Diskaun Tanpa Tuntutan atau lebih dikenali sebagai NCD kereta merupakan ganjaran yang ditawarkan kepada pemilik polisi yang menunjukkan tingkah laku pemanduan yang baik. Anda boleh semak NCD kereta secara dalam talian untuk mengetahui kadar NCD semasa anda.
Diskaun Tanpa Tuntutan: Apa Itu NCD Insurans Kereta?
NCD kereta merupakan diskaun atau bonus yang ditawarkan sekiranya pemilik polisi tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tempoh polisi aktif. Pemilik kenderaan yang mengekalkan rekod tanpa tuntutan dalam tempoh lima tahun pertama boleh nikmati kadar diskaun sehingga 55 peratus.
Dalam erti kata lain, pemilik polisi boleh nikmati kadar insurans kereta yang lebih murah semasa pembaharuan insurans tahunan.
Berapa Kadar NCD Insurans Kereta di Malaysia?
Pemegang polisi akan mula menikmati potongan ini bermula dari tahun kedua sehingga tahun keenam dan seterusnya jika tiada tuntutan insurans kemalangan dibuat.
Di Malaysia, kadar NCD ditentukan oleh Persatuan Am Insurans Malaysia (PIAM) – semua penyedia insurans diwajibkan mengikut kadar yang telah ditetapkan ini. Jadual di bawah menunjukkan kadar NCD yang dikenakan untuk pelbagai jenis kenderaan di Malaysia:
Tempoh Tanpa Tuntutan | Kereta Persendirian (%) | Motosikal (%) | Kenderaan Komersial (%) |
Tahun Pertama | 0 | 0 | 0 |
Tahun Ke-2 | 25 | 15 | 15 |
Tahun Ke-3 | 30 | 20 | 20 |
Tahun Ke-4 | 38.33 | 25 | 25 |
Tahun Ke-5 | 45 | 25 | 25 |
Tahun 6 Ke Atas | 55 | 25 | 25 |
Sebagai contoh, andaikan anda memiliki Perodua Myvi dan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap insurans kereta anda selama tiga tahun. Anda layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus daripada bayaran premium insurans semasa anda memperbaharui insurans kereta anda.
Adakah Tuntutan Insurans Boleh Mempengaruhi Kadar NCD Insurans Kereta?
Secara asasnya, NCD kereta menggalakkan pemilik kenderaan untuk memandu dengan selamat dan berhati-hati semasa di jalan raya. Sekiranya claim insurans kemalangan dilakukan, kadar diskaun NCD ini ditolak dan kembali kepada sifar peratus pada tahun berikutnya
Namun begitu, tidak semua tuntutan insurans kemalangan akan menjejaskan kadar NCD kereta. Ada situasi tertentu tuntutan insurans boleh dibuat tanpa menjejaskan kadar NCD kereta antaranya:
- Anda menggunakan perlindungan tambahan cermin depan untuk tuntutan menggantikan cermin depan retak; atau
- Anda terlibat dalam kemalangan dan berjaya membuktikan kemalangan bukan berpunca daripada kecuaian anda (melalui report polis kemalangan.
Bagaimana Cara Semak NCD Kereta Secara Dalam Talian?
Bagaimana anda boleh mendapatkan maklumat tentang kadar NCD kereta semasa anda? Jika anda tidak pasti, anda boleh ikuti panduan cara semak NCD kereta secara online yang boleh dilakukan dengan mudah seperti berikut:
- Layari laman web www.mycarinfo.com.my;
- Pada halaman utama, klik pada pilihan NCD Enquiry;
- Kemudian, klik pada butang Find Out Your NCD Online;
- Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan dan Nombor Kad Pengenalan, kemudian tandakan kotak untuk menerima terma dan syarat serta lengkapkan CAPTCHA I’m not a robot;
- Klik Get My NCD Report untuk semak NCD kereta anda secara dalam talian. Selain semak NCD kereta, anda juga akan menerima laporan lengkap yang mengandungi maklumat seperti:
-
- Peratusan NCD semasa dan NCD seterusnya;
- Tarikh berkuat kuasa NCD semasa dan NCD seterusnya; serta
- Tempoh perlindungan polisi semasa.
Perbaharui Insurans Kereta Anda dengan Mudah di Qoala
Dengan kemudahan semak NCD kereta secara online, anda boleh pantau dan semak NCD kereta anda dengan mudah. Ia sekali gus dapat mengelakkan situasi seperti tuntutan insurans dibuat oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan anda. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi, anda dapat menikmati diskaun insurans sehingga 55 peratus semasa perbaharui insurans.
Oleh sebab itu, elakkan daripada membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan kecil yang melibatkan kerosakan yang tidak teruk. Strategi ini secara tidak langsung boleh membantu mengekalkan NCD dan membolehkan anda menikmati premium insurans kereta murah pada tahun berikutnya. Pertimbangkan untuk menggunakan dana kecemasan jika jumlah kerosakan yang berlaku tidak terlalu besar.
Selain itu, jika anda sedang mencari insurans kereta terbaik pada harga yang berpatutan, layari laman web Qoala hari ini. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh pilih mana-mana insurans kereta yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.