Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?

Kali terakhir diperbaharui Oct 4, 2024 oleh Shafiq Wahab
Apa Kesan Kenaikan dan Penurunan OPR Malaysia 2024 kepada Anda?

Kadar Dasar Semalaman atau OPR Malaysia ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari. Kadar ini menentukan kos pinjaman antara bank bagi memastikan setiap institusi kewangan mempunyai rizab tunai yang mencukupi dalam menjalankan operasi harian.

Apa Kesan OPR Malaysia Naik kepada Anda?

Perubahan dalam OPR boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi dan pengguna terutamanya dari segi pinjaman, perbelanjaan dan simpanan. Biasanya, kenaikan Kadar Dasar Semalaman dilihat sebagai langkah untuk menstabilkan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia, penting untuk anda tahu impak kadar OPR dinaikkan kepada anda:

Apa Kesan OPR Malaysia Naik kepada Anda?

1. Kos Pinjaman Meningkat

Apabila OPR Malaysia naik, peminjam akan berdepan dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Ini secara tidak langsung menyebabkan bayaran bulanan untuk pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta akan meningkat.

Peningkatan OPR akan memberi tekanan kepada kewangan individu kerana pembayaran faedah menjadi lebih tinggi.

2. Tempoh Pembayaran Lebih Panjang

Bagi sesetengah peminjam, kenaikan OPR boleh menyebabkan tempoh pembayaran pinjaman mereka menjadi lebih lama. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak dapat membayar jumlah pinjaman yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek.

3. Aliran Tunai Lebih Perlahan

Kadar pinjaman yang lebih tinggi akan mengurangkan keupayaan individu dan perniagaan untuk meminjam sekali gus memperlahankan aktiviti perbelanjaan dan pelaburan. Meskipun begitu, langkah ini penting dalam membantu mengawal inflasi dengan mengehadkan permintaan dan perbelanjaan.

4. Meningkatkan Simpanan Negara

Peningkatan OPR akan menggalakkan simpanan kerana kadar faedah untuk akaun simpanan juga akan meningkat. Ini membantu mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan rakyat menyimpan lebih banyak.

Apa Kesan OPR Turun kepada Anda?

Penurunan OPR pula biasanya dilakukan dalam situasi ekonomi yang tidak stabil. Sebagai contoh, kerajaan pernah menurunkan OPR semasa pandemik COVID-19. Walaupun penurunan OPR merupakan tindak balas disebabkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar, langkah ini membawa beberapa kesan positif:

5. Kos Pinjaman Menurun

Penurunan OPR mengurangkan kadar faedah pinjaman. Ia secara tidak langsung memudahkan individu dan perniagaan untuk membuat pinjaman. Apabila OPR turun, ia memberi kesan positif kepada individu yang mencari pembiayaan rumah, perniagaan atau peribadi. Ini kerana, pembayaran bulanan akan menjadi lebih rendah dan individu mendapat lebih banyak akses kepada modal.

6. Merangsang Ekonomi

Dengan kos pinjaman yang rendah, orang ramai lebih cenderung untuk membuat pembelian besar seperti rumah atau kereta. Ini sekali gus merangsang aliran tunai dalam ekonomi. Syarikat-syarikat juga lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan.

7. Meningkatkan Perbelanjaan

Kadar faedah yang lebih rendah juga mempengaruhi penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi serta mengurangkan beban kewangan rakyat. Ini membolehkan individu mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan dan dalam masa yang sama membantu menghidupkan kembali ekonomi negara.

8. Menyokong Dasar Fiskal

Penurunan OPR sering dilihat sebagai satu langkah untuk mengukuhkan dasar fiskal negara. Contohnya, BNM mengekalkan OPR pada 1.75 peratus sewaktu pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Langkah ini diambil bagi membantu pemulihan ekonomi negara daripada krisis COVID-19. Rakyat menikmati moratorium dan kadar faedah pinjaman yang lebih rendah.

Beli Insurans di Qoala untuk Ketenangan Fikiran Mendepani Masa Depan

Bagaimana Turun Naik OPR Malaysia Mempengaruhi Pembelian Insurans Anda?

Sama ada OPR Malaysia naik atau turun, penting untuk anda memahami kesannya terhadap kewangan dan kehidupan harian anda. Perubahan dalam OPR bukan sahaja mempengaruhi pinjaman dan kewangan peribadi, tetapi turut memberi kesan kepada keputusan anda dalam membeli insurans.

Apabila OPR menurun, kadar faedah pinjaman akan berkurangan. Ia sekali gus membolehkan individu memiliki lebih banyak lebihan tunai untuk dilaburkan dalam perlindungan insurans seperti insurans hayat dan insurans perubatan. Pelaburan masa depan ini penting terutamanya dalam ketidaktentuan ekonomi hari ini.

Insurans hayat, kesihatan dan perubatan bertindak sebagai jaminan kewangan bagi melindungi masa depan anda. Sebaliknya, jika OPR meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi, ia mungkin menyukarkan anda untuk menguruskan perbelanjaan tambahan seperti insurans.

Dalam situasi begini, pemilihan perlindungan insurans yang tepat dan fleksibel boleh membantu anda mendapatkan perlindungan pada kos yang berpatutan tanpa menjejaskan kewangan anda. Anda boleh layari laman web Qoala Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans terbaik pada harga yang mampu milik hari ini.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60