Ramai dalam kalangan anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda boleh dengan gaji 1500 beli rumah lebih-lebih lagi dengan mengambil kira keadaan kewangan dan ekonomi semasa. Secara asasnya, proses beli rumah pertama dengan penyata gaji kecil boleh dibuat jika dilakukan dengan cara yang betul. Artikel ini akan membantu anda kenal pasti cara beli rumah dan tips yang boleh anda praktikkan untuk beli rumah pertama dengan gaji 1500.
Gaji RM1,500 Beli Rumah: Loan Rumah Menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)
Jika anda bukan penjawat awam yang boleh nikmati skim pinjaman perumahan LPPSA dan anda tidak mempunyai pekerjaan tetap atau memiliki gaji kecil dengan pendapatan purata kasar minimum RM1,000 sebulan tanpa slip gaji, anda boleh mempertimbangkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40 kini boleh memiliki kediaman sendiri kerana kerajaan sedia membantu memudahkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).
3 Perkara Tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan Anda Perlu Tahu
Apa itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)? Secara asasnya, SJKP merupakan skim pembiayaan yang bertujuan untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil memiliki kediaman sendiri. Ia sekali gus membolehkan rakyat Malaysia seperti nelayan, petani, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain pekerjaan boleh memohon membeli rumah pertama berharga sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.
1. Kelayakan
Secara amnya, semua rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap layak untuk memohon skim pembiayaan ini. Berikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi melayakkan anda untuk memohon skim ini:
-
-
-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (joint loan dibenarkan);
- Pembelian rumah kediaman baru atau rumah subsale atau rumah lelong pertama dalam kategori rumah kos rendah atau sederhana, atau rumah mampu milik untuk didiami sendiri;
- Terbuka untuk rumah kediaman baru, rumah under construction, rumah subsale atau rumah lelong;
- Jumlah bayaran balik untuk kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65 peratus daripada pendapatan kasar bulanan;
- Tiada rekod CCRIS tertunggak (melebihi dua bulan bagi tempoh 12 bulan terkini) serta lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
-
-
2. Dokumen Diperlukan
Bagi memudahkan proses permohonan anda, berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan:
-
-
-
- Perjanjian Jual Beli yang asal/borang tempahan/resit downpayment rumah;
- Penyata akaun bank atau deposit tetap enam bulan terkini (jika ada);
- Penyata cukai pendapatan/penyata KWSP terkini;
- Surat pengesahan pekerjaan;
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Surat pengesahan majikan (jika ada);
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran nelayan; atau permit teksi (mana-mana berkenaan);
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
-
-
3. Proses Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk memohon skim pinjaman perumahan ini, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:
-
-
-
- Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang mengambil bahagian dan bukan secara terus di pejabat SJKP;
- Bakal peminjam perlu mengenal pasti kediaman yang dikehendaki terlebih dahulu, sebelum memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat;
- Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak;
- Bank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan perlindungan;
- SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan);
- Institusi Kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP;
- Peminjam yang menerima LO boleh memiliki rumah idaman selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan.
-
-
Jadual berikut merupakan ringkasan berkaitan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membantu anda memahami skim ini dengan lebih baik:
Perkara | Penerangan |
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan gadai janji. |
Had Pembiayaan | Pinjaman sehingga RM400,000 (termasuk jumlah pembiayaan prinsipal, MRTA atau MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian). |
Jenis Pembiayaan | Pembiayaan bertempoh. |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tamat tempoh pembiayaan atau mana-mana terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan). |
Jaminan Pembiayaan | Jaminan 100 peratus atas jumlah pembiayaan prinsipal (termasuk MRTA atau MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) yang diperolehi daripada Institusi Kewangan yang terlibat. |
Kadar Faedah/Keuntungan | Tertakluk pada kadar faeedah yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan terlibat. |
Deposit | Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan. |
5 Strategi Beli Rumah Pertama Gaji Kecil Anda Boleh Cuba
Secara asasnya, terdapat beberapa strategi dan cara yang anda boleh praktikkan untuk beli rumah dengan gaji kecil (gaji 1500). Berikut lima strategi yang biasa dilakukan yang boleh anda cuba:
1. Skim Perumahan Kerajaan, Rumah Mampu Milik
Skim Perumahan Kerajaan atau Rumah Mampu Milik diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri. Di Malaysia, banyak projek perumahan mampu milik ditawarkan seperti Rumah Mampu Milik Johor dan Rumah Mampu Milik Sarawak, Rumah Selangorku dan banyak lagi.
2. Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)
Bagi penjawat awam pula, anda boleh mempertimbangkan Skim Perumahan Kakitangan Awam atau Pinjaman LPPSA. Skim pinjaman perumahan kerajaan ini memfokuskan pemilikan rumah terutamanya penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3. Beli Rumah Lelong
Sekiranya anda mempunyai gaji yang kecil, anda juga boleh memiliki kediaman sendiri dengan membeli rumah lelong atau rumah secondhand. Meskipun ia kedengaran mudah, anda disarankan untuk mengkaji kekurangan dan kelebihan beli rumah sebegini untuk mengelakkan anda daripada menanggung kerugian akibat tersalah pilih.
4. Joint Loan atau Pinjaman Bersama Pasangan/Ahli Keluarga
Pinjaman bersama menggabungkan kelayakan pinjaman perumahan anda dengan pasangan anda. Ini bermaksud, jika anda memiliki gaji kecil, anda boleh gabungkan kelayakan pinjaman bersama pasangan anda bagi membolehkan anda dapat beli rumah dengan kelayakan dan harga rumah yang lebih tinggi.
5. Pengeluaran KWSP Akaun 2
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk beli rumah. Kebenaran pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk pembelian rumah ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk berlindung apabila menghadapi usia persaraan nanti.
Kelayakan Gaji Beli Rumah 2022: Gaji 1500 Boleh Beli Rumah?
Secara asasnya, tiada gaji minimum yang ditetapkan untuk melayakkan anda beli rumah. Ia bergantung pada harga rumah yang ingin dibeli dan penilaian tahap kewangan anda oleh pihak bank. Pihak bank akan menggunakan Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) untuk mengira kelayakan pinjaman anda. Bagi anda yang mungkin tidak tahu apa itu DSR, DSR merujuk pada nisbah pembiayaan hutang dengan pendapatan kasar isi rumah dengan mengambil kira setiap komitmen, hutang dan prestasi kewangan semasa anda.
Ini bermaksud, DSR akan menetukan sama ada anda layak untuk memohon pinjaman perumahan dengan pihak bank atau tidak. Di Malaysia, kadar DSR anda tidak boleh melebihi 70 peratus bagi melayakkan anda untuk beli rumah. Meskipun begitu, ia bergantung pada polisi setiap bank kerana setiap bank mempunyai nilai DSR yang berbeza dan ada sesetengah bank yang menetapkan syarat kelayakan kadar DSR yang lebih rendah.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda memiliki gaji 1500 dan ingin beli rumah. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beli insurans rumah terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia yang menyediakan insurans daripada pelbagai syarikat insurans terbaik dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.