian Termasuk. Termasuk. Tidak termasuk.
Kematian atau Kecederaan Melindungi pemilik kereta dan pihak ketiga. Melindungi pihak ketiga sahaja. Melindungi pihak ketiga sahaja.
Tuntutan Kerosakan Sendiri Boleh buat tuntutan untuk kerosakan kereta sendiri. Tidak boleh buat tuntutan untuk kerosakan kereta sendiri. Tidak boleh buat tuntutan untuk kerosakan kereta sendiri.
Harga Premium Paling mahal. Lebih murah berbanding insurans komprehensif. Paling murah.

Dapatkan Insurans Komprehensif di Qoala untuk Perlindungan Terbaik Kereta Anda

Dapatkan Insurans Komprehensif di Qoala untuk Perlindungan Terbaik Kereta Anda

Insurans kereta merupakan perlindungan yang wajib dibeli oleh setiap pemilik kereta di Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam menyediakan jaringan keselamatan bagi mengelakkan anda daripada menanggung kerugian akibat kemalangan.

Syarikat insurans di Malaysia menawarkan pelbagai jenis insurans – anda boleh pilih mana-mana perlindungan yang sesuai bergantung pada keperluan peribadi. Anda boleh berbincang dengan ejen insurans atau lakukan penyelidikan mengenai perlindungan insurans yang sesuai untuk anda.

Jika anda mencari insurans komprehensif atau insurans first party terbaik, layari Qoala Malaysia untuk maklumat lanjut. Qoala adalah platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Qoala menyediakan polisi insurans komprehensif terbaik yang boleh dipilih berdasarkan keperluan dan bajet anda.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60