Gaji Basic RM1,200 Boleh Beli Kereta Mercedes Ke?

Kali terakhir diperbaharui Aug 21, 2024 oleh Shafiq Wahab
Gaji Basic RM1,200 Boleh Beli Kereta Mercedes Ke?

Semua orang semestinya teringin untuk memandu dan memiliki kereta mewah seperti Mercedes-Benz. Namun, kadangkala kos yang tinggi membuatkan kebanyakan daripada kita terpaksa berfikir dua kali. Berapa sebenarnya gaji minimum untuk beli kereta Mercedes di Malaysia? Adakah dengan gaji basic RM1,200 sebulan, impian untuk beli kereta Mercedes ini sesuatu yang boleh dicapai?

Berapa Gaji Minimum untuk Beli Kereta Mercedes di Malaysia?

Bila bercakap pasal beli kereta, ramai yang sanggup berbelanja melebihi kemampuan semata-mata demi mengejar status. Contohnya, dengan gaji RM2,000, ada yang tetap berkeras membeli Honda City dengan bayaran bulanan RM800. Akibatnya, setiap hujung bulan terpaksa bergelut mencari wang tambahan untuk kelangsungan hidup.

Jika situasi ini berlaku dengan kereta yang lebih murah, bagaimana pula dengan kereta mewah seperti Mercedes-Benz? Berapa gaji minimum yang diperlukan untuk memiliki sebuah Mercedes di Malaysia?

Berapa Gaji Minimum untuk Beli Kereta Mercedes di Malaysia?

Anggaran Pendapatan yang Sesuai untuk Miliki Mercedes

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, mari kita ambil contoh model Mercedes A200 dengan harga jualan RM219,000. Anda membuat bayaran deposit sebanyak 10 peratus (kira-kira RM21,900) dan mengambil pinjaman kereta untuk tempoh tujuh tahun dengan kadar faedah 2.5 peratus. Bayaran bulanan anda dianggarkan akan menjadi sekitar RM2,753 sebulan.

Namun begitu, kos ini belum termasuk kos-kos tambahan seperti:

Jadi, berapa sebenarnya gaji yang perlu anda ada untuk menanggung semua komitmen ini dengan selesa? Secara umum, pakar kewangan mencadangkan agar bayaran kereta tidak melebihi 15 peratus daripada pendapatan bulanan anda.

Berdasarkan anggaran bayaran bulanan RM2,753, ini bermakna anda perlu memiliki pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM18,350 sebulan. Ini bagi memastikan semua kos berkaitan dapat ditanggung dengan baik tanpa menjejaskan kewangan anda yang lain.

Jika anda mempunyai komitmen lain seperti pinjaman rumah, anda semestinya memerlukan pendapatan yang lebih tinggi untuk beli kereta Mercedes. Oleh sebab itu, pemilikan kereta mewah seperti Mercedes memerlukan perancangan kewangan yang teliti supaya ia tidak menjadi beban dalam jangka masa panjang.

Nota: Amaun yang ditunjukkan adalah anggaran sahaja. Ia mungkin berbeza mengikut kadar faedah, pilihan insurans serta keadaan kewangan peribadi anda. Pastikan anda membuat pengiraan dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan profesional sebelum membuat keputusan.

Apa Model Kereta yang Layak Dibeli dengan Gaji yang Anda Miliki?

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang sedang mempertimbangkan kereta yang sesuai untuk dibeli mengikut tangga gaji yang dimiliki sekarang. Anda boleh pertimbangkan tips beli kereta mengikut gaji seperti berikut:

1. Ambil Kira Total Pendapatan Setahun

Semua orang berimpian untuk beli kereta Mercedes atau kereta mahal yang tersedia dalam pasaran. Namun begitu, penting untuk berpijak di bumi nyata dan sedar dengan kemampuan kewangan semasa yang dimiliki.

Untuk langkah selamat, anda disarankan untuk beli kereta dengan harga jualan tidak melebihi pendapatan tahunan anda. Sebagai contoh, andaikan gaji anda RM3,000 sebulan: RM3,000 x 12 bulan = RM36,000. Ini bermaksud, anda boleh beli kereta yang bernilai di bawah RM36,000.

Di Malaysia, banyak kereta baharu dan kereta terpakai yang boleh didapati dalam lingkungan harga sebegini. Anda boleh rujuk artikel Top 3 Kereta Murah untuk Gaji Bawah RM3,000 untuk ketahui model kereta yang boleh dimiliki dengan julat gaji sebegini.

2. Pastikan Ansuran Tidak Lebih 15 Peratus Gaji Bersih

Salah satu cara ideal yang boleh bantu anda menguruskan kewangan dengan baik adalah dengan tidak membeli kereta dengan ansuran bulanan yang tinggi. Pastikan ansuran bulanan kereta anda tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah gaji bersih yang diterima setiap bulan.

Andaikan gaji anda RM3,000 bersih sebulan: 15 peratus daripada RM3,000 = RM450. Jadi, bayaran ansuran bulanan yang disyorkan untuk kereta anda mestilah tidak melebihi RM450 sebulan. Penting untuk anda tahu yang kos beli kereta bukan sekadar kemampuan anda untuk bayar ansuran bulanan semata-mata.

Anda perlu ambil kira kos-kos tambahan yang mungkin timbul seperti cukai jalan kereta, insurans kereta, pembaikan kerosakan dan lain-lain.

Beli Insurans Kereta Mercedes di Qoala Malaysia untuk Lebih Penjimatan!

Beli Insurans Kereta Mercedes di Qoala Malaysia untuk Lebih Penjimatan

Penting untuk anda merancang kewangan anda dengan teliti. Jangan terpedaya dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media sosial sehingga anda terburu-buru membeli kereta melebihi kemampuan kewangan anda. Ingat, ukur baju di badan sendiri untuk mengelakkan diri daripada terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi.

Anda mungkin tergoda untuk memiliki kereta mewah seperti Mercedes dan berfikir-fikir untuk membeli kereta yang harganya melebihi pendapatan tahunan anda. Namun begitu, penting untuk anda sedar bahawa keputusan sebegini boleh membawa kepada masalah kewangan di masa hadapan.

Selain daripada bayaran ansuran bulanan, anda juga perlu mempertimbangkan kos-kos tambahan seperti minyak petrol, tol, parking, servis kereta dan lain-lain. Semua ini boleh menambah beban kewangan anda jika tidak dirancang dengan baik. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan semua aspek kewangan sebelum membuat keputusan untuk beli kereta Mercedes.

Selain itu, bagi anda yang sedang mencari insurans kereta Mercedes untuk perlindungan kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh beli insurans kereta Mercedes terbaik di Qoala Malaysia hari ini dengan tawaran harga yang berpatutan dan menjimatkan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60