Semak No KWSP Online Melalui Kad Pengenalan 2024

Kali terakhir diperbaharui Aug 14, 2024 oleh Shafiq Wahab
Semak No KWSP Online Melalui Kad Pengenalan 2024

Setiap ahli yang berdaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilengkapi dengan nombor pengenalan unik. Nombor ini memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan KWSP seperti pengeluaran, simpanan dan lain-lain. Tetapi, apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda terlupa nombor ahli KWSP? Bagaimana cara untuk semak no KWSP online?

Cara Semak No KWSP Online di Malaysia

Nombor ahli KWSP merujuk pada nombor pengenalan unik yang diberikan kepada ahli yang mencarum simpanan persaraan dengan KWSP. Nombor KWSP ini digunakan sebagai pengesahan identiti ahli dan untuk memproses transaksi seperti pengeluaran dana, pengurusan simpanan serta urusan berkaitan percukaian.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mengetahui nombor ahli KWSP sebelum berurusan dengan KWSP khususnya untuk hal-hal berkaitan pengeluaran KWSP contohnya. Jika terlupa, adakah anda boleh semak KWSP melalui no kad pengenalan? Ya, anda boleh semak nombor KWSP secara online melalui no kad pengenalan anda.

Ada dua cara untuk anda semak no KWSP melalui kad pengenalan – semak melalui laman web KWSP atau KWSP i-Akaun pada telefon pintar anda. Walau bagaimanapun, anda perlu daftar dan mengaktifkan akaun KWSP terlebih dahulu sebelum anda boleh log masuk ke portal. Berikut adalah cara untuk menyemak nombor KWSP dengan menggunakan kad pengenalan secara online:

1. Semak No KWSP melalui Kad Pengenalan Menggunakan Laman Web KWSP

Anda boleh semak nombor KWSP melalui laman web KWSP. Log masuk dengan nama pengguna yang berdaftar dengan nombor kad pengenalan anda. Setelah log masuk, anda boleh mendapatkan nombor ahli KWSP melalui halaman “Profil”.

  1. Layari laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  2. Klik Log Masuk Ahli (MEMBER LOGIN) di bahagian atas menu utama;
  3. Log masuk dengan ID Pengguna (USER ID) anda;
  4. Masukkan Kata Laluan (PASSWORD) anda;
  5. Setelah log masuk, klik Profil (PROFILE) di bahagian sisi halaman – ID KWSP yang merupakan nombor KWSP anda akan dipaparkan.

Anda boleh klik pada butiran akaun untuk melihat jenis simpanan, tarikh pendaftaran ahli, serta butiran peribadi anda.

Cara semak no kwsp online di Malaysia

2. Semak No KWSP Online melalui i-Akaun KWSP

Selain itu, anda juga boleh buat semakan nombor KWSP mengggunakan no kad pengenalan melalui aplikasi mudah alih i-Akaun KWSP. Anda hanya perlu akses masuk ke i-Akaun untuk semak no KWSP anda. Berikut cara mudah untuk semak no ahli KWSP menggunakan i-Akaun pada telefon pintar anda:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP anda;
  2. Kemudian, pilih “Profil” untuk mendapatkan nombor ahli KWSP – nombor KWSP anda akan dipaparkan pada halaman tersebut.

Selain semak nombor ahli, i-Akaun KWSP juga boleh digunakan untuk mendapatkan butiran lain mengenai akaun KWSP anda. Anda boleh semak baki KWSP atau membuat pengeluaran Akaun 3 anda pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP yang dibenarkan dan info lanjut tentang Akaun Fleksibel, anda boleh merujuk artikel ini.

Cara Semak No KWSP Secara Offline di Malaysia

Selain pilihan untuk semak no KWSP online, anda juga boleh semak nombor KWSP secara konvensional. Kaedah konvensional atau bersemuka masih lagi menjadi pilihan khususnya dalam kalangan warga emas di Malaysia. Anda boleh rujuk panduan semak nombor KWSP seperti berikut:

1. Semak No Ahli KWSP Melalui Slip Gaji

Anda boleh semak nombor KWSP anda melalui slip gaji yang diterima melalui majikan anda. Biasanya, nombor KWSP ada dinyatakan pada slip gaji anda untuk rujukan.

2. Hubungi Majikan Anda

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nombor ahli KWSP anda dengan berhubung secara terus dengan Jabatan Sumber Manusia (HR) atau majikan anda. Biasanya pihak majikan ada rekod nombor KWSP anda.

3. Semak No KWSP Melalui Cawangan KWSP Berhampiran

Anda juga boleh buat semakan nombor KWSP di mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda. Bawa bersama dokumen pengenalan diri anda (seperti MyKad atau pasport) bagi membolehkan pihak KWSP mengesahkan identiti anda.

4. Hubungi Talian Hotline KWSP

Anda juga boleh hubungi talian hotline KWSP di 03-8922 6000 untuk membuat semakan nombor ahli KWSP anda. Pihak pegawai perkhidmatan pelanggan akan membantu anda mendapatkan nombor ahli anda. Pengesahan identiti akan dilakukan oleh pihak KWSP untuk semakan lanjut.

Rancang Simpanan Persaraan Anda dan Dapatkan Insurans Hari Ini

Rancang Persaraan dan Masa Depan Anda, Dapatkan Perlindungan Insurans Terbaik Hari Ini

Semoga panduan ini dapat bantu anda semak no ahli KWSP sekiranya terlupa bagi bantu anda mengakses dan menguruskan akaun anda pada bila-bila masa. Dengan pengumuman terbaharu daripada kerajaan mengenai KWSP Akaun 3 (atau Akaun Fleksibel), ia semestinya dapat merancang simpanan persaraan dengan lebih baik untuk memaksimumkan keuntungan.

Selain simpanan masa depan, penting untuk anda mempertimbangkan perlindungan insurans untuk ketidakpastian masa depan. Untuk maklumat lanjut mengenai insurans kesihatan terbaik di Malaysia, layari qoala.my hari ini. Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak tip dan nasihat mengenai perancangan kewangan dan perlindungan insurans.

Qoala adalah platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia. Platform ini menawarkan polisi insurans perubatan dan kesihatan terbaik dengan harga yang kompetitif dan tawaran yang optimum.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60