5 Tanda Tukar Minyak Kereta, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
5 Tanda Tukar Minyak Kereta, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

Korang tahu tak apa fungsi minyak hitam kereta? Percaya atau tak kalau kami cakap ramai pemilik kenderaan tidak arif tentang minyak hitam seperti bila perlu tukar minyak hitam kereta, fungsi minyak hitam dalam enjin kereta dan sebagainya. Secara amnya, minyak enjin berfungsi sebagai pelincir supaya prestasi enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik, dan memastikan pemanduan kereta berjalan lancar dan senyap.

Ia juga berfungsi membersihkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin kereta sekali gus melindungi enjin kereta dan mengelakkan risiko enjin kereta rosak, komponen enjin berkarat dan sebagainya.

tukar minyak hitam kereta

Tempoh tukar minyak hitam kereta biasanya bergantung pada model kereta, jenis kenderaan dan tabiat pemanduan. Secara amnya, minyak hitam perlu ditukar setiap 5,000 atau 10,000 km bergantung pada jenis minyak enjin yang digunakan.

Kebanyakan pemandu hanya akan tukar minyak hitam mereka bergantung pada jarak pemanduan tanpa menghiraukan tanda-tanda penting lain yang memerlukan mereka untuk tukar minyak hitam dengan segera.

Apabila tanda tukar minyak hitam ini diabaikan, ia boleh mengundang pelbagai risiko dan masalah pada enjin kereta seperti kerosakan komponen enjin.

Oleh sebab itu, pengetahuan dan penjagaan asas mengenai minyak hitam perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi.

Tukar Minyak Hitam Kereta Sebelum Terlambat, 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta yang Perlu Korang Tahu

Secara amnya, minyak hitam kereta (atau turut dikenali sebagai minyak pelincir atau minyak enjin kereta) perlu diselenggara, diperiksa dan ditukar secara berkala supaya dapat mengekalkan prestasi dan kemampuan enjin secara menyeluruh.

Proses penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengurangkan risiko kerosakan serius pada komponen enjin yang mungkin boleh mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi.

Minyak hitam kereta perlu ditukar setiap 5,000 hingga 10,000 km. Meskipun begitu, tempoh tukar minyak hitam kereta biasanya bergantung pada jenis minyak hitam kereta yang digunakan (sama ada minyak hitam semi sintetik atau minyak hitam fully synthetic).

Qoala menyenaraikan tanda tukar minyak hitam kereta untuk panduan dan rujukan korang seperti berikut:

1. Warna Minyak Hitam Bertukar Gelap, Minyak Hitam Kotor

Minyak enjin atau minyak pelincir ini sebenarnya berwarna amber atau coklat, meskipun ia dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna. Selari dengan penggunaan dan jarak pemanduan, warna coklat ini cenderung untuk bertukar menjadi lebih gelap dan hitam sepenuhnya akibat kotoran atau bendasing yang terhasil disebabkan pembakaran dalaman enjin.

Oleh sebab itu, korang dinasihatkan untuk cek minyak hitam kereta dan periksa tahap kejernihan minyak hitam. Tukar minyak hitam kereta sekiranya warnanya sudah bertukar menjadi gelap atau hitam berkilat.

Cara Check Minyak Hitam Kereta

Minyak enjin kereta secara amnya perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik. Qoala menyenaraikan cara check minyak hitam kereta untuk panduan korang seperti berikut:

  1. Tarik dipstick dan bersihkan;
  2. Kemudian, masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam;
  3. Keluarkan semula dipstick tersebut dan periksa paras minyak hitam;
  4. Sekiranya paras minyak hitam melebihi paras penuh, keluarkan sebahagian daripadanya supaya ia tidak memberi kesan kepada kelancaran enjin;
  5. Minyak hitam terlebih boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft, spark plug rosak;
  6. Sekiranya paras minyak hitam kurang daripada paras rendah, tambah minyak hitam untuk mengurangkan risiko kerosakan komponen enjin;
  7. Lap dipstick pada tisu atau kain yang berwarna cerah untuk memeriksa tahap kepekatan minyak hitam.

2. Enjin Kereta Meragam

Seperti semua sedia maklum, minyak hitam kereta berfungsi melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin, sekali gus mengelakkan komponen logam dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung mengelakkan enjin kereta daripada meragam atau bunyi bising daripada enjin kereta.

Minyak enjin atau minyak pelincir yang semakin cair, berkurangan atau kotor tidak dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Malah, dalam kes tertentu ia juga boleh menyebabkan temperature kereta naik dan enjin kereta menjadi terlalu panas.

3. Simbol Amaran Kereta, Lampu Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin menyala merupakan salah satu petanda jelas yang korang perlu tukar minyak hitam kereta. Simbol amaran kereta ini boleh diperhatikan pada dashboard kereta korang. Sekiranya lampu enjin menyala, ia bermaksud sistem kereta mengesan masalah pada bahagian enjin kereta. Periksa paras minyak hitam dan tambahkan minyak hitam dengan segera, jika perlu.

Selain itu, korang juga disarankan untuk segera bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Jika diabaikan, ia boleh memberi impak yang lebih ketara bukan sahaja pada kos pembaikan, malah kerosakan komponen enjin yang perlu ditanggung.

Adakah Selamat Memandu Jika Lampu Amaran Kereta Menyala?

Sekiranya korang mengesan sesuatu yang tidak kena pada kereta atau lampu amaran minyak enjin kereta menyala secara tiba-tiba, korang dinasihatkan untuk tidak meneruskan pemanduan bagi mengelakkan risiko kerosakan komponen lain. Perlahankan kenderaan, dan segera berhenti di bahu jalan dengan selamat dan berhati-hati.

Jika perlu, hubungi trak tunda bagi membantu menunda kenderaan korang ke bengkel kereta berhampiran.

4. Enjin Kereta Berasap, Bau Terbakar atau Hangit

Sekiranya korang ada terhidu bau terbakar atau bau hangit daripada ruang enjin, ini bermaksud kereta korang sedang mengalami masalah yang memerlukan pemeriksaan segera. Biasanya, bau terbakar ini terjadi disebabkan kebocoran minyak dalam enjin.

Selain itu, ada sesetengah kes bau terbakar atau hangit ini berlaku disebabkan oleh temperature kereta naik atau suhu enjin terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar dalam sistem ekzos.

Sekiranya korang berdepan situasi sebegini terutamanya semasa korang sedang memandu, lakukan pemeriksaan dengan segera dan tukar minyak hitam kereta dengan segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk seperti kereta terbakar dan sebagai.

5. Kereta Makan Minyak, Penggunaan Minyak Kereta Meningkat

Antara kesan tak tukar minyak hitam kereta atau lambat tukar minyak hitam kereta ialah peningkatan penggunaan petrol. Minyak hitam kereta yang telah cair, kotor atau tidak cukup likat akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras bagi mencapai prestasi pemanduan yang sama seperti biasa.

Ia sekali gus meningkatkan tekanan pada enjin kereta, dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan minyak kereta atau bahan api yang lebih tinggi berbanding biasa.

Tips Pilih Minyak Enjin Terbaik, Minyak Hitam Kereta Sesuai untuk Kereta Korang

Bagi memastikan kelancaran dan prestasi minyak enjin kereta yang optimum, pemilihan minyak hitam haruslah tepat dengan mengambil kira beberapa faktor-faktor penting antaranya tahap kelikatan minyak enjin, jenis minyak hitam dan jenis enjin kereta.

Qoala menyenaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih minyak enjin terbaik seperti berikut:

1. Tahap Kelikatan Minyak Enjin

Menurut Society of Automotive Engineers (SAE), salah satu cara untuk pilih minyak hitam terbaik adalah dengan merujuk tahap kelikatan minyak enjin kereta tersebut.

Kebiasaannya, tahap kelikatan minyak enjin dipaparkan pada label pembungkusan melalui kod unik – gabungan nombor dan huruf seperti 5W-50, 15W-40, 10W-30 dan sebagainya ini merujuk ukuran ketahanan dan tahap kelikatan minyak enjin.

Contohnya, ‘10W’ merujuk kepada kelikatan minyak enjin pada suhu yang sejuk manakala ‘30’ pula merujuk indikator kelikatan minyak enjin pada suhu yang tinggi. Semakin kecil nombor yang dipaparkan, semakin rendah tahap kelikatan minyak enjin tersebut.

Apa Minyak Hitam yang Sesuai untuk Kereta Lebih 10 Tahun? Minyak Hitam 10W-40 Berapa Kilometer?

Persoalan “apa minyak hitam yang sesuai untuk kereta lebih 10 tahun atau kereta lama?” merupakan persoalan biasa yang sering diajukan oleh pemilik kenderaan. Secara teknikal, kereta lebih 10 tahun memerlukan minyak enjin dengan tahap kelikatan yang lebih tinggi seperti Minyak Hitam 10W-40.

Ini kerana, faktor penggunaan yang lebih lama boleh mempengaruhi struktur dan komponen enjin, dan memberi kesan kepada prestasi enjin. Enjin kereta yang lebih berusia memerlukan minyak enjin yang lebih likat berbanding enjin kereta baharu.

Minyak hitam 10W-40 sesuai untuk kereta dengan bacaan mileage yang tinggi – enjin lama berupaya mengendalikan suhu yang lebih tinggi dan enjin kereta dikatakan lebih efisien, lebih tahan lama dengan minyak yang lebih likat. Minyak hitam 10W-40 perlu ditukar setiap 8,000 hingga 10,000 bergantung pada penggunaan.

2. Jenis Minyak Hitam Kereta

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis minyak enjin kereta dijual, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebelum beli minyak hitam kereta, penting untuk ambil kira model kenderaan, dan faktor-faktor lain seperti tahap kelikatan minyak enjin, ketahanan terhadap suhu, endapan dan sebagainya.

Berikut merupakan tiga (3) jenis minyak hitam yang biasa ditemui dipasaran untuk panduan korang:

  • Mineral Engine Oil: Minyak hitam mineral atau mineral engine oil merupakan sejenis minyak mentah petroleum yang ditapis. Biasanya, minyak hitam jenis mineral ini tidak tahan lama kerana tiada sebarang formula tambahan atau bahan aditif diletakkan dalam minyak enjin jenis ini. Kos tukar minyak hitam jenis ini dikatakan lebih murah berbanding harga minyak hitam kereta yang lain.
  • Semi-Synthetic Engine Oil: Minyak hitam semi sintentik pula mengandungi campuran minyak asas sintetik yang tidak melebihi 30 peratus dan minyak asas mineral. Ia berfungsi sebagai pelindung enjin yang baik dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan penggunaan minyak hitam mineral.
  • Fully Synthetic Engine Oil: Minyak hitam fully synthetic (sintetik penuh) atau fully synthetic engine oil dihasilkan melalui campuran dua (2) komponen iaitu polyalphaolefins dan ester yang turut digabungkan dengan bahan-bahan aditif lain. Minyak hitam fully synthetic ini dikatakan mampu bertahan untuk tempoh yang lama dan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding minyak enjin yang lain.

3. Standard Pensijilan Minyak Hitam

Antara faktor lain yang perlu dititikberatkan semasa pilih minyak hitam sesuai ialah standard pensijilan minyak enjin yang dipaparkan menggunakan akronim yang berbeza.

  • API merujuk pada American Petroleum Institute;
  • ACEA merujuk European Automobile Manufacturers Association;
  • ILSAC merujuk International Lubricant Specification Advisory Committee;
  • JASO merujuk Japanese Automotive Standards Organization.

Standard pensijilan ini memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan prestasi dan kualiti minyak hitam kereta yang dijual dalam pasaran selari dengan kriteria dan standard yang telah ditetapkan.

8 Minyak Enjin Kereta Terbaik, Harga Minyak Hitam Kereta di Malaysia

Minyak enjin kereta yang dipilih mestilah sesuai mengikut enjin kereta korang. Bagi korang yang mungkin ingin tukar minyak hitam kereta, Qoala menyenaraikan lapan (8) jenis minyak enjin kereta terbaik termasuk harga tukar minyak hitam kereta untuk rujukan korang:

1. Minyak Enjin Semi Sintetik BOLD SN 5W-30 (4L)

Ia merupakan minyak enjin semi sintetik, sesuai digunakan untuk semua jenis model kereta termasuklah model kereta lama. Minyak enjin ini dilengkapi dengan teknologi pembersihan khas pada enjin, berperanan mencuci dan melindungi enjin kereta secara maksimum sekali gus menghalang pengumpulan kotoran dan bendasing yang boleh melekat pada enjin.

Selain itu, minyak enjin jenis ini sesuai digunakan untuk semua jenis pemanduan, selain mampu meminimumkan getaran pada enjin untuk prestasi pemanduan yang lebih lancar dan senyap. Minyak enjin ini dijual pada harga sekitar RM70 hingga RM120 dalam pasaran.

2. Minyak Enjin Semi Sintetik MIZU 10W-40

Minyak enjin berjenama MIZU ini dihasilkan khusus untuk kereta keluaran Jepun seperti kereta Nissan atau kereta Toyota. Dengan menggunakan 100 peratus bahan mentah asli, ia dikatakan mampu mengurangkan pengumpulan kotoran dan bendasing pada enjin kereta sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat enjin kereta.

Kualiti minyak enjin kereta ini juga dikatakan lebih premium kerana ia dicampur dengan pengawet untuk memberikan lebih kuasa dan prestasi pada enjin untuk perjalanan yang lebih lancar. Menariknya, minyak enjin ini membantu mengurangkan risiko kereta tak boleh start terutamanya semasa cuaca sejuk. Ia dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM100.

3. Minyak Pelincir NEO 10W-30

Bagi korang yang memiliki kereta Kancil, minyak enjin jenis ini mungkin sesuai untuk kereta korang. Minyak enjin ini diperbuat daripada 100 peratus minyak asas tulen, dengan kualiti dikatakan setaraf dengan minyak enjin jenama lain yang lebih mahal.

Minyak pelincir jenis ini memainkan peranan penting dalam melindungi enjin, selain memastikan prestasi pemanduan berada pada tahap optimum dengan jangka hayat minyak hitam kereta perlu ditukar setiap 7,000 km.

Harga minyak hitam jenis ini ditawarkan antara RM40 hingga RM60.

4. Minyak Enjin Semi Sintetik CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF (4L)

Minyak enjin Castrol ini merupakan salah satu jenama minyak hitam yang popular dalam kalangan pemilik kenderaan. Ia menggunakan teknologi sintetik yang berperanan melindungi enjin kereta tanpa mengira suhu, serta memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta rosak.

Minyak enjin jenama ini sesuai digunakan oleh model kereta tempatan seperti Myvi dan Alza, dan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM120.

5. Minyak Enjin Semi Sintetik PETRONAS Syntium 800 10W-40 SN/CF

Minyak enjin ini menampilkan teknologi CoolTech, sekali gus mengurangkan risiko kereta rosak atau kereta tiba-tiba mati di tepi jalan. Selain itu, tahap kelikatan minyak enjin jenis ini dikatakan lebih tinggi, dengan tahap pengoksidaan enjin yang lebih lama tanpa sebarang kompromi.

Minyak ini juga mampu melindungi enjin daripada kekotoran dan memberikan pemanduan yang baik serta lancar. Menariknya, jenama ini merupakan produk buatan tempatan dan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM80.

6. Minyak Enjin Fully Synthetic PERODUA SAE 0W-20

Minyak enjin ini merupakan antara jenama yang biasa digunakan oleh pengguna model Axia atau Bezza. Ia menawarkan perlindungan enjin yang optimum dalam sebarang keadaan. Ia juga dikatakan boleh memberi penjimatan yang berganda dan menawarkan kadar kecekapan dan penggunaan minyak petrol kereta yang lebih efisien.

Selain itu, minyak enjin ini turut memberi kestabilan haba, kadar pengoksidaan yang baik untuk memanjangkan jangka hayat enjin kereta. Harga minyak hitam jenis ini dikatakan sedikit mahal berbanding jenama minyak hitam yang lain, antara RM80 hingga RM150.

7. Minyak Enjin Fully Synthetic Honda SN 0w-30

Minyak pelincir jenama Honda ini berperanan melindungi enjin kereta secara maksimum dan memanjangkan jangka hayat enjin kereta dengan lebih lama berbanding biasa. Ia dilengkapi dengan bahan aditif, berfungsi mengurangkan kotoran dan bendasing bagi memastikan prestasi enjin yang baik dan operasi yang lebih senyap.

Minyak hitam Honda ini mendapat kelulusan daripada bahagian Honda Research dan Development (R&D) di Jepun dan sesuai digunakan untuk semua model kereta Honda. Harga minyak hitam Honda ini dijual pada harga sekitar RM80 hingga RM140 dalam platform jual beli online.

8. Minyak Enjin Semi Sintektik LIQUI MOLY MOS2 10W40 (4l)

Minyak enjin jenama ini dikatakan antara yang paling top dalam pasaran. Ia dikatakan mempunyai kadar kelikatan yang sesuai untuk menstabilkan enjin, sesuai digunakan untuk enjin petrol dan diesel. Apa yang bagus, minyak hitam ini dapat berfungsi dalam suhu yang rendah serta mempunyai cold start yang baik.

Selain itu, harga minyak hitam ini dikatakan lebih mahal berbanding jenama minyak enjin yang lain, setanding dengan kualiti yang ditawarkan iaitu sekitar RM120 hingga RM180.

servis minyak hitam kereta

Tukar Minyak Hitam Kereta: Jangan Tangguh Servis Minyak Hitam

Bagi memastikan enjin kereta korang berada pada tahap yang baik, minyak hitam kereta yang berkualiti dan mahal sahaja tidak mencukupi – ia memerlukan penjagaan dan servis minyak hitam yang konsisten. Jika aspek penyelenggaraan ini diabaikan, ia boleh meningkatkan risiko kereta korang rosak.

Minyak hitam perlu diselenggara mengikut tempoh yang ditetapkan, jika tidak, prestasi enjin boleh terjejas dan kualiti minyak hitam mungkin merosot dan boleh merosakkan komponen enjin kereta. Bukan itu sahaja, bahan aditif yang tersedia dalam minyak enjin untuk mengawal suhu juga akan turut berkurangan dengan ketara.

Apabila enjin kereta beroperasi tanpa kawalan suhu yang baik, ia menyebabkan berlaku geseran yang teruk terhadap komponen-komponen enjin. Berikut merupakan antara masalah-masalah enjin yang boleh timbul sekiranya korang menangguhkan servis minyak hitam:

  1. Bahagian dalaman enjin diselaputi kerak minyak;
  2. Oil seal bertukar menjadi keras dan berkemungkinan boleh bocor;
  3. Bunyi kuat daripada enjin;
  4. Kereta makan minyak;
  5. Pemanduan terasa berat;
  6. Ekzos keluar asap putih.

Secara amnya, pemilihan minyak hitam yang berkualiti dan servis minyak hitam secara berjadual amatlah penting. Korang mungkin tidak nampak kesannya sekarang, tetapi ia sebenarnya boleh membantu menjimatkan wang dan mengelakkan korang daripada menanggung kos baik pulih yang mungkin memakan ratusan ringgit. Oleh sebab itu, langkah penjagaan awal ini penting untuk mengelakkan korang terpaksa keluarkan wang simpanan untuk membaiki kerosakan kereta.

Semoga perkongsian mengenai minyak pelincir ini dapat membantu korang memilih minyak enjin terbaik untuk kereta korang. Selain itu, jika korang sedang mempertimbangkan untuk beli insurans kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menawarkan perkhidmatan insurans yang telus dan mudah dengan tawaran harga yang berpatutan dan kompetitif. Semoga bermanfaat!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60