Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Sep 30, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS Malaysia 2024

Adakah anda pernah terfikir kenapa permohonan pinjaman atau kad kredit anda ditolak walaupun gaji anda stabil? Salah satu sebab utama mungkin disebabkan laporan CCRIS atau CTOS anda tidak bersih. Jika anda berdepan situasi yang memerlukan anda untuk tambah baik rekod kewangan anda, Qoala senaraikan enam cara nak clear CTOS dan CCRIS yang boleh membantu anda.

6 Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS untuk Tambah Baik Rekod Kewangan

Rekod CTOS dan CCRIS yang baik dan bersih penting untuk memudahkan anda mendapatkan pinjaman, permohonan kad kredit atau membuat pembelian besar seperti rumah dan kereta. Artikel ini akan tunjukkan cara nak clear CTOS dan CCRIS supaya kewangan anda sentiasa berada dalam keadaan tip-top.

1. Selesaikan Pinjaman Tertunggak Terlebih Dahulu

Salah satu cara nak clear CTOS dan CCRIS adalah dengan menyelesaikan semua pinjaman yang tertunggak terlebih dahulu. Jika boleh, utamakan untuk bayar dan selesaikan hutang yang berkadar faedah paling tinggi. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan ke atas hutang keseluruhan.

Selain itu, penting untuk anda bayar hutang komitmen penting terlebih dahulu sebelum penuhi kehendak-kehendak lain. Elakkan perbelanjaan yang tidak penting seperti beli gajet baharu, tukar perabot rumah dan sebagainya.

Jika perlu, tetapkan pembayaran hutang secara auto debit. Ia membolehkan komitmen bulanan dibayar tepat pada masanya dan mengelakkan masalah tunggakan akibat terlupa.

Cara Nak Clear CTOS dan CCRIS untuk Tambah Baik Rekod Kewangan

2. Buat Penyatuan Hutang

Jika anda mempunyai banyak hutang dari institusi kewangan berbeza, cuba gabungkan kesemua hutang tersebut dengan penyatuan hutang ke dalam satu pinjaman. Cara ini membolehkan kadar faedah pinjaman akan disatukan dan jumlah pinjaman dapat dikurangkan dengan tempoh bayaran balik yang sama.

Kaedah ini memerlukan anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Pinjaman tersebut akan digunakan untuk bayar balik semua hutang semasa. Anda hanya perlu bayar balik pinjaman baharu ini dengan kadar faedah dan terma yang lebih munasabah. Kaedah ini juga secara tidak langsung memudahkan anda untuk fokus kepada satu ansuran bulanan sahaja.

3. Jana Pendapatan Tambahan

Sekiranya gaji bulanan anda tidak mencukupi untuk membayar hutang, anda disarankan untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh lakukan perkara ni pada hujung minggu atau selepas waktu kerja. Duit lebihan ini boleh digunakan untuk menjelaskan mana-mana pinjaman yang tertunggak dan clear CTOS dan CCRIS anda.

  • Lakukan pekerjaan gig seperti perkhidmatan penghantaran makanan, penghantaran barangan atau perkhidmatan e-hailing;
  • Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti pengurusan media sosial, penulisan, rekaan dan videografi, anda boleh menawarkan kemahiran-kemahiran ini;
  • Buat dropship atau affiliate – anda hanya perlu mempromosikan produk dengan menggunakan pautan khas tanpa perlu menyimpan stok atau mengeluarkan modal.

Cara Clearkan CTOS dan CCRIS di Malaysia

4. Buat Pinjaman untuk Bayar Hutang Mahal

Jika perlu, anda juga boleh mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang-hutang mahal. Cari pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang lebih rendah untuk membantu melangsaikan hutang anda. Langkah ini boleh mengurangkan beban ansuran bulanan dan mempercepatkan proses clear CTOS dan CCRIS anda.

Bagi penjawat awam, anda boleh mempertimbangkan untuk memohon pinjaman koperasi. Pinjaman koperasi biasanya lebih fleksibel dalam menerima peminjam yang mempunyai rekod CTOS atau CCRIS yang tidak baik.

Pinjaman ini boleh digunakan untuk membayar hutang yang tertunggak dan membantu anda overlap hutang sedia ada dengan kadar bayaran lebih rendah.

5. Buat Penyusunan Semula Hutang

Jika anda merasa terbeban untuk membuat bayaran balik setiap bulan, berbincanglah dengan pihak bank untuk membuat penyusunan semula hutang. Dengan cara ini, jumlah bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan tetapi jangka pembayaran balik akan menjadi lebih panjang.

Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana jumlah hutang semasa masih sama tetapi mungkin ada penambahan yuran perkhidmatan dan sebagainya. Penyusunan semula hutang boleh membantu mengurangkan komitmen bulanan dan memperbaiki rekod CTOS dan CCRIS anda.

Jika perlu, dapatkan khidmat penasihat kewangan AKPK untuk merancang masa depan kewangan anda. AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit menawarkan khidmat nasihat percuma bagi individu yang berdepan masalah kewangan untuk pembayaran balik pinjaman.

6. Amalkan Disiplin Kewangan

Amalkan disiplin dalam strategi pengurusan kewangan peribadi anda. Pastikan anda membuat bayaran tepat pada masanya setiap bulan dan sentiasa memantau rekod CTOS dan CCRIS anda. Disiplin kewangan yang tinggi memastikan anda dapat mengekalkan rekod kewangan yang bersih di masa hadapan.

Urus Kewangan dengan Bijak untuk Masa Depan yang Lebih Tenang

Urus Kewangan dengan Bijak untuk Masa Depan yang Lebih Tenang

Rekod CTOS dan CCRIS yang baik dan bersih memerlukan disiplin kewangan dan perancangan yang teliti. Setiap langkah yang dinyatakan di atas penting untuk membantu anda clear CTOS dan CCRIS dan mencapai kestabilan kewangan yang lebih baik. Apa yang penting, elakkan diri anda daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan.

Pastikan anda hanya menggunakan kad kredit atau mengambil pinjaman berdasarkan apa yang mampu dibayar balik tanpa menjejaskan kestabilan kewangan anda. Dengan perancangan yang bijak, anda bukan sahaja clear CTOS dan CCRIS tetapi dapat mencapai kestabilan kewangan yang lebih kukuh.

Selain itu, jika anda merancang untuk mendapatkan insurans kesihatan untuk elakkan daripada berdepan masalah kewangan sekiranya ditimpa musibah, layari Qoala Malaysia untuk info lanjut. Qoala merupakan platform pembaharuan dan perbandingan insurans yang menawarkan perlindungan insurans pada harga berpatutan.

Anda boleh banding dan pilih insurans perubatan dan kesihatan terbaik untuk perlindungan anda hari ini.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60