Kakitangan awam atau pekerja kerajaan memiliki banyak kelebihan untuk beli rumah idaman salah satunya melalui pinjaman LPPSA atau turut dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Secara asasnya, pakej loan rumah yang ditawarkan oleh LPPSA adalah lebih baik berbanding pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank.
Pinjaman LPPSA dikatakan lebih menguntungkan kerana menjanjikan kadar bunga yang rendah serta menawarkan margin pembiayaan maksimum 100 peratus tanpa memerlukan anda mengeluarkan simpanan anda untuk membayar kos beli rumah seperti deposit atau downpayment rumah idaman.
Oleh sebab itu, penjawat awam digalakkan untuk membeli rumah idaman melalui pinjaman perumahan LPPSA. Artikel ini akan menerangkan semua maklumat tentang LPPSA termasuk proses permohonan, kelayakan pinjaman LPPSA, syarat pinjaman LPPSA dan banyak lagi.
8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon Pinjaman LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. Berikut merupakan info lengkap tentang proses permohonan Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk panduan anda sekiranya anda ingin menggunakan kemudahan ini.
1. Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Bagi anda yang tidak tahu, pinjaman rumah kerajaan ini direka khusus untuk kakitangan awam bagi membantu kakitangan kerajaan memiliki kediaman sendiri. LPPSA menawarkan dua skim pembiayaan perumahan iaitu:
- Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi);
- Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Konvensional (SPPSA).
2. Jenis Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Secara asasnya, pinjaman LPPSA menawarkan tujuh jenis pembiayaan kepada penjawat awam yang layak seperti berikut:
- Pembelian rumah kediaman yang telah siap;
- Pembinaan rumah di atas tanah sendiri;
- Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina;
- Pembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah;
- Penyelesaian keseluruhan pinjaman perumahan sedia ada daripada bank/institusi kewangan;
- Pembinaan rumah kediaman di atas tanah yang dibiayai melalui kemudahan LPPSA;
- Pengubahsuaian rumah kediaman yang dibiayai/diselesaikan melalui kemudahan LPPSA.
3. Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan
Kadar faedah loan rumah kerajaan SPPSA (pinjaman konvensional) ditetapkan sebanyak empat peratus setahun ke atas amaun pembiayaan yang diluluskan. Pengiraan kadar faedah dibuat ke atas baki berkurangan (reducing balance) setiap bulan. Kadar keuntungan pembiayaan SPPSAi (pinjaman Islamik) pula ditetapkan sebanyak tujuh peratus setahun. Pengiraan kadar keuntungan turut dibuat ke atas baki berkurangan setiap bulan. Selain itu, peminjam juga akan menikmati kadar keuntungan sebanyak empat peratus setahun melalui Prinsip Muqasah/Ibra’.
4. Skop Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Selain itu, pembiayaan perumahan sektor awam ini turut merangkumi perkara-perkara lain seperti harga hartanah, kos bayaran insurans rumah atau perlindungan gadai janji (MRTA, MRTT), perlindungan pemilikan rumah jangka panjang (LTHO) dan kos guaman hartanah berkaitan penyediaan dokumen perjanjian pembiayaan.
5. Tempoh Pinjaman LPPSA
Penjawat awam yang layak boleh menikmati kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA sebanyak dua kali. Meskipun begitu, permohonan pembiayaan kedua hanya dibenarkan dengan syarat pembiayaan perumahan pertama telah diselesaikan sepenuhnya.
Pinjaman Perumahan Pertama | Pinjaman Perumahan Kedua* | |
Skim Pencen | 35 tahun atau sehingga umur 90 tahun atau mana-mana terdahulu. | 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun atau mana-mana terdahulu. |
Skim KWSP | 35 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan atau mana-mana terdahulu. | 30 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan atau mana-mana terdahulu. |
6. Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA
Penjawat awam yang berstatus tetap dan telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA. Ia sekali gus membolehkan penjawat awam membeli rumah kediaman, tanah atau melakukan sebarang kerja ubah suai (renovate rumah) yang dibenarkan.
Kelayakan Pembiayaan Pertama
Bagi loan rumah pertama, ansuran bulanan mestilah tidak melebihi 60 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap. Selain itu, jumlah hutang mestilah tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih*.
Kelayakan Pembiayaan Kedua
Bagi loan rumah kedua pula, ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih*.
Pendapatan Bersih*
Pendapatan bersih merupakan gaji pokok dan elaun tetap yang mengambil kira aspek-aspek berikut:
-
-
-
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/Elaun Perumahan Wilayah (EPW);
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/Imbuhan Tetap Khidmat Tentera (ITKT);
- Imbuhan Tetap Keraian (ITK);
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU);
- Bantuan Sara Hidup (COLA)/Bayaran Insentif Wilayah (BIW)/Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM)/Bayaran Insentif Sabah Sarawak (BISS);
- Elaun Memangku.
-
-
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan pinjaman perumahan LPPSA, anda boleh gunakan kalkulator LPPSA. Anda boleh klik pautan ini untuk info lanjut.
7. Dokumen yang Diperlukan
Sama seperti permohonan pinjaman perumahan di bank, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membolehkan permohonan pinjaman anda diluluskan. Berikut senarai dokumen yang diperlukan sebelum anda menghantar permohonan pinjaman rumah anda:
- Salinan kad pengenalan (MyKad) yang telah disahkan;
- Slip gaji asal atau e-Penyata Gaji atau Salinan surat pengesahan jawatan berpencen yang telah disahkan;
- Surat iringan Ketua Jabatan;
- Borang Permohonan Pinjaman atau Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk
i. Borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful;
ii. Borang 2 – Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang Pinjaman Perumahan serta Faedah; - Salinan sijil nikah/Pendaftaran perkahwinan di Malaysia;
- Salinan sijil kelahiran anak.
8. Semakan Baki Pinjaman LPPSA
Sekiranya anda ingin membuat semakan baki pinjaman, pihak LPPSA menyediakan dua kaedah semakan yang boleh dipertimbangkan. Anda boleh semak baki pinjaman LPPSA sama ada secara online atau melalui SMS seperti berikut:
LPPSA Baki Pinjaman Secara Online
Untuk lakukan semakan baki secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:
-
-
-
- Layari portal Pinjaman Perumahan Bersepadu SPPB;
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda;
- Kemudian, pilih Status Baki Pinjaman untuk semak jumlah hutang anda.
-
-
LPPSA Baki Pinjaman Secara SMS
Bagi semakan baki melalui SMS pula, anda boleh ikuti langkah berikut:
-
-
-
- LPPSA<jarak>Baki<jarak>No Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888
-
-
LPPSA Online: Cara Membuat Permohonan LPPSA
Bagi anda yang mempertimbangkan untuk memohon loan rumah kerajaan, panduan ini mungkin boleh membantu anda. Secara amnya, permohonan pembiayaan perumahan LPPSA boleh dibuat secara online dengan mengikut langkah-langkah berikut:
- Layari portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam;
- Pengguna kali pertama perlu mendaftar masuk terlebih dahulu;
- Kemudian, log masuk atau login LPPSA menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan melalui e-mel;
- Sekiranya anda pengguna baharu, anda akan dibawa ke halaman Kemas Kini Butiran;
- Maklumat peribadi, alamat kediaman, butiran keluarga dan pekerjaan perlu dilengkapkan;
- Halaman utama memaparkan pilihan jenis pembiayaan yang boleh dipilih sama ada permohonan individu atau permohonan bersama;
- Bagi permohonan baru, anda perlu memasukkan butiran seperti maklumat awal pembiayaan, jawatan dalam perkhidmatan, jumlah pendapatan dan komitmen, pemilihan insurans atau takaful, dan pengesahan;
- Klik butang Simpan dan Hantar;
- Selesai.
Tempoh kelulusan permohonan biasanya bergantung pada dokumen yang dihantar. Jika dokumen tidak lengkap, besar kemungkinan ia akan mengambil masa lebih lama. Namun secara amnya, tempoh kelulusan pinjaman perumahan kerajaan biasanya seperti berikut:
- Pinjaman Pertama: Tiga hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
- Pinjaman Kedua (pembelian hartanah kali kedua): Lima hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
- Pinjaman Kedua (ubahsuai unit kediaman): 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Pinjaman Perumahan LPPSA vs Bank
Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) merujuk pada kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan khas bagi penjawat awam. Berikut perbezaan antara LPPSA vs bank loan 2022 untuk rujukan dan panduan anda:
Pinjaman LPPSA | Pinjaman Bank | |
Kelayakan | Terbuka kepada kakitangan kerajaan atau penjawat awam | Terbuka kepada semua rakyat Malaysia |
Margin Pembiayaan | Margin pembiayaan rumah kedua atau ketiga sama seperti loan rumah pertama | Margin pembiayaan rumah kedua atau ketiga akan ditawarkan sehingga maksimum 70 peratus |
Kadar Faedah | Kadar faedah kekal empat peratus untuk tempoh 30 tahun | Kadar faedah berbeza mengikut bank dan tempoh pinjaman |
Skor Kredit | Individu disenarai hitam atau mempunyai rekod CCRIS, CTOS tidak memuaskan masih boleh memohon | Perlu memiliki skor kredit CCRIS, CTOS yang baik untuk memudahkan proses |
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk beli rumah baharu anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan insurans rumah terbaik dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis insurans termasuk insurans kereta dan insurans motor dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.
Salam sejahtera PUAN. Loan Rumah saya 7.7% bank Rakyat sudah buat reschedule Lima tahun lepas. February 2021 saya check ada 121k bulan ini saya check ada 124k. Bank kata sistem masalah tapi Tiada jawapan diberikan