Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak Wajib Tahu 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak Wajib Tahu 2024

Apakah tanda coil magnet motosikal rosak yang kita perlu tahu? Macam mana nak atasi masalah tu?  Qoala hari ni akan berkongsikan tentang tanda-tanda coil magnet motosikal rosak, punca-punca kerosakan yang korang wajib tahu!

Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak

Bercerita pasal coil magnet motosikal ni, korang tahu tak, kalau benda ni rosak, memang dia akan makan banyak duit. Dah satu hal nak kena kumpul duit untuk baiki coil magnet motosikal yang rosak ni.

fungsi coil magnet motosikal

Fius Bateri

Soo, perkara pertama korang kena check untuk tengok tanda coil magnet motosikal rosak is tarik atau cabut fius bateri. Bateri motosikal korang mestilah dalam keadaan baik untuk periksa keadaan coil magnet, sebab kalau bateri lemah ia akan menyukarkan korang untuk mengetahui sama ada rectifier atau coil magnet yang rosak. 

Mula-mula korang kena hidupkan enjin motosikal dan seterusnya cabut fius bateri, kalau enjin motosikal korang mati selepas beberapa saat ini bermakna coil magnet korang telah rosak.

Hidupkan Lampu Motosikal

Next, untuk tengok tanda coil magnet motosikal still okay atau dah rosak, korang kena try hidupkan lampu motosikal korang.

Selalunya, bila coil magnet rosak dia akan bagi kesan dekat lampu motosikal korang. Jadi, bila korang start enjin dan lampu utama (low and high beam) motosikal korang malap atau tak menyala walaupun korang dah tukar bateri baru, ini tanda coil magnet motosikal rosak dan ada masalah. 

Punca-punca Coil Magnet Rosak

  • Berpunca daripada bateri di mana bateri korang telah kong. Ini menyebabkan coil magnet bekerja bersendirian untuk menghantar api
  • Masalah dengan minyak engine di mana minyak enjin korang sudah lama tidak ditukar atau minyak enjin tidak mengikut spec (lebih)
  • Ada masalah dengan wiring

Cara Penjagaan Coil Magnet

  • Nak jaga coil magnet, korang kena jaga bateri motosikal korang supaya dua-dua boleh berfungsi dengan baik.
  • Korang kena sentiasa periksa coil magnet, jangan biarkan coil magnet korang ada tanda hitam. Kalau dah hitam, korang kena ganti coil magnet korang.
  • Tukar minyak engine korang kalau sudah capai had mileage
  • Beli coil magnet original

Capasitor Discharge Ignition

CDI adalah singkatan daripada Capasitor Discharge Ignition yang berfungsi untuk mengawal kadar api yang akan disalurkan kepada coil dan palam pencucuh di bahagian pembakaran enjin. Bukan itu sahaja fungsi CDI, fungsi lain adalah untuk mengawal kelajuan maksimum putaran enjin, mengawal pemasaan dan pelbagai kawalan berkaitan palam pencucuh.

Kadangkala, CDI motosikal korang pun boleh mengalami kerosakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Jadi, di sini kami menolong korang untuk mengetahui tanda, punca dan cara penjagaan CDI.

Tanda CDI rosak

  • Enjin tidak lancar
  • Timing tidak sekata
  • Enjin tidak boleh dihidupkan
  • Enjin mati apabila pendikit dilepaskan

Punca CDI rosak

  • Wap air
  • Gegaran melampau
  • Haba

Cara Penjagaan CDI

  • Tidak digalakkan menukar CDI standard kepada CDI racing (membantu menjadikan motosikal laju), kerana ia akan memberi kesan buruk kepada engine. Engine akan rosak sebab putaran terlalu laju.
  • Jangan beli produk non-original

Untuk memastikan jangka hayat CDI motosikal korang lebih lama, korang haruslah mengendalikannya dengan tepat. Antara cara untuk mengendalikannya adalah;

  • CDI tidak boleh berada dalam kedudukan yang salah sebab ia boleh memendekkan hayat perkhidmatannya.
  • Jangan membuat sambungan yang salah antara pin supaya tidak berlaku litar pintas

Cara Atasi Masalah Enjin Tidak Boleh Hidup

Korang biasakan diri korang guna kick starter instead of electric starter. Sebabnya, electric starter menggunakan bateri yang banyak. Salah satu tanda coil magnet motor rosak ialah enjin tidak dapat menyala. Nah, sebelum korang nak menunggang motosikal, korang digalakkan untuk memanaskan enjin motosikal.

Kalau ada bahagian-bahagian motosikal korang rosak, gantikan dengan alat yang baru dan original. Tukar minyak hitam kalau dah sampai had mileage. Servis Air Filter yang kotor ataupun korang tukar dengan yang baru. Selain itu, korang kena tukar bateri motosikal yang sudah kong ataupun bateri berada dalam keadaan yang tidak baik

Cara mengatasi coil magnet motosikal yang rosak

Kenapa Penunggang Motosikal Perlu Insurans?

Insurans secara asasnya memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan tambahan kepada anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki insurans untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Penunggang Berhadapan dengan Risiko

Korang wajib mengambil insurans motosikal sebagai alat perlindungan sebab korang sentiasa berhadapan dengan risiko. Cumanya, masa dan tempat risiko itu berlaku sahaja yang korang tidak ketahui dan kebarangkalian untuk korang berhadapan dengan risiko adalah tinggi.

Contohnya, korang berkemungkinan akan ditimpa kemalangan atau musibah lain semasa menunggang motosikal akibat daripada kerosakan dalaman motosikal.

Jadi, insurans motor boleh membantu korang untuk hadapi risiko ini di mana korang akan mendapat perlindungan atau pampasan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sewaktu menunggang motosikal.

Melindungi Harta dan Aset

Bukan itu sahaja, korang wajib ada insurans motor supaya motosikal korang boleh dilindungi daripada sebarang musibah. Kalau korang tiada insurans motor, korang mungkin harus mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membiayai kos-kos seperti kos pembaikan motosikal dan alat ganti.

Jadi, korang kena tahu yang insurans motor bukan sahaja melindungi diri korang tetapi juga aset korang iaitu motosikal daripada sesuatu musibah.

Membantu Meringankan Beban Kewangan

Sebagai seorang penunggang motosikal, korang sentiasa berhadapan dengan risiko yang berbahaya apabila berada di atas jalan raya. Korang berkemungkinan ditimpa kemalangan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan memakan belanja yang besar.

Kalau korang mempunyai simpanan sendiri, korang terpaksa menggunakannya untuk membiayai kos perubatan dan melepaskan keinginan korang untuk membeli benda yang korang inginkan. Jadi, insurans ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban kewangan korang tanpa mengusik wang yang telah korang simpan.

Dengan hanya premium yang rendah, korang akan mendapatkan perlindungan asas daripada syarikat insurans dan korang tidak perlu risau lagi sekiranya korang ditimpa musibah yang memerlukan dana yang banyak.

Kongsi:
About Writer
Ramen Hasniran
Berpengalaman dalam Pemasaran Media Sosial, kini meluaskan kepakaran ke arah kandungan SEO dan penjenamaan.

3 comments

  1. Salam…nak tanya
    Masalah lampu motosikal menyala tapi tak terang langsung kena rem baru terang sikit…signal dan lampu blkg pn sama juga….dah tukar wiring, battery dgn ratifies tp ttp sama juga…..
    Adakah masalah itu berpunca dari coil ??
    Blh tolng share cara nak cek voltage guna multimeter dari coil tak ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60