Spark Plug Kereta: Tanda-tanda Kena Ganti

Kali terakhir diperbaharui Sep 7, 2022 oleh Hariz Hafiz
Spark Plug Kereta: Tanda-tanda Kena Ganti

Spark plug kereta ni fungsinya penting sebenarnya dalam sistem pembakaran dalaman enjin. Ia berfungsi untuk menghasilkan percikan api untuk memastikan campuran udara dan bahan api dalam ruang pembakaran menyala. 

Boleh dikatakan sama macam minyak hitam atau minyak enjin, penapis minyak atau penapis udara kereta, spark plug kereta pun perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan prestasinya kekal berada dalam keadaan baik. 

Dalam setiap pemanduan, pembakaran bahan api kena berada pada tahap yang optimum untuk menghasilkan kuasa output yang maksimum. Sebab itu lah penjagaan spark plug ni kena dijaga. 

Kesan Jika Spark Plug Kereta Tidak Berfungsi Dengan Cemerlang

Nama pun manusia, kadang-kadang kita terlupa nak tengok keadaan spark plug kita tu macam mana. Bila kita tak peka dengan keadaan spark plug yang sepatutnya diselenggara atau ditukar, korang akan rasa simptom-simptom berikut masa enjin dihidupkan: 

  1. Percikan api yang terhasil tidak sempurna
  2. Terhasil sedikit gegaran semasa enjin dihidupkan
  3. Kadang-kala enjin agak susah untuk dihidupkan
  4. Pembakaran enjin tidak stabil semasa “idling”
  5. Kuasa enjin tidak seperti biasa semasa memecut

Tanda-tanda Spark Plug Dah Kena Ganti

Macam yang kita semua dah tahu, spark plug kereta ni fungsi dia untuk hasilkan percikan api untuk membantu menyalakan campuran bahan api dan udara dalam enjin. Kalau spark plug rosak, masalah-masalah lain yang berkaitan dengan enjin, boleh timbul termasuklah masalah kereta susah dihidupkan. 

Pecutan kereta tak begitu berkuasa

Kadang-kadang kalau kereta tu macam tiba-tiba semput, itu salah satu tanda spark plug kereta korang ada problem. Boleh jadi spark plug dah rosak atau haus. Disebabkan itu, spark plug tak dapat berfungsi 100 peratus dan mengurangkan kuasa pecutan kereta korang. 

Kalau korang rasa macam kereta tiba-tiba semput, sudah tiba masanya untuk korang check spark plug korang. Takut-takut spark plug kereta dah kena diganti. 

Tapi, korang disarankan untuk refer mekanik korang untuk pemeriksaan lanjut. Sebabnya, kadang-kadang masalah kuasa pecutan kereta berkurangan turut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain termasuk penapis bahan api yang rosak, penyuntik bahan api yang kotor atau tersumbat atau masalah pada sensor oksigen.

Minyak cepat habis

Kereta kuat makan minyak? Itu juga salah satu tanda-tanda spark plug kena ganti. Spark plug yang elok dia akan berfungsi untuk membantu membakar bahan api dengan lebih efisien dalam  kitaran pembakaran. 

Bila spark plug berfungsi dengan baik, penggunaan minyak pun jadi lebih cekap. Kalau minyak korang cepat habis, itu boleh disebabkan oleh spark plug kereta yang sudah rosak. Bila spark plug rosak, proses pembakaran enjin yang tak sempurna boleh menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api yang lebih kerta. 

Enjin kereta tak berjalan lancar

Enjin kereta tersedu-sedu atau semput (misfire) biasanya berlaku disebabkan oleh masalah dalam sistem pencucuhan. Ia disebabkan oleh cetusan pada enjin kereta yang terputus-putus yang terjadi dalam silinder disebabkan campuran udara dan bahan api yang tidak tercucuh secara selanjar. Dalam kebanyakan kereta moden, masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh kegagalan sistem sensor.

Tapi, walaubagaimana pun, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh wayar atau sambungan spark plug yang sudah usang atau rosak. Sekiranya situasi sebegini dibiarkan, pengeluaran ekzos akan meningkat dan mungkin akan menjejaskan prestasi dan kuasa enjin serta ekonomi bahan api.

Bunyi enjin bising

Enjin kereta korang kalau bunyi macam kasar dan kuat, terutamanya masa kereta dalam keadaan tak bergerak, itu juga menandakan spark plug kereta korang dah rosak. 

Kebiasaannya, masalah enjin kereta berbunyi kuat dan kasar ni boleh sebabkan kereta korang bergegar. Salah satu sebabnya adalah pembakaran bahan api yang tak smooth dan sempurna menyebabkan enjin kereta bergegar selepas dihidupkan. 

Kereta boleh start tapi tak hidup 

Kalau korang berdepan dengan masalah untuk start kereta anda tapi tak hidup, ia mungkin menandakan palam pencucuh atau spark plug kereta rosak dan perlu digantikan. Sistem enjin kereta terdiri daripada beberapa komponen individu yang berfungsi secara kolektif dalam memastikan enjin kereta berfungsi dengan baik. Kalau salah satu daripada komponen ini rosak, ia mungkin menjejaskan prestasinya.

Kalau kereta boleh start tapi tak hidup, korang disarankan untuk menghubungi mekanik korang untuk periksa kereta korang. Biasanya, masalah pada spark plug boleh menyebabkan enjin kereta susah start terutamanya pada waktu pagi dan memaksa korang untuk memulas kunci kereta beberapa kali untuk enjin benar-benar hidup.

spark plug kereta

Berapa ringgit kos nak ganti spark plug kereta? 

Ada orang kata kos nak ganti spark plug ni mahal? Tapi sejauh mana mahal dia tu? Biasanya, kos nak ganti spark plug kereta dalam lingkungan RM20 sehingga RM100. Ini pun bergantung pada kuantiti spark plug yang diperlukan, model kenderaan dan juga kos buruh. 

Harga spark plug di kedai alat ganti kereta untuk Proton Saga contohnya dijual dalam lingkungan harga RM26/set. Tapi itulah, harga ni juga bergantung pada jenis spark plug yang dipilih. Untuk ketahui korang punya kos berapa, korang kena tahu dulu jenis spark plug yang kereta korang gunakan.

Jenis Spark Plug Kereta

Spark Plug Jenis Tembaga/Nikel

Spark plug Tembaga ini adalah yang paling standard dan ia ]menampilkan teras tembaga di bahagian dalam dengan kemasan saduran aloi nikel bagi tujuan elektrod. Palam pencucuh ini berharga lebih murah dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Harga spark plug tembaga dijual pada harga sekitar RM30 atau mungkin lebih tinggi (bergantung pada model kenderaan korang).

Spark Plug Kereta Jenis Platinum Tunggal

Tahu tak, spark plug kereta jenis platinum tunggal ni antara yang paling popular dalam pemilik kereta. Ia menampilkan platinum sebagai elektrod, sejenis logam mahal dan dikatakan memberikan tekstur yang lebih keras berbanding nikel. Ia mempunyai jangka hayat yang lebih baik dan lebih ringan berbanding palam pencucuh standard. Harga spark plug platinum tunggal dijual pada harga sekitar RM40 dan ke atas bergantung pada model kenderaan.

Spark Plug Kereta Jenis Dwiplatinum

Jenis dwoplatinum ini pulak berfungsi dengan memaksimumkan penggunaan platinum pada kedua-dua bahagian teras dan dasar. Spark plug jenis ini dikatakan lebih mahal berbanding palam pencucuh jenis platinum tunggal dan nikel, setanding dengan prestasi dan kualiti yang ditawarkan.

Spark Plug Jenis Iridium

Spark Plug Jenis Iridium ni pula boleh tahan lebih lama berbanding yang lain kerana ia adalah sejenis logam yang lebih tahan lasak dan juga keras berbanding platinum. Tapi, walau bagaimanapun, bila dia lebih tahan lama dan tahan lasak, harganya juga lebih mahal. Tapi kalau nak cakap pasal penggunaa, memang berbaloi kalau gunakan jenis ini. Ia tahan tiga kali ganda lebih lama berbanding palam pencucuh biasa. Harganya pula dijual di antara RM50 – RM150 bergantung pada model kereta.

Cara-cara Bezakan Spark Plug Original Atau Palsu

Biasalah, masalah ori atau tak ni bukan perkara baru. Tapi jangan tak tahu, spark plug pun ada yang ori dan tak ori. Masalanya, bila guna spark plug kereta yang tak ori, ia melibatkan ketahanan kereta dan yang lagi penting nyawa pemandu dan penumpang.

So macam mana nak bezakan spark plug original atau tak?

1. Tulen atau palsu dapat dilihat pada kod palam pencucuh yang menunjukkan kod pengeluar, dan tertera nama pembuat. Cetakan kod pada palam pencucuh palsu berkualiti rendah.

2. Ulir atau garisan palam pencucuh tulen lebih rapi dan halus. Perhatikan betul-betul ketika memilih palam pencucuh dan minta penjual menunjukkan palam pencucuh jenama lain supaya mudah buat perbandingan.

3. Palam pencucuh ada seramik sebagai penebat (isolator). Kalau produk palsu, bahagian seramik nampak terlalu cerah, sebaliknya produk tulen kurang cerah.

4. Plat rangka logam (metal shell) tulen menggunakan bahan keluli kuat dan tidak mudah berkarat, sebaliknya produk palsu mudah berkarat. Malah walaupun baru dibuka dari kotak, sudah pun kelihatan titik karat pada perumah keluli.

5. Bahagian elektrod tulen yang berfungsi memercikkan api nampak lebih halus dan rapi, tetapi buatan produk palsu kurang tepat, kasar dan kadangkala tidak sama jarak atau sambungan.

6. Gasket palam pencucuh tulen nampak lebih halus dan tidak mudah tertanggal walau anda pusing mengikut alur. Walaupun ia boleh ditanggalkan, tetapi sedikit sukar sedangkan potongan gasket palsu tidak rapi dan mudah tertanggal.

Sekarang korang dah tahu sedikit sebanyak mengenai spark plug kereta. Harap-harap artikel ni banyak membantu korang. Kalau korang nak renew roadtax dan insurans kereta, renew je dekat Qoala!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60