Berapa Harga Rumah Ikut Gaji yang Layak Anda Beli 2024?

Kali terakhir diperbaharui Jul 17, 2024 oleh Shafiq Wahab
Berapa Harga Rumah Ikut Gaji yang Layak Anda Beli 2024?

Sebelum beli rumah idaman, penting untuk anda ambil kira harga rumah ikut gaji yang layak untuk dibeli. Jika tidak, anda mungkin terjerat dengan ansuran bulanan rumah yang tinggi sehingga menyebabkan perbelanjaan asas harian anda terganggu. Ada yang perlu refinance pinjaman rumah disebabkan kesilapan merancang komitmen hutang dengan baik.

Cara Kira Kelayakan Harga Rumah Ikut Gaji yang Sesuai

Ada individu beli rumah untuk tujuan pelaburan hartanah, dan ada juga individu yang beli rumah untuk didiami bersama keluarga. Tidak kira apa jua tujuan beli rumah, penting untuk anda ambil kira status kewangan anda bagi mengelakkan anda daripada terjerat dengan komitmen bulanan yang tinggi.

1. Kira Bayaran Ansuran Bulanan Maksimum

Sebelum beli rumah, ambil kira jumlah ansuran bulanan yang boleh atau mampu dibayar setiap bulan. Menurut pakar kewangan dan hartanah, anda disarankan untuk bayar ansuran rumah tidak melebihi 35 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan anda.

Jika ansuran bulanan melebihi jumlah yang disyorkan, anda mungkin berdepan masalah untuk menyimpan atau melabur untuk masa depan anda.

Sebagai contoh, andaikan gaji anda RM3,000 sebulan – 35 peratus daripada RM3,000 adalah sebanyak RM1,050. Jadi, anda perlu pertimbangkan rumah dengan bayaran ansuran bulanan tidak melebihi RM1,050 ini.

Insurans rumah melindungi rumah daripada sebarang risiko kerosakan atau kerugian akibat bencana atau kebakaran | Harga Rumah Ikut Gaji

2. Guna Rule of 200

Selain itu, penting untuk anda tahu kelayakan harga rumah ikut gaji yang layak untuk dimiliki. Untuk perkara ini, anda boleh gunakan Rule of 200. Apa itu Rule of 200? Formula ini boleh digunakan untuk tahu kelayakan pinjaman perumahan maksimum yang boleh anda mohon. Formula ini dikira seperti berikut:

Ansuran Bulanan x 200 = Harga Maksimum Rumah yang Boleh Dibeli

Ambil contoh gaji RM3,000 dengan ansuran bulanan RM1,050 (tidak melebihi 35 peratus daripada gaji). Dengan amaun ansuran tersebut, darabkan dengan 12 untuk ketahui harga rumah ikut gaji yang boleh dibeli.

RM1,050 x 200 = RM210,000

Berdasarkan formula ini, jumlah maksimum hartanah yang boleh dibeli mestilah tidak melebihi RM210,000 maksimum. Jika beli rumah lebih mahal daripada harga maksimum yang disyorkan, anda berkemungkinan akan terjerat dalam beban hutang yang tinggi.

Dalam erti kata lain, anda mungkin perlu menjana pendapatan sampingan atau gaji tambahan untuk menampung perbelanjaan bulanan anda.vAnda juga boleh rujuk jadual di bawah untuk ketahui harga rumah ikut gaji yang bersesuaian dengan pendapatan anda:

Jumlah Gaji Sebulan Anggaran Ansuran Bulanan Anggaran Harga Rumah Ikut Gaji Jenis Hartanah
RM1,800 RM630 RM126,000 Rumah lelong, Subsale
RM2,000 RM700 RM140,000 Rumah lelong, Subsale
RM3,000 RM1,050 RM210,000 Rumah lelong, Subsale
RM4,000 RM1,400 RM280,000 Rumah lelong, Subsale
RM5,000 RM1,750 RM350,000 RumaWIP, Rumah Selangorku atau Rumah PRIMA
RM8,000 RM2,800 RM560,000 Rumah undercon, kondominum atau teres
RM10,000 RM3,500 RM700,000 Rumah undercon, kondominum atau teres

Faktor Lain Bank Ambil Kira untuk Layak Beli Rumah

Secara asasnya, Rule of 200 bantu anda dapatkan anggaran harga rumah maksimum mengikut harga ansuran bulanan yang selesa dan tidak membebani anda. Meskipun begitu, kelayakan untuk buat pinjaman perumahan bergantung sepenuhnya pada pihak bank. Bank biasanya akan ambil kira beberapa faktor sebelum meluluskan pinjaman bergantung pada kriteria-kriteria yang ditetapkan.

1. Skor Kredit

Laporan kredit memainkan peranan penting dalam mana-mana urusan pinjaman bank. Pihak bank akan menilai status kewangan anda melalui laporan kredit CTOS atau CCRIS. Jika anda ada tunggakan bayaran pinjaman dengan pihak bank, ini mungkin menyukarkan anda untuk mendapat pinjaman baharu.

Oleh sebab itu, penting untuk anda jaga skor kredit anda. Skor kredit adalah salah satu faktor penting yang menentukan sama ada permohonan pinjaman anda lulus atau tidak. Anda boleh membuat semakan laporan CTOS dan CCRIS terkini sebelum membuat permohonan pinjaman bank yang baharu.

2. Debt Service Ratio (DSR)

Debt Service Ratio atau DSR merujuk pada nisbah hutang kepada pendapatan bersih. Nisbah hutang ini membolehkan pihak bank mengetahui jumlah pendapatan bulanan yang digunakan untuk bayar komitmen setiap bulan seperti hutang PTPTN, hutang kereta dan sebagainya.

Biasanya, bank akan tetapkan nisbah hutang DSR normal antara 60 hingga 70 peratus. Jika DSR anda melebihi jumlah ini, besar kemungkinan pinjaman anda akan ditolak kerana komitmen anda melebihi nisbah pendapatan anda.

Ambil Kira Komitmen Semasa Sebelum Tambah Hutang Baharu

Harga Rumah Mengikut Gaji: Ambil Kira Komitmen Semasa Sebelum Tambah Hutang Baharu

Pertimbangkan kelayakan harga rumah mengikut gaji untuk elakkan anda daripada terbeban dengan bayaran bulanan yang tinggi. Penting untuk anda tahu, kos pemilikan rumah bukan sekadar bayaran ansuran bulanan semata-mata. Banyak kos tambahan yang perlu diambil kira apabila anda membeli sesebuah hartanah antaranya:

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik dan komprehensif untuk perlindungan masa depan, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans paling popular di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60