Pernahkah anda terfikir macam mana cara untuk kira insurans kereta yang selalu ditetapkan oleh pihak insurans sebelum ini? Dan kenapa kita harus tahu cara kira insurans ni? Sebenarnya cara kira insurans ni boleh dibuat supaya kita boleh merancang bajet perbelanjaan kita dan mula menyimpan dari sekarang.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kira Insurans Kereta
Bila telah sampai tarikh tamat tempoh, perkara yang perlu kita bayar adalah perlindungan insurans dan juga cukai jalan. Fungsi pembayaran insurans adalah untuk memberikan jaminan bayaran kerosakkan jika berlaku apa-apa kemalangan terhadap kenderaan anda.
Cukai jalan (road tax) pula adalah sebagai cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap kenderaan anda untuk dibolehkan dipandu di atas jalan raya. Ketika hendak renew road tax anda, bayaran yang perlu dibuat adalah pembaharuan semula cukai jalan dan bayaran insurans untuk tempoh setahun.
Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu untuk kira insurans:
1. Harga Semasa Kenderaan
Cara yang paling mudah untuk ketahui harga semasa kenderaan anda adalah dengan melayari laman laman jual-beli dan penyenaraian barang iaitu mudah.my. Anda boleh semak berapakah harga jualan semasa kereta anda ataupun menggunakan kalkulator secara online di Car Market Value Calculator.
2. Kapasiti Engin Kenderaan
Terdapat pelbagai jenis kapasiti enjin kenderaan yang ada di Malaysia seperti 660cc, 860cc, 1000cc, 1300cc, 1600cc, 1800cc, 2000cc dan ke atas. Untuk kira insurans kereta dan juga road tax, anda perlu mengenalpasti kapasiti saiz enjin anda.
3. No Claim Discount (NCD)
Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount merupakan satu bentuk pengurangan bayaran yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan. Selalunya diskaun yang diberikan adalah berdasarkan tahun anda mula memiliki kenderaan tersebut.
Contohnya adalah tahun pertama 25 peratus NCD, tahun kedua 30 peratus NCD, tahun ketiga 38.33 peratus NCD, tahun keempat 45 peratus NCD dan tahun kelima dan seterusnya adalah sebanyak 55 peratus NCD.
Anda boleh rujuk NCD anda secara online atau ketahui lebih lagi di artikel kami berkenaan NCD.
Cara Kira Harga Insurans Kereta
Berikut merupakan formula asas yang boleh digunakan untuk kira insurans kereta anda:
Formula Asas Kira Insurans Kereta
Formula asas untuk mengira insurans kereta adalah seperti berikut:
Jumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan Tambahan (jika ada)+ 6% SST + Duti Setem
Sebagai contoh, kereta yang digunakan ialah Perodua Axia 1.0 G dengan jumlah perlindungan (nilai yang dipersetujui) = RM31,000.
Kadar Premium Asas | RM976.95 |
Kadar Premium Kasar selepas ditolak NCD (45%) | RM439.63 |
Perlindungan Tambahan | RM120 (jumlah perlindungan cermin kereta bernilai RM800) |
Cukai Perkhidmatan | RM33.60 |
Duti Setem | RM10 |
Jumlah Premium Komprehensif | RM706.76 |
Bandingkan Insurans Kereta dan Pilih Perlindungan Yang Sesuai
Kini anda sudah pun tahu tentang cara kira insurans kereta. Tetapi maklumat yang dipaparkan hanyalah sebagai ukuran umum sahaja. Boleh jadi jumlah yang perlu anda bayar sedikit lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada pihak insurans manakah yang anda pilih untuk cover kos pampasan kemalangan jika berlaku.
Oleh itu, sebagai pengguna kita semestinya perlu membuat perbandingan sebelum memutuskan sebarang perlindungan yang sesuai. Setiap syarikat insurans mahupun takaful pastinya ada menawarkan harga serta manfaat yang berbeza.
Diharapkan perkongsian tentang rujukan kaedah cara kira insurans kereta ini berguna kepada anda. Qoala merupakan platform insurans yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan pilih insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans terbaik. Proses renew insurans kereta boleh dilakukan dengan lebih cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!