Bebas Hutang: 3 Tanda Tabiat Kewangan Anda Masih Dijajah

Kali terakhir diperbaharui Aug 12, 2024 oleh Shafiq Wahab
Bebas Hutang: 3 Tanda Tabiat Kewangan Anda Masih Dijajah

Semua orang boleh nikmati kehidupan bebas hutang asalkan ada disiplin, ilmu dan kesedaran yang tinggi. Meskipun misi bebas hutang bukanlah sesuatu yang mudah, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Ramai orang khususnya golongan muda gagal merancang kewangan dengan baik sehinggakan golongan ini terjerat dalam hutang yang membebankan.

3 Tanda Pengurusan Kewangan Anda Masih Belum Merdeka

Erti #MerdekaKewangan yang sebenar ialah bebas dari hutang dan mempunyai pendapatan yang stabil. Dalam usaha untuk #MerdekaKewangan dan bebas hutang, disiplin diri memainkan peranan penting terutamanya dari segi pengurusan perbelanjaan kehendak. Jika tidak dikawal, ia boleh mengakibatkan masalah kewangan yang serius.

Apa tanda-tanda pengurusan kewangan peribadi anda masih belum merdeka?

Tanda Pengurusan Kewangan Anda Masih Belum Merdeka

1. Tidak Mampu Menyimpan Setiap Bulan

Amalan menabung atau menyimpan bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini. Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan minimum sekurang-kurangnya RM1,000.

Simpanan adalah satu elemen penting dalam membantu usaha anda mencapai misi bebas hutang. Menurut pakar, anda disarankan untuk menyimpan minimum 10 peratus daripada pendapatan kasar yang diterima setiap bulan. Maksudnya, anda perlu simpan sekurang-kurangnya RM300 sebulan jika gaji anda RM3,000 sebulan.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, memadai untuk anda simpan mengikut kemampuan kewangan anda sendiri. Jika anda mampu untuk simpan RM100 sahaja sebulan, itu lebih baik daripada tidak menyimpan langsung. Tiada gunanya jika simpan dalam jumlah yang besar setiap bulan tetapi pada akhirnya terpaksa dikeluarkan akibat terdesak.

2. Baki Akaun Bank Negatif Setiap Bulan

Jika anda tergolong dalam kategori individu yang sentiasa menanti-nantikan hari gaji masuk setiap bulan untuk berbelanja, anda perlu menilai semula pengurusan kewangan anda. Ini kerana, anda berkemungkinan ada masalah dalam menguruskan komitmen dan perbelanjaan anda.

Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu anda merancang perbelanjaan bulanan dengan lebih terkawal tanpa menunggu gaji yang seterusnya. Berikut antara tip yang boleh anda praktikkan untuk menguruskan hutang anda dengan lebih baik:

  • Rekod aliran keluar dan masuk kewangan anda bagi memastikan anda tahu ke mana wang anda dibelanjakan;
  • Kurangkan perbelanjaan untuk beli barangan kehendak. Dalam misi bebas hutang, fokus kepada perbelanjaan barang keperluan sahaja;
  • Kurangkan komitmen bulanan yang tidak perlu seperti siaran televisyen berbayar, penapis air dan sebagainya;
  • Tingkatkan pendapatan dengan menjana pendapatan pasif tambahan;
  • Fokus pada misi melangsaikan hutang yang paling rendah atau hutang dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu.

3. Hutang Tertunggak Lebih Sebulan

Ramai dalam kalangan orang muda khususnya hanyut dalam mengejar gaya hidup mewah sehingga memberi kesan pada perbelanjaan bulanan. Mereka terikut-ikut dengan gaya hidup masa kini seperti sering bertukar-tukar telefon pintar, beli kereta import dan sebagainya.

Akibatnya, golongan ini terbeban dengan komitmen bulanan yang terlampau tinggi sehingga menghadapi masalah untuk bayar balik pinjaman. Malah, ada yang miliki komitmen bulanan yang tinggi melebihi pendapatan bulanan sehingga berlaku tunggakan hutang.

Lebih membimbangkan sehinggakan sampai ada yang sanggup ambil pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang tinggi atau meminjam duit dari orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Penting untuk anda tahu tunggakan untuk pinjaman tidak kira pinjaman rumah, kad kredit atau pinjaman pendidikan boleh jejaskan skor kredit anda. Pihak bank akan melihat skor kredit yang baik sebelum meluluskan apa-apa pinjaman baharu – skor kredit 650 dan ke atas dikira baik.

Bebas Hutang: Lindungi Masa Depan Anda, Beli Insurans di Qoala Malaysia untuk Ketenangan Fikiran

Lindungi Masa Depan Anda, Beli Insurans di Qoala Malaysia untuk Ketenangan Fikiran

Tanpa tabiat kewangan yang baik, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan anda. Keadaan kewangan yang tidak stabil boleh beri kesan pada tekanan emosi dan psikologi. Ini termasuk kebimbangan, kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Oleh sebab itu, penting untuk anda merancang kewangan anda bagi memastikan anda #MerdekaKewangan.

Perancangan kewangan yang baik boleh membantu memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan untuk masa depan. Sebagai contoh, jika anda ingin bersara dengan selesa, anda perlu simpan sebahagian daripada pendapatan dan tidak berbelanja secara berlebihan bermula dari sekarang,

Namun begitu, tabiat baharu ini semestinya memerlukan perancangan jangka panjang dan disiplin diri yang tinggi. Ini kerana, bukan mudah untuk mengubah gaya hidup lama kepada amalan baharu yang lebih baik. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans kesihatan untuk perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans kesihatan terbaik di Malaysia. Anda boleh banding dan pilih insurans kesihatan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Layari Qoala hari ini untuk pengalaman beli insurans kesihatan online yang mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60