Kereta Proton Saga: Asal Usul dan Harga

Kali terakhir diperbaharui Jul 12, 2023 oleh Shafiq Wahab
Kereta Proton Saga: Asal Usul dan Harga

Kereta Proton Saga dibina dengan menggunakan landasan kereta Mitsubishi Lancer hasil kerjasama bersama syarikat permotoran daripada negara Jepun, Mitsubishi Motors Corporation. Model-model lain seperti Proton Wira dan Proton Waja turut terhasil daripada kerjasama ini. 

Walaupun adanya kerjasama strategik ini, terdapat juga segelintir rakyat yang merasakan Proton sekadar meniru atau rebadge model kereta dari Mitsubishi dan menukarkannya kepada Proton. Ianya tidak seperti yang kita fikirkan sebenarnya.

Sebenarnya, bagi sesebuah negara yang masih dianggap sebagai negara membangun, ia adalah sukar untuk membangunkan sebuah industri automotif tanpa sumber teknologi dan juga kepakaran secara tempatan. 

Kerjasama strategik dengan syarikat Mitsubishi merupakan langkah bijak daripada Proton dimana pemindahan dan kepakaran bidang automotif kepada syarikat Proton telah berlangsung secara aktif. Hasilnya, Malaysia mempunyai kepakaran untuk design kereta 100% secara tempatan seperti Proton Gen-2, Proton Savy, Proton Persona dan Proton Iriz.

Ramai juga pakar-pakar bidang automotif dilahirkan selari dengan kepesatan industri automotif negara. Sebelum adanya industri automotif, memang semua rakyat Malaysia tak pernah terfikir akan jadikan bidang automotif sebagai satu cabang kerjaya.

Tahukah anda kereta Proton Saga adalah kereta nasional pertama negara? Tak tahu? Jom, ketahui lebih lanjut!

Sejarah Proton Saga: Asal Usul Kereta Proton  

Kereta Proton Saga sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia boleh dikatakan model yang paling laris keluaran Proton. Kereta yang berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore ini antara kereta yang mampu milik. 

Nama Proton Saga

Ramai yang menyangkakan nama kereta Proton Saga diletakkan sempena nama dari biji buah saga yang mudah didapati di Malaysia. Sebenarnya, kereta Proton Saga mendapat namanya daripada sebuah pertandingan iaitu Pertandingan Menamakan Kereta Nasional pada tahun 1985.

Pertandingan tersebut dikatakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang awam dengan lebih 100,000 penyertaan diterima. Penyertaan daripada Staf Sarjan Ismail Jaafar dari Pulau Pinang telah dipilih sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Beliau menamakan kereta nasional pertama Malaysia sebagai ‘Saga’ – akronim bagi Safety (Keselamatan), Achievement (Pencapaian), Greatness (Keunggulan) dan Ability (Kebolehan).

Nama kereta Proton Saga diberi bukan bersempena nama biji buah saga.
Foto Kredit: Berita Harian

Idea dan ilham untuk menamakan kereta pertama Malaysia, kereta Proton Saga muncul ketika beliau sedang bermain permainan Scrabble bersama rakan-rakan beliau.

Selain itu, menurut beliau, nama ‘Saga’ juga mudah untuk dituturkan dalam bahasa lain dan tidak mengandungi konotasi negatif dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekali gus menjadikannya satu nilai tambah yang baik.

Staf Sarjan Ismail Jaafar juga turut menerima model yang sama sebagai hadiah kemenangannya.

Revolusi Kereta Proton Saga

Selepas 34 tahun, kereta kebanggaan rakyat ini kini sinonim dengan kualiti Malaysia seperti kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kerana ia juga menjadi merupakan sebahagian daripada sejarah negara kita.

Kereta Proton Saga Generasi Pertama

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan oleh pengilang kereta Proton. Ia dibina berdasarkan platform Mitsubishi Lancer hasil kerjasama kerajaan Malaysia dan Mitsubishi Motors Jepun.

Kereta Proton Saga (1985-1992)

Generasi Saga yang pertama adalah pada tahun 1985. Pada generasi ini, Saga dikuasakan dengan enjin 4G13 Orion 1.3 liter dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan dan model dengan enjin 1.5 liter Magma yang hadir pada tahun 1987 bersama versi lima pintu yang digelar Saga Aeroback.

Model ini disertakan dengan gril hadapan dua bar mengapit logo bulan-bintang berbentuk perisai asal Proton, lampu isyarat membelok hadapan rata serta penutup rim yang hanya menutup bahagian nat rim.

Proton Saga Iswara (1992-2003)

Kereta Proton Saga Iswara merupakan sebuah model facelift yang dilancarkan pada 15 Ogos 1992. Nama Iswara itu pula diambil dari nama spesies rama-rama yang terdapat di negeri bumi Kenyalang, Sarawak iaitu Papilio Iswara. Saga model ini hanya mengalami perubahan rekabentuk luaran sahaja untuk model sedan dan juga hatchback. 

Model yang dipamerkan pada hari ini merupakan model terakhir Saga Megavalve (1990-1992), dikuasakan dengan pilihan enjin 4G13 1.3 liter dan 4G15 1.5 liter Megavalve. Enjin berkenaan menggunakan kepala enjin 12 injap (berbanding lapan injap pada Orion dan Magma) serta karburator SU yang lebih moden.

Pada bahagian luaran, model facelift terakhir sebelum dijelmakan sebagai Iswara ini mempunyai sepasang liang yang lebih besar, lampu isyarat membelok hadapan lebih kecil tetapi lebih timbul serta penutup penuh pada rim besi standard.

Namun pada 2001, Proton Saga Aeroback SE (Special Edition) dikeluarkan dan ia merupakan model pertama yang menggunakan kepakaran serta teknologi kawalan dan pemanduan (ride & handling) dari Lotus.

Proton Saga LMST (2003-2008)

Kereta Proton Saga LMST (2003-2008) merupakan model facelift terakhir Generasi Pertama yang mendapat sentuhan perubahan bukan sahaja daripada sudut luaran, tetapi juga dari segi dalaman dengan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital. Proton Saga LMST dilancarkan pada 2003 ini hanya menawarkan model hatchback dengan enjin 1.3L. Namun kuasanya telah dipertingkatkan dari 77 kepada 83Hp.

Kereta Proton Saga Generasi Kedua

Model Kereta Proton Savvy, Proton Saga Generasi Kedua pula dibangunkan dan dilancarkan pada 18 Januari 2008. Ianya menggunakan rekaan dan teknologi sepenuhnya dari jurutera Proton dengan bantuan kepakaran Lotus dan LG CNS.

Kini sudah hampir 9 tahun dan model ini akan berakhir pada September 2016. Model Proton Saga Generasi Kedua hanya keluarkan dalam versi sedan (versi hatchback adalah Proton Savvy) dan sebanyak tiga peringkat perubahan dilakukan sepanjang tempoh keluaran model tersebut iaitu:

Proton Saga BLM (2008-2010)

Model Saga BLM menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L sebelum model Saga BLM SE muncul pada Julai 2009 dengan menawarkan pilihan enjin CamPro 1.6L. Ianya dikategorikan dalam segmen A sebagai sedan kompak iaitu penurunan dari Segmen B pada Generasi Pertama.

Proton Saga FL (2010-2011)

Kereta Proton Saga FL ini dilancarkan pada 30 November 2010 merupakan facelift rekaan luaran dengan sentuhan yang lebih kemas dan pertambahan spesifikasi. Perubahan ketara adalah pada lampu dan bumper hadapan dan belakang. Saga FL juga dilengkapi dual airbag sebagai standard keselamatan.

Untuk varian 1.6L, Proton Saga FL Executive dilancarkan pada Mei 2011.

Proton Saga FLX (2011-2016)

Proton Saga FLX (2011 – 2016) merupakan model facelift kali kedua ini dilakukan hanya setelah lapan bulan model FL dikeluarkan. Jika dilihat dari segi reka bentuk, tiada perubahan. Peningkatan yang dilakukan adalah ke atas enjin, transmisi dan juga tahap keselamatan. 

Selain itu, enjin CamPro IAFM+ dengan Transmisi Auto CVT dan 5-speed Getrag manual diperkenalkan. Dari segi keselamatan, kini terdapat pilihan tambahan iaitu sistem anti-lock braking system (ABS) dan electronic brakeforce distribution (EBD) selain dual airbag.

Varian Proton Saga FLX SE 1.6L IAFM+ turut dilancarkan kemudiannya pada November 2011. Varian Saga FLX SV dengan harga yang lebih murah dilancarkan pada 15 Jun 2013. Akhir sekali varian Saga FLX Plus pada Ogos 2015.

Kereta Proton Saga Generasi Ketiga

Model Terbaru Saga Generasi Ketiga akan dilancarkan pada 28 September 2016. Proton Saga R (replacement) 2016 ini mendapat sentuhan rekabentuk baru dan terkini namun masih mengekalkan identiti Proton Saga sebelum ini.

Proton Saga 2016/2017 ini menggunakan platform dan enjin model sebelumnya tetapi pelbagai peningkatan, penambahbaikan dan perubahan spesifikasi, rekabentuk, saiz serta dimensi yang ketara.

Rekaannya kini lebih membulat berbanding sebelumnya dengan saiz dan keluasan yang bertambah. Rekabentuk yang moden tetapi masih mengekalkan dna atau adentiti Saga disamping keselesaan serta keselamatan tetap diutamakan.

Selain itu, ECU juga telah semula untuk mempertingkatkan tindak balas CVT, tapak enjin tiga punca untuk memberikan nilai NVH yang lebih baik. Penggunaan minyak juga semakin efisyen dan jimat.

Proton Saga ini turut mendapat pakej pemanduan dan kawalan yang dipertingkat, diantaranya adalah menggunakan tayar dengan rintangan golek lebih rendah untuk memberi cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db), ABS, EBD dan ESC.

Kereta Proton Saga kekal segar dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini sehingga munculnya Proton Saga Versi 2021. Apa yang menarik tentang Saga baru ini? 

Berikut adalah fungsi-fungsi menariknya:

  • Proton Saga 2021 dilengkapi dengan lampu siang (DRL) LED dan grill yang bercirikan konsep infinite weave. 
  • Dari segi rekabentuk pula, rekabentuk belakang kereta Proton Saga 2021 mempunyai perbezaan terutamanya pada bahagian bawah bumper dan logonya berubah kepada abjad ‘P R O T O N’. 
  • Dalamannya juga menarik. Rekaan dalaman dihadiri dengan sistem infotainment skrin sentuh jenis apung. 
  • Selain itu, ia juga menampilkan rim aloi lima bilah yang baharu.
  • Daripada kotak gear CVT, kereta Proton Saga kini beralih kepada 4-kelajuan yang lebih baik. 
  • Lima pilihan warna yang disediakan, iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red Armour Silver dan juga Rosewood Marron. 

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai Saga 2021, sila layari laman web rasmi Proton di SINI

Revolusi kereta Proton Saga

Harga Proton Saga 2023, Harga Cukai Jalan Kereta Proton Saga

Berikut adalah harga bagi kereta Proton Saga 2023:

Varian Harga + Insurans
1.3 Standard MT RM 32,400
1.3 Standard AT RM35,300
1.3 Proton Saga Premium AT RM39,300

Bayaran Bulanan Proton Saga 2023

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kereta Proton Saga, berikut adalah contoh harga pembayaran bulanan bagi pinjaman kereta dengan tempoh 9 tahun berserta kadar faedah bank 2.22 peratus.

Varian Bulanan
1.3 Standard MT RM327.95
1.3 Standard AT RM357.94 
1.3 Proton Saga Premium AT RM397.93

Harga Roadtax Proton Saga 2023

Berikut merupakan harga cukai jalan Proton Saga untuk rujukan anda:

Model Kapasiti Enjin Kadar Di Semenanjung Kadar Di Sabah dan Sarawak
 Proton Saga 1.3 1332cc RM70 RM56
Proton Saga 1.6 1597cc RM90 RM56

Jika anda mencari harga cukai jalan kereta bagi kereta lain, klik di SINI.

Proton Saga atau Perodua Bezza?

Selain kereta Proton Saga, Perodua Bezza juga antara kereta sedan yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kereta sedan dengan saiz yang berpadanan untuk kegunaan harian terutamanya dalam kawasan bandar. Kereta jenis sedan juga senang untuk dipandu. Ia juga mudah untuk diparkir terutamanya di kawasan parkir yang sempit. 

Namun, antara kereta sedan Saga dan Bezza, mana satu yang anda patut beli? Lihat perbandingan di antara Proton Saga 1.3 Premium dan juga Perodua Bezza 1.3 AV. 

Harga

Dari segi am, secara ringkasnya, Perodua Bezza 1.3 AV datang dengan harga yang lebih mahal berbanding kereta Proton Saga iaitu pada harga RM48,356. Manakala Proton Saga 1.3 Premium hanya berharga RM39,800. RM8,000 perbezaan boleh dikatakan besar dalam kalangan masyarakat. 

Walau bagaimanapun, harga tersebut adalah harga pada spesifikasi yang tinggi. Anda boleh mendapatkan kedua-dua kereta tersebut dengan harga yang lebih rendah dengan spesifikasi yang lebih rendah. 

Spesifikasi

Model Saga  Bezza 
Jenis Enjin 1.3 Liter, 16 Valve DOHC, VVT 1.3 liter, 1NR-VE
Injap DOHC dengan DUAL VVT DOHC dengan DUAL VVT-i
Anjakan (cc) 1332 1329
Silinder 4 4
Transmisi 4 Kelajuan Auto 4 Kelajuan Auto
Tangki minyak (liter) 40 36
Output maksimum 95 PS / 70kw / 5,750rpm 95 PS / 70kw / 6,000rpm
Tork Maksimum 120nm / 4,000rpm 121nm / 4,000rpm

Keselamatan

Dari segi keselamatan pula, kereta Perodua Bezza mempunyai Advanced Safety Assist 2.0. Ianya adalah sepasang kamera yang dipasang pada bahagian cermi hadapan bagi mengesan halangan yang berada pada bahagian hadapan kereta.

Apabila terdapat halangan, kereta tersebut akan memberikan amaran pra-pelanggaran kepada pemandu dengan memberikan amaran bunyi. Ia juga mengaktifkan Brek Pra Pelanggaran apabila sistem mengesan terdapat risiko pelanggaran. 

Sekiranya anda tertekan pedal minyak dengan kuat, ASA 2.0 akan mengambil alih sistem kereta anda dan menghentikan kereta daripada melompat dan menghentam dinding di hadapan. 

Bagi kereta Proton Saga, ia agak ketinggalan dari segi aspek keselamatan jika dibandingkan dengan Perodua Bezza. Proton Saga mempunyai ciri keselamatan asas yang sama seperti Bezza seperti ABS, EBD, VSC dan Brake Assist. Namun tidak mempunyai sistem ASA 2.0 yang ada pada Perodua Bezza.

Reka Bentuk

Memang betul, reka bentuk dan design adalah sesuatu topik yang subjektif. Cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain. 

Jika dilihat dari segi luaran, Perodua Bezza dilihat sedikit tegap dan tinggi berbanding kereta Proton Saga. Perodua Bezza dihadiri dengan lampu LED hadapan yang baru, bumper dan grill baru, rim aluminium dwi tona bersaiz 15 inci baru. 

Bagi kereta Proton Saga pula, ia didatangi dengan bumper dengan gril depan dan belakang yang baru berserta dengan LED Daytime Running Lights.

Kenapa Ramai Memilih Kereta Sedan?

Seperti yang kita tahu, kereta Proton Saga adalah sejenis kereta sedan. Jika kita lihat secara am, ramai yang lebih memilih kereta sedan sebagai kereta utama mereka. Tapi kenapa? Berikut adalah sebab-sebabnya:

Saiz 

Kereta sedan mempunyai saiz yang sesuai dan selesa terutamanya di bandar. Urusan kerja seharian di bandar sebenarnya tidak memerlukan sebuah kenderaan yang besar. Cukup sekadar kereta sedan seperti kereta Proton Saga. 

Ianya senang untuk dipandu dan senang untuk diparkir. 

Selesa

Jika dibandingkan kereta jenis SUV, sistem gantungan sesebuah sedan sebenarnya direka lebih lembut. Kereta jenis SUV direka untuk pemanduan di atas jalan yang tidak rata. Dan disebabkan itu, sistem suspensinya lebih keras. 

Kestabilan

Kereta sedan seperti kereta Proton Saga mempunyai dimensi yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta jenis SUV. Ia sekaligus menyumbang kepada titik graviti yang lebih rendah serta memberikan pemanduan yang lebih stabil. 

Lebih Murah

Selain itu, antara sebab kenapa kereta sedan seperti kereta Proton Saga adalah kerana harganya yang lebih murah. Walaupun dengan harga yang murah, kereta sedan juga mempu untuk menawarkan ciri-ciri yang moden seperti kereta jenis SUV. 

Ruang Kargo 

Satu masalah umum yang ada pada mana-mana SUV/crossover adalah ruang kargo yang terhad, dan untuk ruang yang lebih luas, anda perlu melipat tempat duduk baris kedua (atau baris ketiga jika perlu)

Namun untuk sedan, tiada sebarang masalah kerana bentuk tiga kotak tradisional menawarkan ruang kargo yang besar, tanpa mengorbankan ruang penumpang.

Jadi, adakah anda berminat dengan kereta Proton Saga? Jika ya, jangan lupa dapatkan! Dah ada kereta jangan lupa insurans. Nak cari insurans kereta terbaik, dapatkan di Qoala! Mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60