Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu instrumen pelaburan popular di Malaysia. Ia direka khas untuk meningkatkan simpanan terutamanya dalam kalangan Bumiputera. Selari dengan kemudahan teknologi, anda kini boleh urus dan daftar ASB online melalui portal myASNB.
5 Cara Buka Akaun ASB Online Melalui myASNB
Jika anda baru pertama kali ingin membuka akaun ASB, berikut cara daftar ASB secara online menggunakan aplikasi myASNB untuk panduan anda:
1. Muat Turun Aplikasi MyASNB
Muat turun aplikasi MyASNB melalui Google Play Store atau Apple App Store. Aplikasi MyASNB ini memudahkan anda untuk membuat pendaftaran, semakan baki dan dividen terkini serta transaksi pelaburan melalui telefon pintar anda.
2. Daftar Akaun Baharu
Setelah muat turun, buka aplikasi dan pilih pilihan “Daftar Akaun Baru” untuk daftar ASB online. Isi maklumat peribadi yang diperlukan seperti:
- Nama penuh seperti tertera dalam IC;
- Nombor kad pengenalan (MyKad);
- Nombor telefon bimbit;
- Alamat e-mel yang sah.
Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat kerana ia akan digunakan untuk pengesahan akaun anda.
3. Pengesahan Identiti
Ikuti arahan di skrin untuk mengesahkan identiti anda. Proses ini biasanya melibatkan pengesahan gambar kad pengenalan dan swafoto (selfie) untuk tujuan keselamatan.
- Anda akan menerima kod OTP melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan;
- Anda perlu mengimbas kad pengenalan (MyKad) menggunakan kamera telefon untuk pengesahan. Pastikan pencahayaan yang baik untuk memastikan gambar jelas.
4. Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan
Setelah identiti anda disahkan, anda akan diminta untuk mencipta ID pengguna dan kata laluan untuk akses ke akaun ASB online anda.
5. Selesai
Anda kini berjaya daftar ASB online! Anda boleh mula melabur atau menyemak pelaburan anda bila-bila masa melalui aplikasi myASNB. Dengan pelaburan permulaan serendah RM10 melalui platform perbankan dalam talian atau FPX, anda boleh membuat pelaburan tanpa perlu ke kaunter ASNB!
Meskipun begitu, jika anda lebih selesa melakukan pendaftaran ASB secara fizikal, anda boleh mengunjungi cawangan atau ejen ASNB seperti Pejabat Pos untuk membuka akaun. Pastikan anda bawa bersama dokumen seperti kad pengenalan untuk individu berusia 18 tahun ke atas
Untuk daftar ASB anak bawah 18 tahun pula, anda perlu bawa bersama MyKid/MyKad atau sijil kelahiran serta kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.
Daftar ASB Online: Rancang Kewangan untuk Masa Depan yang Lebih Baik
Pendaftaran akaun ASB secara online adalah langkah bijak bagi sesiapa yang ingin mengurus pelaburan secara efisien dan fleksibel. ASB adalah pelaburan jangka panjang yang selamat dan terjamin. Ia sekali gus menjadikannya pilihan terbaik untuk menyimpan dana kecemasan atau mencapai matlamat kewangan.
Sama seperti anda merancang pelaburan melalui ASB, anda juga perlu mempertimbangkan perlindungan kewangan tambahan untuk masa depan yang lebih terjamin. Di Qoala, kami menawarkan pelbagai produk insurans yang meliputi pelbagai aspek kehidupan anda seperti perlindungan kesihatan dan kenderaan.
Dengan membuat pelaburan bijak dan melindungi diri serta aset anda melalui insurans yang komprehensif, anda dapat menikmati ketenangan fikiran. Daftar ASB online dan dapatkan perlindungan insurans bersama Qoala untuk bebas kewangan dan memastikan masa depan anda lebih terjamin!