Percutian Bajet ke 7 Destinasi Menarik di Luar Negara

Kali terakhir diperbaharui Jul 25, 2023 oleh Syazwani Yahya
Percutian Bajet ke 7 Destinasi Menarik di Luar Negara

Anda tengah mencari lokasi menarik untuk merancang percutian bajet ke luar negara? Artikel ini akan membantu anda dengan berkongsikan tujuh destinasi di luar negara yang anda boleh melancong dengan bajet rendah serta tips percutian bajet yang anda boleh ikuti.

Rancang Percutian Anda ke Lokasi-lokasi Mesra Bajet

Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama yang keluarga atau rakan-rakan anda. Namun begitu, memang tidak dapat dinafikan, percutian terutama sekali ke luar negara kebiasaannya akan memakan kos yang tinggi. Anda perlu merancang percutian anda dari penempahan tiket kapal terbang sehinggalah penempahan tempat penginapan.

Sekiranya anda mahu bercuti di tempat yang lebih mesra bajet dan sangat berbaloi, anda boleh mempertimbangkan tujuh lokasi di bawah ini. Perlu diingatkan, harga tiket penerbangan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jadi, anda perlu semak dengan syarikat penerbangan pilihan anda semasa mahu menempah tiket ke destinasi pilihan anda.

1. Chiang Mai, Thailand

Bila sebut sahaja Thailand, ramai yang mungkin akan fikir tentang lokasi yang lebih popular seperti Bangkok atau Phuket. Selain dua destinasi ini, Chiang Mai juga merupakan lokasi menarik yang anda patut lawati.

Chiang Mai yang terletak di bahagian utara merupakan wilayah kedua terbesar di Thailand. Cara terbaik untuk pergi ke Chiang Mai adalah melalui penerbangan yang mengambil masa sekitar dua jam 45 minit dan anggaran harga tiket penerbangan sehala adalah sekitar RM350 sehingga RM750.

Tempat Menarik di Chiang Mai

Chiang Mai merupakan bandar yang bersejarah dan kaya dengan budaya yang anda boleh terokai semasa di sana. Antara tempat yang anda boleh kunjungi di Chiang Mai adalah melawat kuil, muzium dan tapak-tapak bersejarah. Sekiranya anda berada di Chiang Mai lebih lama, lebih banyak tempat yang anda boleh lawat. Berikut adalah senarai aktiviti dan tempat untuk anda lawat di Chiang Mai:

        1. Doi Suthep
        2. Sungai Mae Ping
        3. Perkampungan Karen Long Neck
        4. Wat Chedi Luang
        5. Pasar Warorot
        6. Wiang Kum Kam
        7. Taman Negara Doi Inthanon
        8. Doi Pui Gua
        9. Chiang Dao

2. Siem Reap, Kemboja

Siem Reap merupakan rumah kepada tempat bersejarah yang sangat terkenal anda mungkin pernah dengar sebelum ini iaitu Angkor Wat. Terletak di barat laut Kemboja, Siem Reap mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan untuk para pengunjung dari segi budaya dan sejarah.

Sekiranya anda mahu pergi ke Siem Reap, anda boleh mengambil penerbangan yang mengambil masa sekitar dua jam. Anggaran kos bagi penerbangan sehala daripada Malaysia adalah RM360 sehingga RM1,300.

Tempat Menarik di Siem Reap

Kebanyakan orang pergi ke Siem Reap untuk melawat kuil purbanya yang cantik. Selain itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti menyertai kelas membuat tembikar, melawat muzium dan sebagainya. Berikut merupakan lokasi-lokasi yang anda patut lawati semasa di Siem Reap:

        1. Angkor Wat
        2. Bayon
        3. Ta Prohm
        4. Muzium Periuk Api Kemboja (Cambodia Landmine Museum)
        5. Pusat Tembikar Angkor (Angkor Pottery Center)
        6. Kampung Terapung Kampong Phluk (Kampong Phluk FloatingVillage)
        7. Tasik Tonle Sap
        8. D’Angkor Artisan
        9. Pasar Malam Siem Reap

3. Ho Chi Minh, Vietnam

Sebelum secara rasminya menukar nama kepada Ho Chi Minh, bandar ini dikenali sebagai Saigon. Anda akan mendapati kebanyakan tarikan utama pelancong di Ho Chi Minh berkaitan dengan peristiwa sejarah perang dan penjajahan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati beberapa hidangan tempatan dan bersiar-siar sekitar bandar raya Ho Chi Minh. Anggaran kos tiket penerbangan sehala ke destinasi ini adalah sekitar RM260 sehingga RM1,200 dan penerbangan akan mengambil masa sekitar dua jam lima minit.

Tempat Menarik di Ho Chi Minh City

Banyak tarikan pelancong utama terbaik di Ho Chi Minh tertumpu pada peristiwa perang dan penjajahan abad ke-20. Aktiviti bersejarah di sini yang benar-benar menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Berikut adalah antara tempat yang anda boleh lawat semasa berada di Ho Chi Minh.

        1. Terowong Chu Chi (Chu Chi Tunnels)
        2. Istana Penyatuan (Reunification Palace)
        3. Giac Lam Pagoda
        4. Kuil Cao Dai
        5. Zoo Ho Chi Minh
        6. Muzium Peninggalan Perang (War Remnants Musuem)
        7. Mekong Delta
        8. Pejabat Post Pusat Ho Chi Minh (Ho Chi Minh Central Post Office)
        9. Katedral Notre Dame

yangon myanmar

4. Yangon, Myanmar

Yangon merupakan bandar terbesar di Myanmar dan bandar ini terkenal dengan gabungan seni bina kolonial yang cantik yang terletak di samping pagoda tradisional yang dilitupi daun emas dan bertatahkan permata. Penerbangan dari Malaysia ke Yangon mengambil masa sekitar dua jam 45 minit dengan anggaran kos antara RM460 sehingga RM1,800 bagi penerbangan sehala.

Tempat Menarik di Yangon

Semasa anda bersiar-siar di sekitar bandar, anda juga boleh menikmati street food yang lazat atau anda juga boleh melawat beberapa bahagian bandar yang lebih moden untuk menikmati monumen dan tasik jernih yang terkenal di Yangon. Berikut adalah destinasi yang anda boleh kunjungi di Yangon:

        1. Shwedagon Pagoda
        2. Maha Wizaya Pagoda
        3. Botataung Pagoda
        4. Kuil Buddha Chaukhtatgyi
        5. Sule Pagoda
        6. Taman Kandawgyi
        7. Muzium Negara Myanmar
        8. Chinatown
        9. Pasar Bogyoke Aung San

5. Manila, Filipina

Ibu kota Filipina, Manila adalah salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri. Bandar Manila dengan pelbagai keunikan tersendiri. Penerbangan dari Malaysia ke Manila mengambil masa sekitar empat jam dan anggaran kos penerbangan sehala adalah di antara RM440 dan RM900.

Tempat Menarik di Manila

Di Manila, anda akan dapat melawat pulau-pulau yang menakjubkan dan banyak tempat pelancongan untuk dikunjungi. Berikut merupakan tempat-tempat yang anda boleh lawat semasa berada di bandar yang terletak di timur Teluk Manila di pulau Luzon ini:

        1. Intramuros
        2. Muzium San Agustin
        3. Fort Santiago
        4. Taman Rizal
        5. Muzium Seni Halus Negara (National Museum of Fine Arts)
        6. Gereja San Agustin
        7. Binondo
        8. Gereja Quiapo
        9. Pusat Budaya Kompleks Filipina

6. Luang Prabang, Laos

Satu fakta menarik tentang Luang Prabang adalah ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Luang Prabang sering dipanggil ‘Heart of Laos‘ dan ramai pelawat memilih untuk datang ke sini kerana ia terkenal dengan kawasan luar bandar yang cantik dan pemandangan indah merentasi Sungai Mekong.

Untuk pergi ke Luang Prabang, anda perlu mengambil penerbangan transit dan ini bermakna anda perlu berhenti di Bangkok untuk menyambung perjalanan anda ke Laos. Anggaran kos penerbangan sehala ke Luang Prabang adalah sekitar RM2,000 ke atas dan masa perjalanan bergantung kepada jadual penerbangan anda.

Tempat Menarik di Luang Prabang

Antara sebab utama untuk anda melawat bandar ini adalah untuk melihat kuil-kuil dan boleh menikmati seni bina keagamaan yang cantik. Berikut adalah senarai tempat yang anda boleh kunjungi semasa di Luang Prabang:

        1. Wat Wisunarat
        2. Air Terjun Kuang Si
        3. Gunung Phousi
        4. Wat Xieng Thong
        5. Air Terjun Tad Sae
        6. Wat Long Khoun
        7. Muzium Istana Diraja (Royal Palace Museum)
        8. Gua Pak Ou
        9. Wat Manorom

padang indonesia

7. Padang, Indonesia

Padang terkenal dengan budaya Minangkabau, makanan yang sedap-sedap seperti nasi padang dan pantai matahari terbenam yang indah. Lokasi bandar ini terletak di antara Lautan Hindi dan Bukit Minangkabau. Anda akan mendapati sebahagian kawasan bandar di Padang mempunyai bangunan kolonial Belanda.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat melihat bot nelayan di sekitar pelabuhan dan sungai Batang Arau. Penerbangan ke Padang mengambil masa sekitar satu jam 15 minit untuk penerbangan direct. Anggaran kos penerbangan sehala adalah sekitar RM350 sehingga RM2,000.

Tempat Menarik di Padang, Indonesia

Jika anda melawat Padang, anda perlu bersedia untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan dan pantai-pantai yang menenangkan. Berikut adalah senarai tempat-tempat untuk anda di Padang, Indonesia:

        1. Tasik Maninjau
        2. Muzium Adityawarman
        3. Taman Hutan Raya Bung Hatta
        4. Istana Pagaruyung
        5. Pantai Air Manis
        6. Danau Singkarak
        7. Kilang Kopi Kiniko
        8. Danau Maninjau
        9. Batu Malin Kundang

Tips Percutian Bajet

Sekiranya anda mahu menikmati percutian bajet ke luar negara, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu beri perhatian. Berikut merupakan tips-tips percutian bajet yang anda boleh ikuti:

Merancang dengan Teliti

Perancangan boleh dikatakan sebagai perkara paling mustahak apabila anda mahu bercuti. Apabila anda merancang percutian bajet, anda harus merangka strategi demi memastikan perbelanjaan anda rendah. Tetapkan bajet untuk percutian anda untuk perkara-perkara seperti kos penerbangan, penginapan, pengangkutan, insurans perjalanan dan sebagainya di tempat percutian dan sebagainya.

Membuat perancangan awal membolehkan anda mencari diskaun atau tawaran terbaik yang akan membantu menjimatkan perbelanjaan percutian anda. Untuk penerbangan, kebiasaannya, anda boleh mendapat harga tiket lebih murah sekiranya anda menempah tiket beberapa bulan lebih awal. Selain itu, anda harus bijak membezakan keperluan dan kehendak semasa merancang percutian bajet ini. Contohnya, anda boleh cuba makanan di pasar malam tempatan daripada makan di restoran mewah di tempat percutian anda.

Tetapkan Had Perbelanjaan Anda Semasa Bercuti

Jika anda sudah menetapkan had perbelanjaan sebelum anda mula bercuti, anda akan lebih bersedia untuk berbelanja dengan lebih bijak di tempat percutian anda. Anda boleh memastikan anda anda tidak berbelanja lebih daripada yang anda mahukan dengan adanya had perbelanjaan.

Bercakap tentang soal kewangan, pastikan anda tahu kadar pertukaran wang. Kadar pertukaran wang sering mengalami perubahan dari semasa ke semasa kerana ia bergantung kepada pasaran mata wang global. Lihat terma dan syarat kad kredit atau kad debit anda untuk melihat cara pengeluar kad anda menangani penukaran mata wang.

Dapatkan Insurans Perjalanan

Jangan anggap insurans perjalanan sebagai perbelanjaan tambahan yang meremehkan. Sebaliknya, anda patut menganggapnya sebagai satu pelaburan kerana ia boleh menjimatkan kos yang amat besar sekiranya anda berhadapan dengan situasi kecemasan.

Bergantung kepada polisi anda, travel insurance boleh cover kos bil perubatan sekiranya anda mengalami kemalangan, kos bagasi anda hilang, penerbangan tertunda dan sebagainya. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan semasa bercuti kerana perkara yang tidak dijangka boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa pun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insurans perjalanan, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang menyediakan rangkaian insurans perjalanan terbaik daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat. Selain insurans perjalanan, anda juga boleh renew insurans kereta dan insurans motor anda di Qoala.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60