Maksud Cukai Ditanggung oleh Majikan dalam e-Filing 2024

Kali terakhir diperbaharui Sep 24, 2024 oleh Shafiq Wahab
Maksud Cukai Ditanggung oleh Majikan dalam e-Filing 2024

Cukai pendapatan adalah tanggungan kewangan peribadi individu yang berpendapatan minimum RM2,851 ke atas selepas penolakan KWSP. Perjanjian antara pekerja dengan majikan tidak melepaskan tanggungjawab seseorang individu daripada tanggungan cukai ke atas amaun cukai ditanggung oleh majikan.

e-Filing LHDN: Cukai Ditanggung oleh Majikan Ya atau Tidak?

Secara asasnya, sebahagian atau semua amaun daripada cukai pendapatan boleh dibayar oleh majikan. Apabila cukai ditanggung oleh majikan, manfaat ini tergolong dalam definisi “Perkuisit” dan merupakan sebahagian daripada pendapatan kasar daripada penggajian. “Perkuisit” merujuk manfaat dalam bentuk tunai atau barangan yang boleh ditukar kepada wang yang diterima oleh pekerja daripada majikan.

e-Filing LHDN: Cukai Ditanggung oleh Majikan Ya atau Tidak?

Semasa isi e-filing, anda perlu pilih Ya jika majikan ada menawarkan manfaat untuk tanggung cukai tersebut. Namun begitu, jika majikan tidak menanggung cukai anda, anda boleh pilih Tidak untuk bahagian ini semasa anda isi e-filing. Untuk lebih kepastian dan mengelakkan daripada sebarang kesilapan, rujuk bahagian Sumber Manusia syarikat anda.

Penting untuk anda tahu potongan gaji yang ditolak untuk cukai bukanlah bermaksud cukai ditanggung oleh majikan. Tetapi sebaliknya, majikan hanya bayarkan bagi pihak anda sahaja dengan membuat penolakan daripada gaji anda sendiri. Untuk info lanjut berkaitan perkuisit dan cukai ditanggung oleh majikan, anda boleh rujuk sini.

Fahami Cukai Ditanggung oleh Majikan, Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul

Individu yang layak perlu isytihar dan bayar cukai pendapatan setiap tahun untuk elakkan daripada dikenakan penalti. Oleh sebab itu, penting untuk anda fahami perkara-perkara berkaitan cukai pendapatan dalam e filing. Cara ini dapat mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan semasa memasukkan maklumat berkaitan cukai ditanggung oleh majikan.

Fahami Cukai Ditanggung oleh Majikan, Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul

Untuk info lanjut berkaitan percukaian, anda boleh rujuk artikel-artikel lain berkaitan cukai pendapatan. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan terbaik bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari Qoala Malaysia untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh beli insurans kesihatan dengan cepat, mudah dan selamat. Selain itu, anda juga boleh bandingkan harga polisi insurans kesihatan untuk bantu anda buat pilihan terbaik.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60