Nak Balik Kampung Tahun Baru Cina Ini? Ini 5 Tips Jimat Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui Jan 5, 2023 oleh Shafiq Wahab
Nak Balik Kampung Tahun Baru Cina Ini? Ini 5 Tips Jimat Anda Perlu Tahu

Bila tiba musim perayaan tak kiralah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau pun Deepavali, jalan raya pasti akan sesak teruk kerana semua orang mengambil peluang untuk balik kampung halaman masing-masing. Jika anda ada perancangan untuk balik kampung sempena cuti panjang ini, penting untuk anda tahu tips jimat balik kampung untuk jadikan perjalanan balik kampung anda lebih lancar.

5 Tips Jimat Balik Kampung Sempena Tahun Baru Cina 2023

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, ia mungkin tidak menjadi masalah tentang perbelanjaan balik kampung. Tetapi, bagi mereka yang berpendapatan rendah, ia boleh menjadi sedikit membebankan. Berikut lima tips balik kampung yang anda boleh praktikkan supaya perjalanan balik kampung anda lebih lancar dan membantu menjimatkan wang anda.

1. Lakukan Perancangan Bajet

Balik kampung semasa cuti perayaan boleh dikatakan salah satu perkara wajib dilakukan. Ia boleh dirancang lebih awal, dan perlu diletakkan dalam bajet kewangan tahunan anda untuk mengelakkan terlebih belanja.

Asingkan kos atau belanja dan sediakan anggaran perbelanjaan yang mungkin terlibat seperti duit tol, servis kereta dan minyak petrol dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika kos untuk balik kampung dari Kuala Lumpur ke Terengganu sebelum ini memakan belanja sebanyak RM200 untuk perjalanan sehala. Jadi, anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya RM400 hingga RM500 sebagai persediaan perbelanjaan pergi balik.

Jika bajet ini tidak mencukupi disebabkan oleh kos yang semakin meningkat, anda boleh pertimbangkan untuk gunakan tabung kecemasan. Meskipun begitu, jangan lupa untuk topup balik wang yang digunakan tersebut.

balik kampung dengan selamat, pandu berhati-hati untuk selamat sampai ke destinasi

2. Periksa Kereta Anda

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kereta yang akan dinaiki berada dalam keadaan baik. Ini bermaksud, anda perlu servis kereta anda untuk mengelakkan kereta anda mati tepi jalan atau rosak secara tiba-tiba.

Penting untuk anda mengambil kira keselamatan atau keadaan kereta sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan. Ia juga dapat mengurangkan kos atau belanja tidak perlu – kos lori tunda, penginapan bermalam sementara menunggu kereta siap dibaiki dan sebagainya.

Lakukan pemeriksaan secara menyeluruh untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

i. Tayar Kereta

Cengkaman tayar merupakan elemen yang paling kritikal apabila berlaku kecemasan. Pastikan tayar kereta berada pada tahap optimum dan bunga tayar tidak terlalu botak atau haus.

Selain itu, jangan lupa untuk periksa tekanan tayar kereta terutamanya tayar spare. Masa terbaik untuk mengisi angin tayar adalah pada awal pagi atau pada waktu malam apabila suhu tayar lebih sejuk.

ii. Brek Kereta

Anda mungkin sedia maklum pada musim perayaan semestinya banyak kenderaan di atas jalan raya. Oleh sebab itu, penting untuk anda pastikan pad brek tidak terlalu nipis dan paras minyak brek berada pada tahap yang disyorkan bagi membolehkan kereta anda berhenti dengan selamat.

iii. Minyak Enjin

Periksa juga paras minyak enjin kereta anda. Minyak enjin secara asasnya memainkan peranan penting dalam membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin.

Ia sekali gus menghalang daripada berlakunya kerosakan semasa pemanduan yang mungkin boleh menjejaskan perjalanan anda.

iv. Wiper Kereta

Wiper kereta memainkan peranan dalam membantu meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan. Ia juga menghilangkan sisa air hujan, kotoran-kotoran seperti debu, habuk dan bendasing lain.

Jika wiper kereta haus atau menunjukkan tanda-tanda rosak, segera gantikannya untuk elakkan jarak penglihatan anda terjejas terutamanya semasa memandu dalam hujan.

v. Lampu Kereta

Lampu kereta penting untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan kebolehlihatan semasa pemanduan waktu malam. Periksa lampu depan kereta, lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga termasuk lampu hazard.

3. Rancang Perjalanan Anda – Bergerak Awal, Balik Kampung Bukan pada Waktu Puncak

Sekiranya anda balik kampung dengan memandu sendiri, buat perancangan lebih awal. Biasanya, jalan raya semasa musim perayaan akan menjadi lebih sesak berbanding kebiasaan. Mulakan perjalanan lebih awal sehari berbanding pengguna jalan raya yang lain adalah satu strategi yang bagus.

Selain itu, perjalanan balik kampung pada awal pagi atau lewat malam amatlah disyorkan kerana waktu ini biasanya jalan raya tidak terlalu sesak. Cara ini juga dapat membantu menjimatkan masa dan minyak kereta anda. Semak Travel Time Advisory atau Jadual Waktu Perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak lebuh raya untuk tahu masa terbaik.

Meskipun begitu, pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Elakkan daripada memandu selepas bekerja atau selepas makan kerana ia akan menyebabkan anda keletihan dan mengantuk.

Balik Kampung dengan selamat, elakkan memandu laju dan berhenti rehat seketika sekiranya mengantuk.

4. Naik Kenderaan Awam

Bagi yang baru berkahwin atau bujang, anda boleh pilih untuk guna kenderaan awam berbanding naik kereta sendiri. Cara ini secara tidak langsung boleh menjimatkan kos tol dan minyak kereta anda.

Jika naik bas ke Terengganu dari Kuala Lumpur, harga tiket yang anda perlu bayar adalah sekitar RM50 sehala. Ini bermaksud, anda hanya perlu belanjakan sebanyak RM100 untuk perjalanan pergi balik, tidak termasuk makan dan minum.

Berbeza dengan menggunakan kereta, anda perlu keluarkan belanja sehingga RM500 untuk destinasi perjalanan yang sama. Jika guna pengangkutan awam, anda boleh jimat kos balik kampung anda sehingga RM400.

Tempahan tiket bas (atau kereta api dan kapal terbang) kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara online. Banyak syarikat bas ekspres misalnya menawarkan tempahan dalam talian untuk memudahkan pengguna. Ia juga memudahkan pengguna untuk membandingkan harga tiket bas termurah dan pilih harga yang terbaik.

Namun begitu, jika anda memilih untuk naik bas, kereta api atau kapal terbang, pastikan anda sampai awal di stesen atau lapangan terbang supaya tidak terkejar-kejar.

5. Kongsi Kereta atau Carpooling

Carpooling atau kongsi kereta secara asasnya menawarkan beberapa manfaat. Ia boleh kurangkan kos perjalanan, mengurangkan kesesakan jalan raya dan boleh mengurangkan tekanan ketika memandu jarak jauh.

Jika anda ada adik-beradik atau kawan-kawan yang ingin balik kampung di lokasi yang sama atau berdekatan, ajak untuk carpool. Kongsi kereta semestinya lebih baik berbanding setiap seorang memandu kereta sendiri.

Andaikan kos balik kampung RM500, jika dikongsikan dengan lima orang, anda hanya perlu keluarkan RM100 seorang.

Renew insurans kereta di Qoala untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini

Raikan Tahun Baharu Cina, Perbaharui Insurans Kereta dan Roadtax di Qoala!

Jika anda nak balik kampung tapi belum renew roadtax kereta anda, jangan lupa untuk memperbaharui insurans dan roadtax kereta sebelum mulakan perjalanan balik kampung. Lindungi diri anda dan keluarga dengan perlindungan polisi perlindungan yang menyeluruh. Anda juga boleh masukkan perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans yang terbaik untuk anda, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia.

Bermula 16 hingga 24 Januari 2023, Qoala melancarkan kempen Qoala 888 sempena Tahun Baru Cina. Pelbagai hadiah dan penjimatan menarik ditawarkan yang semestinya akan memberikan anda lebih ONG, lebih HUAT dan lebih TUAH.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60

Lindung Diri dan Keluarga dengan Perlindungan Insurans Menyeluruh

X