Bagi anda yang berminat untuk menyertai apa-apa instrumen pelaburan emas, penting untuk anda mengetahui harga emas hari ini. Dengan cara ini, ia boleh membantu anda memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan sebarang risiko kerugian. Namun begitu, anda juga disarankan untuk pastikan urusan jual beli emas dilakukan oleh penjual atau ejen yang dipercayai kerana pelaburan emas boleh menjadi lubuk penipuan scammer untuk memperdayakan bakal pelabur.
Harga Emas 916 Hari Ini Per Gram di Malaysia
Seperti mana-mana pelaburan lain yang tersedia di Malaysia tidak kira pelaburan risiko rendah atau pelaburan jangka panjang, harga emas hari ini di Malaysia turut menyaksikan trend peningkatan dan penurunan setiap hari, faktor ini biasanya bergantung pada keadaan ekonomi semasa.
Ketulenan Emas | Harga Emas Terkini (RM/gram) |
999 | 295.28 |
950 | 280.80 |
916 | 270.75 |
875 | 258.63 |
835 | 246.81 |
750 | 221.68 |
Nota: Harga Emas Hari Ini 2022 (terutamanya Harga Emas 916 hari ini), dikemas kini setakat 24-06-2022.
Harga emas 1 gram hari ini Malaysia yang dipaparkan di atas adalah untuk rujukan sahaja dan ia berubah setiap hari. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak sumber-sumber yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas. Ini bagi membolehkan anda kira harga emas hari ini dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang bagi mengelakkan kerugian.
7 Faktor Mempengaruhi Harga Emas Semasa
Secara asasnya, turun naik harga emas terkini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya. Malah, pandemik Covid-19 juga turut mempengaruhi pasaran harga emas semasa kerana para pelabur kini mula beralih kepada pelaburan emas bagi mengurangkan risiko kerugian. Berikut tujuh faktor yang mempengaruhi harga emas hari ini Malaysia:
1. Ekonomi Dunia
Semasa berlaku krisis ekonomi di Amerika pada 2008, orang ramai memilih untuk menyimpan emas kerana beranggapan nilai mata wang kertas akan jatuh. Situasi ini sekali gus menyebabkan harga emas melonjak tinggi.
2. Politik Dunia
Situasi politik dunia juga turut memberi kesan pada harga emas Malaysia. Sebagai contoh, krisis politik Amerika dan Iraq menyebabkan ramai orang khuatir akan berlakunya perang. Ia menyebabkan orang ramai mula beralih kepada emas dan menyebabkan harga emas naik.
3. Permintaan Meningkat
Peningkatan permintaan terhadap emas menyebabkan harga emas naik. Negara China dan India merupakan pembeli emas terbesar di dunia. Biasanya, harga emas akan melonjak naik apabila permintaan daripada kedua-dua negara ini meningkat. Di India misalnya, permintaan emas akan meningkat ketika musim kahwin sekitar September-Oktober.
4. Inflasi
Inflasi menyebabkan pasaran ekonomi negara menjadi tidak menentu dan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan harga barangan semakin meningkat termasuklah harga emas di Malaysia. Secara asasnya, semakin tinggi inflasi, semakin mahal harga emas. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk melabur dengan emas kerana faktor harga yang lebih stabil ketika inflasi. Ia secara tidak langsung menyebabkan permintaan emas turut meningkat dan sekali gus meningkatkan harga emas.
5. Nilai Bunga
Selain dipengaruhi oleh situasi ekonomi dan politik dunia, harga emas juga dipengaruhi oleh nilai bunga. Ketika nilai bunga turun, pelaburan emas menjadi pilihan ramai sekali gus menyebabkan harga emas naik.
6. Harga Dolar Amerika Syarikat (USD)
Nilai US Dollar dikatakan mempunyai hubungan korelasi negatif dengan harga emas. Seandainya pengukuhan dolar Amerika berlaku, harga emas akan mengalami penurunan dan begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai US Dollar berbanding matawang lain, semakin rendah harga emas.
7. Harga Minyak
Kenaikan harga minyak biasanya diikuti dengan kenaikan harga emas. Namun begitu, kesannya tidak terjadi secara langsung. Harga minyak naik boleh menyebabkan terjadinya inflasi yang berlebihan sehingga menyebabkan harga emas ikut naik.
Meskipun begitu, ada faktor lain yang turut mempengaruhi harga emas hari ini per gram. Di Malaysia, harga emas biasanya bergantung pada kualiti emas (sama ada emas 999, harga emas 916), reputasi kedai, kos upah atau lain-lain caj. Biasanya, harga emas yang perlu dibayar oleh pembeli adalah berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan harga jualan dan belian sendiri. Malah, lokasi yang berbeza, sebagai contoh Kuala Lumpur dan Terengganu juga akan menyaksikan perbezaan harga emas.
Semoga maklumat harga emas Malaysia dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sebelum memulakan pelaburan emas. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli insurans motor, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans motor daripada beberapa syarikat insurans terbaik bergantung pada keperluan dan bajet anda.