Insuran Etiqa: Definisi, Manfaat, Jenis, Harga, dan Claim

Kali terakhir diperbaharui Jun 19, 2023 oleh Syazwani Yahya
Insuran Etiqa: Definisi, Manfaat, Jenis, Harga, dan Claim

Apabila kita berbincang mengenai sesuatu yang jarang didengar, seringkali kita dimomokkan dengan pelbagai mitos. Mungkin sudah tiba masanya kita sebagai rakyat Malaysia menekankan dan membincangkan isu yang berkaitan dengan perlindungan atau dalam bahasa mudahnya, “insurans”. Disebabkan kurangnya kesedaran mengenai isu ini maka timbullah mitos-mitos mengenai insuran seperti “insurans membazirkan duit”. Jadi, benarkah insurans membazirkan duit atau ia hanyalah mitos yang berlegar-legar dalam komuniti kita sekarang. Sebab itulah, Qoala ingin mengajak pembaca semua untuk lebihkan pembacaan dan tambahkan ilmu mengenai insuran etiqa dengan menghayati artikel ini.

Apa itu Insurans Etiqa

sejarah insurans etiqa
Photo credit: ashadhodhomei via Shutterstock

Tak kenal maka tak cinta, jadi untuk mencintai “insuran” korang harus ambil tahu asal usul dan sejarah insurans Etiqa terlebih dahulu.

Sejarah Etiqa bermula di Malaysia pada tahun 2005 apabila Maybank Ageas ataupun dahulunya dikenali sebagai Mayban Ageas bersama sector insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful telah bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad dan anak syarikatnya iaitu Takaful National Sdn Bhd. Jadi, selepas 2 tahun penggabungan semua syarikat, maka pada penghujung tahun 2007, lahirlah sebuah syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia yang korang kenal sebagai Etiqa. Pada 1 Januari 2018 pula, Maybank Ageas Holdings Bhd telah mengumumkan bahawa Etiqa telah distruktur semula menjadi empat buah organisasi iaitu Etiqa General Insurance Berhad (EGIB), Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB), Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) dan Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB).

Kalau korang nak tahu, Maybank Ageas Holdings Berhad mempunyai beberapa Lembaga Pengarah yang amat komited dalam memastikan perniagaan insurans mereka berjaya memberi nilai yang terbaik kepada pemegang saham yang telah buat pelaburan saham di dalam syarikat. Antaranya ialah Y.Bhg. Datuk R. Karunakan yang merupakan Pengarah Bebas atau dikenali sebagai Pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi iaitu Mr. Antonio Cano. Ada juga ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain seperti Gary Lee Christ, Y.Bhg. Dato’ Johan Ariffin, Y. Bhg. Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Y. Bhg. Dato’ Majid Mohamad dan Y. Bhg. Datuk Mohd Najib Abdullah yang menjadi penggerak di dalam Maybank Ageas Holdings Bhd. Jadi, itulah sedikit sebanyak informasi mengenai syarikat insurans Etiqa Maybank yang korang kena tahu.

Mengapa Pengguna Memilih Etiqa?

Korang rasa kenapa rakyat Malaysia memilih Etiqa sebagai salah satu unit perlindungan?

Salah satu sebabnya adalah Etiqa merupakan sebuah syarikat insurans konvensional yang telah banyak membantu rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan. Jadi sebab tulah, ramai rakyat Malaysia memilih Etiqa sebab percaya dengan kebolehan syarikat insurans itu mengendalikan tuntutan insurans secara professional dan cekap. Bukan itu sahaja, Etiqa juga telah menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang memberangsangkan sepanjang tahun terutamanya dalam menyediakan perlindungan yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, kalau korang nak tahu Etiqa telah menjadi sebuah syarikat insurans yang kukuh dan terkemuka di Malaysia dan inilah yang membuatkan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan perkhidmatan insurans dan takaful daripada Etiqa. Dalam era pascamoden ini, dengan hanya gunakan hujung jari, korang dah boleh dapatkan perkhidmatan Etiqa pada bila bila masa dan di mana sahaja korang berada.

Manfaat Apabila Memiliki Insuran Etiqa

Pada zaman yang mencabar ini, eloklah kalau korang amalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” dengan melanggan pelan insurans dan takaful sebab korang tak boleh tahu bila bencana nak jadi. Jadinya, korang sudah tidak boleh menganggap insurans ni satu kehendak tetapi korang kena jadikan ia satu keperluan dalam kehidupan supaya insurans dapat tolong korang apabila menghadapi pelbagai musibah seperti kebakaran, kemalangan atau kecelakaan. Kalau korang menanggung sendiri kerosakan yang berlaku, korang berkemungkinan akan kerugian beratus-ratus atau lebih teruk beribu-ribu ringgit. Kita tidak mahu menyesal di kemudian hari apabila terpaksa menggunakan wang simpanan kita sendiri untuk membiayai kos-kos kemalangan atau kebakaran, jadi dapatkan insurans segera.

Banyak kelebihan yang korang dapat kalau memiliki insurans Etiqa terutamanya pada pasca Covid-19 ini. Kalau korang nak tahu, pada tahun 2020, Etiqa telah memberi manfaat khas kepada para pelanggannya di mana Etiqa telah menangguhkan pembayaran premium selama 3 bulan khusus untuk mereka yang mempunyai pelan insurans dengan tempoh melebihi 12 bulan dan bukan itu sahaja, kalau pengguna melanggan Etiqa Life Insurance Berhad atau Etiqa Family Takaful Berhad lalu mereka telah disahkan dijangkiti Covid-19, bantuan tunai sebanyak RM5000 akan diberikan oleh Etiqa.

Perbandingan Antara Produk Insurans dan Takaful

Etiqa menyediakan pelbagai produk insurans etiqa takaful untuk korang pilih yang terbaik untuk masa depan korang. Konsep insurans adalah suatu cara untuk pelanggan melindungi diri, keluarga, dan harta benda daripada sebarang kecelakaan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini. Insurans ini berfungsi apabila korang membayar sejumlah wang pada setiap bulan atau premium kepada syarikat Etiqa dan kalau korang mengalami kerugian atau kerosakan, pihak Etiqa akan membayar sejumlah pampasan bergantung kepada risiko yang ditanggung oleh korang. Contoh produk insurans Etiqa yang boleh korang langgan dalam konteks hayat dan keluarga adalah Insurans Protect 88, Insuran Ezy-Life Secure, Insuran Ezy-Secure, Insurans Etiqa Life Secure dan Insurans Enrich Life Plan.

Kalau Takaful pula, ia adalah satu bentuk perlindungan yang berasaskan Syariah atau skim yang berasaskan prinsip Ta’awun iaitu bantuan bersama. Dalam erti kata lain, takaful akan memberikan perlindungan bersama ke atas asset dan harta sekiranya salah seorang ahli ditimpa musibah. Contoh produk takaful Etiqa dalam pelan insurans hayat dan keluarga yang korang boleh pertimbangkan nanti ialah Takaful Mawaddah II, Takaful I-Secure, Takaful I-Double Secure, Takaful Aafiah Care dan Takaful Prisma.

Jenis – Jenis Produk Insurans Etiqa

produk insurans etiqa
Photo credit: Azhari Fotolestari via Shutterstock

Sebagai sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, sudah semestinya Etiqa telah mengeluarkan banyak produk insurans peribadi seperti insuran kereta, motosikal, perjalanan, rumah, simpanan, hayat dan keluarga, kemalangan diri, pelaburan, pendidikan dan kesihatan.

1. Insurans Kereta

Jadi kalau korang ingin memperbaharui insurans kereta yang ditawarkan oleh Etiqa, korang boleh daftar secara atas talian untuk dapat diskaun sebanyak 10% dan bukan itu sahaja, korang akan dapat menikmati 300km perkhidmatan tunda kereta secara percuma. Untuk pengetahuan semua, nilai yang diperlukan untuk korang menginsuranskan kereta korang adalah mengikut nilai pasaran semasa kereta yang anda miliki. Jadi adalah amat penting untuk korang tahu nilai semasa kereta anda.

2. Insurans Motosikal

Insurans motosikal ini juga merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat Etiqa dan kalau korang memperbaharui lesen motosikal korang secara atas talian, korang akan menikmati diskaun sebanyak 10%. Perlindungan yang akan korang dapat kalau beli insurans motosikal adalah Etiqa akan memberi perlindungan untuk sebarang kemalangan, kebakaran atau kecurian dan bukan itu sahaja, korang akan dapat perlindungan diri sebanyak RM6 sebulan, berbaloi bukan? Jadi, kalau korang ada motosikal dan nak ambil insurans, nilai insurans akan ikut nilai pasaran semasa atau pun kos semasa motosikal korang.

3. Insurans Perjalanan

Kalau korang suka mengembara seorang diri atau dengan keluarga, korang boleh dapatkan pelan insurans perjalanan dengan syarikat Etiqa, Jadi kalau korang daftar secara atas talian, korang akan dapat diskaun sebanyak 25%. Kalau korang belum tahu, bayaran premium untuk insurans perjalanan adalah berbeza mengikut pilihan destinasi, perancangan dan tempoh masa perjalanan ke destinasi pengembaraan korang.

4. Insurans Rumah

Kalau korang banyak duit, benda pertama yang terlintas dalam kepala korang mesti korang nak rumah sendiri, jadi kalau korang dah miliki rumah, dapatkan insurans rumah terlebih dahulu tau. Secara asasnya terdapat 3 pilihan perlindungan yang korang atau ahli keluarga boleh pilih sebelum beli insurans. Korang boleh memilih sama ada pilihan perlindungan 1 (bangunan) sebanyak RM60000, pilihan perlindungan 2 (kandungan) sebanyak RM16,000 atau pilihan perlindungan 3 (bangunan dan kandungan) iaitu sebanyak RM 76,000. Jadi korang boleh pilih ikut kemampuan dan kedudukan kewangan semasa korang.

5. Insurans Simpanan

Selain itu, bagi korang yang ingin memaksimakan pulangan tahunan bila menambah nilai simpanan, korang boleh ambil pelan insuran Triple Growth. Pelan ini membolehkan korang menerima pembayaran tunai interim dijamin yang berjumlah sehingga 126% daripada jumlah awal yang korang dah insuranskan.

6. Insurans Hayat dan Keluarga

Benda yang paling utama dalam hidup kita adalah keluarga. Jadi untuk melindungi keluarga yang tersayang, korang boleh ambil insurans hayat dan keluarga lepastu pilih pelan-pelan yang mampu korang beli. Contoh pelan yang korang boleh beli adalah pelan Insurans Ezy-Life Secure, pelan ini fleksibel mengikut keperluan keluarga korang dan korang boleh bayar serendah RM0.40 sehari. Untuk Insurans Etiqa Life Secure pula, korang boleh memilih sendiri tempoh pelan mengikut keperluan dan kemampuan korang dan satu lagi adalah pelan Enrich Life yang juga memberi fleksibiliti yang luas kepada korang untuk memilih keperluan insurans yang terbaik.

7. Insurans Kemalangan Diri

Kemalangan boleh berlaku sepanjang masa di mana-mana sahaja dan menurut Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 10,382 kes kemalangan telah berlaku dalam tempoh 32 hari pertama PKP dilaksanakan. Mengingatkan tentang hal ini, korang amatlah berisiko mengalami kemalangan setiap kali memandu atau menungggang kenderaan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, korang boleh memilih pelan-pelan yang terbaik di bawah insurans kemalangan diri seperti Insurans RiderCare PA yang memberi perlindungan sebanyak RM5000 dan hanya bayar serendah 6 sen sehari.

8. Insurans Pelaburan

Bagi korang yang suka melabur dan inginkan pulangan yang maksimum, amatlah digalakkan untuk mengambil pelan Insurans Securelink sebab pelan ini menjanjikan bonus kesetiaan setiap 3 tahun dan akan dikreditkan ke dalam akaun korang untuk memaksimumkan nilai yang korang dah labur. Di bawah pelan Insurans MaxiPro, terdapat 6 pilihan pelan untuk pengguna dengan tempoh pembayaran minimum selama 8 tahun.

9. Insurans Pendidikan

Kalau korang sudah bergelar ibu bapa dan mempunyai anak-anak, korang kena rancang daripada awal perbelanjaan pendidikan untuk anak-anak korang. Jadi kalau korang dah ada rancangan ingin membeli insuran, korang boleh cuba membeli pelan Insurans Aspire. Nilai yang boleh diinsuranskan adalah fleksibel mengikut kedudukan kewangan korang sebagai ibu-bapa dimana jumlah minimum yang diinsuranskan adalah sebanyak RM 12,500 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM 400,000.

10. Insurans Kesihatan

Kesihatan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita tambah pada zaman pasca Covid-19 ini. Jadi, korang adalah amat digalakkan untuk memiliki pelan insurans kesihatan kerana pada zaman ini, insurans kesihatan merupakan satu keperluan di dalam kehidupan. Contoh pelan yang boleh korang ambil ialah Insurans e-Medical pass yang bermula daripada RM 1.74 sehari. Terdapat juga pelan lain seperti Insurans e-CancerCare yang memberikan perlindungan serendah 21 sen sehari.

Perkara yang Dilindungi Oleh Setiap Produk yang Dikeluarkan Oleh Syarikat Etiqa

1. Insuran Kereta Komprehensif

Kalau korang memilih insuran kereta komprohensif yang ditawarkan Etiqa, korang akan menerima rebat sebanyak 10% tetapi korang kena memperbaharui insurans secara atas talian. Selain itu, sekiranya korang memilih insurans ini, Etiqa akan memberikan perlindungan untuk semua pemandu tanpa sebarang premium tambahan dan paling penting mereka akan menyediakan bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya. Korang hanya perlu menghubungi talian Claims Careline dan semuanya diuruskan oleh syarikat insurans. Tambahan lagi, kalau korang dah berumur berumur 21 tahun ke atas, tiada ekses dikenakan ke atas korang kalau nak buat sebarang tuntutan.

2. Insurans Komprehensif Motosikal

Berita baik untuk pengguna motosikal, pihak Etiqa menawarkan insurans komprehensif motosikal untuk korang dapatkan perlindungan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada motosikal. Jadi kalau korang merupakan pengguna motosikal, disarankan ambil insurans komprehensif ini sebab dia bagi perlindungan kalau korang terlibat dengan kemalangan diri. Bukan itu sahaja, pihak Etiqa juga akan memberikan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga.

3. Insurans Perjalanan

Bagi korang yang sering mengembara seorang diri atau bersama keluarga di dalam atau ke luar negara adalah amat digalakkan untuk membeli pelan insurans perjalanan Tripcare 360 untuk mendapatkan perlindungan lebih-lebih lagi kalau korang kehilangan bagasi, terlewat waktu perjalanan atau berlaku sebarang kesulitan sewaktu dalam pengembaraan korang. Korang akan dapat banyak manfaat kalau ambil pelan Insurans Tripcare 360 seperti rawatan perubatan tanpa tunai di mana pihak Etiqa akan menyediakan surat jaminan (kemasukan ke hospital tanpa tunai) untuk perjalanan ke luar negara. Selain itu, kalau korang kehilangan barang berharga dalam tempoh pengembaraan, korang boleh membuat tuntutan sebanyak RM5000 hanya melalui aplikasi WhatsApp. Mudah!

4. Insurans Rumah

Bagi korang yang sudah memiliki rumah, korang dinasihatkan untuk ambil Insurans pemilik rumah supaya dapat membantu meringankan beban korang untuk bayar kos penggantian dan pembaikan rumah. Manfaat lain yang boleh korang dapat ialah Etiqa akan membayar balik ganti rugi untuk kerosakan rumah akibat bencana alam tambah-tambah sewaktu banjir dan korang akan menerima perlindungan daripada Etiqa sekiranya rumah mengalami sebarang kerosakan yang disebabkan oleh haiwan atau kenderaan. Tidak salah kalau korang bersedia dari awal sebab banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

5. Insurans Simpanan

Seterusnya, kalau korang suka menyimpan, pelan insurans simpanan adalah yang tebaik untuk korang. Pelan insurans yang korang boleh pilih ialah Insurans Triple Growth di mana ia memberi perlindungan dan jaminan di mana jumlah asas insurans, bonus, pembayaran tunai terkumpul dan sebarang tunggakan yang korang lakukan akan dibayar sekaligus oleh syarikat Etiqa sekiranya pengguna meninggal dunia/mati atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

6. Insurans Hayat dan Keluarga

Etiqa juga menawarkan Insurans Hayat dan Keluarga yang mampu dimiliki oleh semua. Pelan-pelan di bawah insurans Hayat dan Keluarga ialah Insurans Protect 88 yang melindungi korang dari usia muda sehingga usia tua , korang juga boleh mengambil pelan Insurans Ezy-life Secure dan mendapat manfaat sekiranya korang hilang upaya akibat kemalangan. Terdapat juga pelan Insurans Ezy-Secure yang memberi perlindungan kepada korang dari umur 21 tahun sehingga 80 tahun dan akhir sekali Insurans Enrich Life Plan yang memberi perlindungan insurans, perubatan, perlindungan penyakit wanita dan perlindungan penyakit kritikal.

7. Insurans Kemalangan

Sekiranya korang terlibat dengan kemalangan, Etiqa menawarkan perlindungan kewangan yang terbaik apabila korang membeli insurans kemalangan diri. Antara pelan-pelan yang ditawarkan ialah Insurans Buddy PA yang memberi perlindungan kemalangan khususnya kepada peminat sukan, mangsa jenayah, wanita dan keluarga. Selain itu, terdapat juga Insurans RiderCare PA yang membantu meringankan beban kewangan korang, Insurans Khas Perlindungan Kemalangan Kereta (CAPS) yang melindungi korang sama ada sebagai pemandu atau penumpang dan Insurans Flexi PA yang membantu melindungi beban kewangan yang korang tanggung . Bukan itu sahaja, terdapat juga Insurans Mega PA yang melindungi orang dewasa, kanak-kanak atau keluarga sekiranya menjadi mangsa jenayah.

8. Insurans Pelaburan

Bukan itu sahaja, bagi korang yang gemar melabur, banyak juga pelan-pelan yang boleh korang ambil di bawah insurans pelaburan. Sebagai contoh Insurans Securelink yang memberi perlindungan secara berterusan walaupun korang dah hilang upaya menyeluruh, Insurans MaxiPro, dan Insurans Megalink yang memberi perlindungan sehingga RM 2 juta dan ada tambahan sebanyak 200 peratus daripada jumlah yang korang insuranskan dimana syarikat akan berikan kepada pewaris korang kalau korang dah tiada nanti.

9. Insurans Pendidikan

Bagi ibu-bapa yang merancang untuk menambah dana Pendidikan pintar untuk anak-anak boleh mengambil pelan Insurans Aspire. Dengan adanya pelan Insurans Aspire, pihak Etiqa dapat membantu memenuhi keperluan Pendidikan anak-anak dan memberi ganjaran tunai kepada mereka sebagai galakan untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai gred cemerlang. Ibu- bapa yang membayar insurans di bawah Pelan Insurans Aspire akan dibayar 50% daripada jumlah yang telah diinsuranskan.

10. Insurans Kesihatan

Pada zaman moden ini, kesihatan menjadi keutamaan bagi setiap rakyat, jadi Etiqa menawarkan insurans kesihatan dan pelan-pelan yang terbaik dan mampu korang miliki. Antara pelan-pelan yang ada ialah Insurans e-Medical Pass yang memberi faedah hospital dan pembedahan, Insurans e-Cancer Care yang menyediakan perlindungan untuk pesakit kanser peringkat awal, Insurans Medical Plus yang memberi perlindungan hayat tanpa had kepada pengguna dan Insurans IL Medical Plus. Seterusnya, pelan Insurans IL CI Plus yang melindungi pengguna daripada 68 jenis penyakit, Insurans IL Cancer Shield dan Insurans IL Female Essential khusus memberi perlindungan kepada wanita yang menghidap penyakit kritikal.

Cara Membuat Tuntutan Insurans

Jangan bimbang kalau korang tidak tahu cara nak buat tuntutan insurans, mungkin ia kelihatan seperti banyak langkah tetapi prosesnya adalah cukup mudah. Korang boleh baca cara membuat tuntutan di bawah tetapi pastikan baca juga polisi yang dikeluarkan oleh Etiqa supaya senang nak buat tuntutan nanti.

Secara umumnya, kalau korang ingin membuat tuntutan insurans korang mestilah:

  • memaklumkan kepada syarikat insurans Etiqa dengan secepat mungkin iaitu dalam tempoh 24 jam, namun mestilah tidak lewat daripada 30 hari selepas kerosakan atau kehilangan.
  • Ataupun korang juga boleh membuat dan mengemukakan tuntutan secara atas talian di laman web www.etiqa.com.my atau melalui emel yang telah disediakan di laman web Etiqa.
  • Cara yang paling mudah untuk korang buat tuntutan adalah melalui platform WhatsApp syarikat insurans dan paling penting setiap masalah yang timbul, korang kena baca kembali kontrak polisi insurans yang diberikan. Di bawah, kami sertakan contoh- contoh tuntutan insurans yang boleh korang jadikan rujukan.

1. Insurans Motor

Bagi korang yang ambil insurans dan takaful Etiqa, terdapat beberapa panduan untuk memudahkan proses tuntutan. Bagi membuat tuntutan kemalangan kenderaan bermotor, korang haruslah terlebih dahulu menghubungi syarikat insurans Etiqa atau menghubungi Pusat Panggilan Accident Assist. Seterusnya, korang boleh mengambil gambar dan kumpulkan semua bukti daripada kawasan kemalangan untuk diserahkan kepada syarikat Insurans seperti kerosakan yang berlaku pada kereta dan akhir sekali korang kena buat laporan polis supaya tuntutan korang tidak ditolak.

2. Insurans Perjalanan

Untuk tuntutan insurans perjalanan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, korang mesti megemukakan pengesahan bertulis tentang tempoh kelewatan daripada syarikat penerbangan tersebut atau ejen. Korang juga harus memberi jadual asal penerbangan serta jadual baru yang telah dikemas kini oleh syarikat penerbangan. Jangan lupa kemukakan juga salinan pas masuk ke lapangan terbang korang untuk memudahkan urusan tuntutan insurans.

3. Insurans Rumah

Selain itu, untuk membuat tuntutan rumah sekiranya rumah korang terbakar atau dipecah masuk korang mesti menyediakan beberapa dokumen sebelum membuat tuntutan di syarikat Etiqa. Yang pertama, korang perlu membuat laporan polis kerana ini merupakan bukti wajib menunjukkan berlakunya kerosakan pada harta benda atau rumah. Seterusnya, korang kena ambil gambar menunjukkan harta benda di dalam rumah korang telah rosak dan bukan itu sahaja, segala salinan invois, bil dan anggaran harga barang rumah yang asli perlu dikemukan kepada syarikat insurans.

Anugerah dan Kecermelangan

Kecemerlangan Etiqa dalam menawarkan produk dan perkhidmatan insurans serta takaful yang memberangsangkan sepanjang tahun telah melayakkan mereka untuk mendapat pelbagai anugerah serta pengiktirafan. Anugerah terbaru yang telah diraih oleh Etiqa ialah Anugerah Takaful Motor oleh IBanding pada tahun 2019 dan pada tahun yang sama juga, Etiqa telah menerima Anugerah Tahunan MRC 2019 dan anugerah Kajian Penanda Aras The Asset 2019 (ETIQA, 2021). Kejayaan dan kecermerlangan Etiqa terus terukir apabila mereka berjaya mendapat anugerah KLIFF Islamic Finance Awards 2019 atas kejayaan sebagai syarikat takaful yang paling cemerlang dan bukan itu sahaja anugerah yang diterima oleh Etiqa, pada tahun 2019 juga mereka berjaya mendapat anugerah Global Banking & Finance Awards 2019.

Sekarang korang dah tahu dengan mendalam mengenai insuran Etiqa, jadi selepas ini mungkin korang akan lebih teliti untuk membuat pilihan dan yang paling penting korang tidak mudah percaya mitos-mitos mengenai insurans. Insurans tidak membazirkan duit korang sebab kalau difikirkan kembali, bayaran insurans adalah lebih rendah dibandingkan dengan kos yang perlu korang bayar apabila “musibah” datang. Kalau korang dah faham dan ada ilmu mengenai insurans walaupun sedikit, sebarkan kepada orang lain agar mereka tahu kepentingan insurans dalam hidup pada zaman sekarang. Jangan lupa membeli produk insurans hanya di Qoala App!

Kongsi:
About Writer
Ramen Hasniran
Berpengalaman dalam Pemasaran Media Sosial, kini meluaskan kepakaran ke arah kandungan SEO dan penjenamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60