2 Cara Tukar Nombor Telefon KWSP kepada Nombor Baharu

Kali terakhir diperbaharui Sep 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
2 Cara Tukar Nombor Telefon KWSP kepada Nombor Baharu

Bagi ahli KWSP yang berdepan masalah untuk menerima OTP atau TAC melalui SMS, ada kemungkinan nombor telefon yang berdaftar tidak aktif. Jika anda berdepan situasi ini, anda perlu tukar nombor telefon KWSP yang tidak aktif kepada nombor yang baharu. Ini bagi membolehkan anda melakukan urus niaga dengan KWSP secara online tanpa sebarang masalah.

Cara Kemas Kini No Telefon KWSP di Kaunter atau Kiosk KWSP

Nombor telefon KWSP yang aktif dapat membantu pihak KWSP mengesahkan identiti untuk apa-apa urusan, pertanyaan atau urus niaga berkaitan akaun anda. Buat masa ini, penukaran nombor telefon untuk TAC atau OTP hanya boleh dibuat melalui kiosk layan diri atau kaunter KWSP berdekatan. Biasanya, ahli KWSP perlu tukar nombor telefon KWSP disebabkan oleh:

  • Nombor berdaftar dengan i-Akaun KWSP adalah nombor lama dan tidak lagi digunakan;
  • Nombor berdaftar sudah ditamatkan perkhidmatan (nombor telefon expired);
  • Nombor berdaftar tidak lagi digunakan kerana telefon anda hilang atau dicuri;
  • Anda menggunakan nombor telefon yang baharu dan nombor tersebut masih lagi belum didaftarkan dengan KWSP i-Akaun.

Cara Tukar Nombor Telefon KWSP di Kaunter atau Kiosk KWSP

Cara Tukar Nombor Telefon KWSP di Kiosk

Proses tukar nombor telefon KWSP melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari pemohon. Oleh sebab itu, urusan tukar no KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online melalui portal atau aplikasi mudah alih i-Akaun KWSP atas sebab keselamatan. Berikut cara kemas kini atau tukar nombor telefon KWSP di kiosk untuk panduan anda:

  1. Hadir ke mana-mana kiosk layan diri KWSP berdekatan anda. Untuk senarai penuh lokasi kiosk KWSP berdekatan anda, sila rujuk senarai lokasi kiosk KWSP ini. Pastikan anda bawa bersama dokumen pengenalan diri atau kad pengenalan anda;
  2. Sentuh skrin untuk memulakan urus niaga dan buat pilihan bahasa, kemudian pilih “Kemas Kini Maklumat” pada skrin;
  3. Masukkan kad pengenalan di bahagian reader yang tersedia di bahagian kiri mesin. Pastikan kad pengenalan anda dimasukkan dengan betul dan ikuti arahan pada skrin.
  4. Imbas ibu jari kanan untuk tujuan pengesahan identiti;
  5. Kemudian, pilih “Kemas Kini No Telefon Bimbit untuk TAC“. Kemas kini nombor telefon lama anda kepada nombor telefon baharu, kemudian tekan butang “Kemas Kini”;
  6. Skrin akan memaparkan nombor telefon KWSP yang baharu untuk pengesahan. Semak semula nombor tersebut sebelum buat pengesahan;
  7. Tekan butang “Hantar” untuk mengesahkan kemas kini. Skrin akan memaparkan mesej pengesahan nombor telefon anda telah berjaya dikemas kini dalam sistem KWSP. Nombor telefon baharu anda akan dikemas kini dalam sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.

Cara Tukar Nombor Telefon KWSP di Kaunter Cawangan KWSP

Selain tukar nombor telefon KWSP di kiosk layan diri, anda juga boleh kemas kini nombor telefon anda melalui mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda. Sekiranya anda ingin tukar nombor telefon di kaunter, anda perlu mengisi borang Kemas Kini Maklumat Ahli KWSP (KWSP 3) terlebih dahulu.

Borang KWSP 3 ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KWSP. Lengkapkan maklumat yang diperlukan termasuk nombor telefon baharu anda, kemudian:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda. Pastikan anda bawa bersama dokumen pengenalan diri atau kad pengenalan serta nombor akaun KWSP anda;
  2. Ambil nombor giliran dari mesin tiket yang disediakan dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil. Pergi ke kaunter yang ditetapkan dan maklumkan kepada pegawai KWSP yang anda ingin mengemas kini nombor telefon KWSP;
  3. Anda akan diminta untuk mengemukakan MyKad dan nombor akaun KWSP untuk tujuan pengesahan identiti dan semakan lanjut;
  4. Serahkan borang berserta nombor telefon baharu anda kepada pegawai – maklumat anda akan dikemas kini dalam sistem KWSP;
  5. Semak semula maklumat pada penyata yang diterima untuk memastikan nombor telefon baharu yang berdaftar adalah betul.

Penukaran nombor telefon KWSP hanya dibenarkan melalui kaunter atau kiosk – tiada pilihan tukar nombor telefon KWSP secara online buat masa ini. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan akaun ahli diakses atau dikemas kini secara tidak sah oleh individu lain. Hanya pemilik akaun yang sah sahaja yang dapat mengemas kini maklumat peribadi setelah melalui proses pengesahan identiti yang ketat.

Tukar Nombor KWSP di Kiosk KWSP

Apa Kesan Jika Tidak Kemas Kini Nombor Telefon dalam Sistem KWSP?

Sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar dalam sistem KWSP tidak aktif, ia boleh beri kesan kepada urusan online anda. Anda mungkin berdepan masalah antaranya:

Terlepas Maklumat Penting

Sekiranya nombor telefon KWSP anda tidak sama dengan nombor yang didaftarkan dalam sistem KWSP, anda mungkin terlepas maklumat penting yang dihantar oleh KWSP melalui SMS atau panggilan telefon.

Proses Lebih Perlahan

Selain itu, nombor telefon yang tidak aktif boleh menjejaskan urusan anda. Ia boleh menyebabkan kelewatan atau kesukaran bagi pihak KWSP untuk memproses permintaan anda.

Sebagai contoh, andaikan anda menghubungi KWSP untuk urusan berkaitan akaun anda. Pegawai KWSP akan mengambil masa yang lama untuk melakukan pengesahan identiti anda kerana nombor yang digunakan tidak sama dengan rekod KWSP.

Terdedah Risiko Penipuan

Nombor telefon yang tidak dikemas kini dalam sistem KWSP juga boleh meningkatkan risiko penipuan atau pemalsuan identiti. Penjenayah boleh mengakses atau menggodam akaun anda menggunakan nombor telefon lama yang tidak lagi digunakan.

Dapatkan Perlindungan Insurans Kesihatan Terbaik di Qoala Malaysia Hari Ini

Dapatkan Perlindungan Insurans Kesihatan Terbaik di Qoala Malaysia Hari Ini

Penting untuk anda pastikan nombor telefon KWSP anda sentiasa dikemas kini dan kekal aktif. Sekiranya nombor telefon berdaftar tidak lagi aktif atau tidak sepadan dengan rekod KWSP, anda disarankan untuk kemas kini maklumat anda dengan segera. Semasa mengemas kini maklumat anda, pastikan anda menggunakan nombor telefon yang aktif dan boleh dihubungi.

Elakkan daripada menggunakan nombor telefon sementara, nombor telefon ahli keluarga atau nombor yang tidak lagi digunakan. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan perlindungan insurans untuk ketidakpastian masa depan, layari qoala.my hari ini. Qoala adalah platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia.

Qoala Malaysia menawarkan polisi insurans perubatan dan kesihatan terbaik dengan harga yang kompetitif dan tawaran yang optimum.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60