Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online 2024 Melalui myASNB

Kali terakhir diperbaharui Sep 10, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online 2024 Melalui myASNB

Anda kini tidak lagi perlu beratur panjang untuk membuat pengeluaran simpanan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai simpanan ASB. Selari dengan kemajuan teknologi, anda kini boleh keluarkan duit ASB online dengan mudah melalui portal dan aplikasi myASNB. Kemudahan pengeluaran ASB online membolehkan anda membuat pengeluaran pada bila-bila masa di saat memerlukan.

Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online

Jika dahulu urusan pengeluaran simpanan ASB perlu dilakukan di kaunter, tetapi kini simpanan ASB boleh dikeluarkan dengan lebih mudah secara online. Untuk membuat pengeluaran ASB secara dalam talian, anda perlu berdaftar dan mempunyai akaun myASNB terlebih dahulu.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, berikut cara mudah untuk keluarkan duit simpanan ASB secara online:

  1. Log masuk ke dalam aplikasi MyASNB atau portal myASNB melalui pautan https://www.myasnb.com.my/;
  2. Seterusnya, klik pada butang “Jualan Balik” – anda kemudiannya akan di bawa ke halaman “Jualan Balik”
  3. Pilih amaun dana yang ingin dikeluarkan. Anda boleh memilih sama ada RM100, RM300 atau RM500 atau masukkan apa-apa amaun mengikut keperluan anda. Had maksimum pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 sebulan. Selain itu, penting untuk anda tahu had maksimum urus niaga jualan balik adalah sebanyak tiga kali sahaja bagi setiap bulan;
  4. Setelah selesai, nyatakan persetujuan anda di bahagian perakuan dan klik butang “Seterusnya” – anda akan dibawa ke halaman “Pengesahan Pemegang Unit”;
  5. Sahkan maklumat yang tertera, dan klik butang “Hantar”. Pemberitahuan pengesahan akan dihantar kepada anda sama ada melalui aplikasi myASNB atau SMS;
  6. Masukkan nombor TAC atau sahkan proses;
  7. Selesai. Dana akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda dalam tempoh satu hari bekerja.

Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online

Cara Keluarkan Duit ASB Offline

Selain keluarkan duit ASB secara online, anda juga boleh keluarkan duit ASB secara fizikal melalui Pejabat Pos atau ejen bank di Malaysia. Berikut cara keluarkan duit ASB offline di Pejabat Pos:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda;
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang jualan balik unit ASB;
  3. Ambil nombor dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
  4. Bawa bersama dokumen peribadi seperti kad pengenalan untuk pengesahan cap jari di kaunter;
  5. Selesai.

Selain Pejabat Pos, anda juga boleh keluarkan duit ASB di mana-mana kaunter bank berdekatan anda. Anda boleh berkunjung ke mana-mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB antaranya:

  • Hong Leong Bank;
  • Alliance Bank;
  • Maybank;
  • AmBank;
  • Bank Muamalat;
  • Bank Islam;
  • Affin Bank;
  • RHB Bank;
  • Ambank;
  • CIMB Bank; dan
  • Bank Simpanan Nasional.

Berikut cara keluarkan duit ASB secara offline melalui bank ejen ASB di Malaysia:

  1. Pergi ke mana mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB;
  2. Isi dan lengkapkan borang jualan balik unit ASB anda;
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
  4. Serahkan dokumen kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri;
  5. Selesai.

Berbeza dengan pengeluaran ASB online, tiada had jualan balik maksimum ditetapkan jika urus niaga dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Rancang Pengeluaran ASB Anda untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Rancang Pengeluaran ASB Anda untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Pengeluaran ASB kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara online dengan adanya myASNB ini. Pengguna tidak lagi perlu hadir ke mana-mana cawangan bank atau Pejabat Pos untuk tujuan ini. Meskipun proses pengeluaran kini lebih mudah, anda disarankan untuk tidak tidak membuat pengeluaran sesuka hati.

Penting untuk anda menjaga simpanan anda dengan bijak supaya simpanan anda terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang. Jika anda keluarkan duit ASB anda, jumlah simpanan anda akan berkurangan. Ini secara tidak langsung boleh beri kesan pada pendapatan dividen ASB yang akan diterima pada masa hadapan.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans kesihatan untuk perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans kesihatan terbaik di Malaysia. Anda boleh banding dan pilih insurans kesihatan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Layari Qoala Malaysia hari ini untuk pengalaman beli insurans kesihatan online yang mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60