Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori Pendapatan (2022)

Kali terakhir diperbaharui Sep 30, 2022 oleh Shafiq Wahab
Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori Pendapatan (2022)

Selain faktor jenama kereta, prestasi pengendalian, ciri keselamatan dan penjimatan bahan api, senarai harga kereta murah dan mampu milik merupakan antara faktor yang perlu dititikberatkan sebelum beli kereta idaman. Jika anda tersilap beli kereta melebihi kemampuan, kos perbelanjaan yang perlu ditanggung setiap bulan mungkin boleh menjadi beban. Ini kerana anda bukan sahaja perlu membayar pinjaman kereta, tetapi perlu mengambil kira kos pemilikan kereta seperti insurans kereta, cukai jalan, servis kereta dan banyak lagi.

Senarai Harga Kereta: Harga Kereta Murah, Kereta Mampu Milik Mengikut Gaji di Malaysia 2022

Artikel ini akan menyenaraikan harga kereta murah dan terkini di Malaysia bagi anda yang ingin menukar kereta baharu dari model Perodua, Proton, Toyota, BMW, Mazda, Nissan dan sebagainya. Panduan asas harga kereta murah ini boleh membantu anda memilih model kereta yang sesuai berdasarkan tawaran harga terkini.

Harga Kereta Proton 2022 di Malaysia

Berikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Proton untuk tahun 2022. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.

Model Kereta Varian Harga Kereta Terkini
Proton Saga 1.3 Standard MT RM32,800
1.3 Standard AT RM35,800
1.3 Premium AT RM39,800
Proton Iriz 1.3 Standard MT RM36,700
1.3 Standard CVT RM39,700
1.3 Executive CVT RM44,700
1.3 Executive CVT RM46,700
1.6 Premium CVT RM50,700
Proton Persona 1.6 Standard MT RM42,600
1.6 Standard CVT RM44,600
1.6 Executive CVT RM49,600
1.6 Premium CVT RM54,600
Proton X70 I.8 TGDI Standard 2WD RM94,800
I.8 TGDI Executive 2WD RM106,800
I.8 TGDI Premium 2WD RM119,800
I.8 TGDI Premium X 2WD RM122,800
Proton Exora 1.6 Executive CVT RM59,800
1.6 Premium CVT RM66,800

Harga Kereta Perodua 2022 di Malaysia

Banyak pilihan harga kereta murah daripada Perodua yang boleh anda pilih sebagai kereta pertama anda. Berikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Perodua untuk tahun 2022. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.

Model Kereta Varian Harga Kereta Terkini
Perodua Axia 1.0 E RM24,090
1.0 G (AT) RM33,490
1.0 GXtra (AT) RM34,990
1.0 Style (AT) RM38,890
1.0 SE (AT) RM38,890
1.0 Advance (AT) RM43,190
Perodua Bezza 1.0 G (MT) RM34,580
1.0 G (AT) RM36,580
1.3 X (AT) RM43,980
1.3 Advance (AT) RM49,980
Perodua Myvi 1.3 G (AT) RM44,590
1.3 Premium X (AT) RM46,590
1.3 Premium X (AT) RM46,590
1.5 High (AT) RM50,290
1.5 Advance (AT) RM54,090
Perodua Alza 1.5 S (MT) RM51,490
1.5 S (AT) RM54,290
1.5 SE (AT) RM56,890
1.5 Advance (AT) RM62,690
Perodua Aruz 1.5 X (AT) RM72,900
1.5 Advance (AT) RM77,900

senarai kereta mengikut gaji

Harga Kereta Honda 2022 di Malaysia

Selain itu, banyak pilihan harga kereta murah yang turut ditawarkan oleh Honda yang boleh anda dipilih sebagai kereta pertama anda. Berikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Perodua untuk tahun 2022. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.

Model Kereta Varian Harga Kereta Terkini
Honda Jazz 1.5S Standard RM75,300
White Orchid Pearl RM75,420
Honda Jazz 1.5E Standard RM81,400
White Orchid Pearl RM81,520
Honda Jazz 1.5V Standard RM88,700
Honda Jazz 1.5E White Orchid Pearl RM88,820
Honda City 1.5S

 

Standard RM78,500
White Orchid Pearl RM78,620
Honda City 1.5E Standard RM84,600
White Orchid Pearl RM84,720
Honda City 1.5V Standard RM91,600
White Orchid Pearl RM91,720
Honda Civic 1.8S Standard RM113,600
White Orchid Pearl RM113,900
Honda Civic 1.5 TC Standard RM129,600
White Orchid Pearl RM129,900
Honda Civic 1.5 TC-P Standard RM139,600
White Orchid Pearl RM139,900
Honda Accord 1.5TC Standard RM185,900
White Orchid Pearl RM186,300
Honda Accord 1.5TC-P Standard RM195,900
White Orchid Pearl RM196,300
Honda BR-V 1.5E Standard RM89,900
White Orchid Pearl RM90,200
Honda BR-V 1.5L Standard RM96,900
White Orchid Pearl RM97,200
Honda HR-V 1.8E Standard RM108,800
White Orchid Pearl RM109,100
Honda HR-V 1.8V Standard RM118,800
White Orchid Pearl RM119,100
Honda HR-V 1.8RS Standard RM124,800
White Orchid Pearl RM125,100
Honda Odyssey 2.4 EVX Standard RM258,896
Honda CR-V 2.0 2WD Standard RM151,100
White Orchid Pearl RM163,700
Honda CR-V 1.5 White Orchid Pearl RM164,100
Honda CR-V 1.5 TC 4WD Standard RM169,500
White Orchid Pearl RM169,900
Honda CR-V 1.5 TC-P 2WD Standard RM175,900
White Orchid Pearl RM176,300

5 Tips Beli Kereta yang Sesuai Mengikut Gaji

Beli kereta tidak kira sama ada kereta baru atau kereta secondhand melibatkan perbelanjaan yang besar jika tidak dirancang dengan baik – banyak kos perlu diambil kira antaranya bayaran balik pinjaman kereta, kos insurans kereta, roadtax kereta, penjagaan kereta, penyelenggaraan tayar kereta dan sebagainya. Jika anda nak beli kereta pertama, berikut antara tips yang boleh anda amalkan dan perkara penting yang anda perlu tahu:

1. Kenal Pasti Keperluan dan Kehendak

Secara asasnya, tak salah untuk beli atau pilih kereta berdasarkan rupa estetika atau prestasi. Meskipun begitu, ia tidak patut dijadikan keutamaan semasa membeli kereta pertama anda. Anda perlu mengambil kira kesesuaian sesebuah kereta yang dibeli – faktor seperti rupa, prestasi dan sebagainya adalah bonus sekiranya kereta pilihan anda mempunyai kesemua ciri ini.

Anda disarankan untuk beli kereta ikut keperluan dan keutamaan anda. Sebagai contoh, anda mungkin jatuh cinta pandang pertama dengan kereta sport berjenama kerana anda seorang yang berjiwa muda dan baru sahaja memulakan karier. Meskipun begitu, kereta sebegini memakan kos selenggara dan kos petrol yang lebih tinggi serta mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian.

Jika anda memerlukan kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja, memadai memiliki kereta kompak seperti Perodua Axia dengan bayaran bulanan kurang RM500 sebulan. Kereta yang bersaiz kompak atau kecil  lebih sesuai kerana kereta jenis ini lebih jimat minyak dan sesuai untuk penggunaan dalam bandar.

Anda boleh upgrade kereta yang lebih besar setelah berkahwin atau apabila kewangan peribadi anda semakin stabil untuk keselesaan, namun tertakluk pada kadar gaji tahunan semasa anda.

2. Pastikan Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan

Selain itu, anda harus pastikan harga kereta yang ingin dibeli kurang atau tidak melebihi pendapatan tahunan anda. Ini kerana, kos pemilikan kereta bukan sekadar ansuran yang perlu dijelaskan setiap bulan. Tetapi anda juga perlu ambil kira kos-kos tambahan yang lain seperti cukai jalan kereta, penyelenggaraan, perbelanjaan minyak petrol serta tol dan lain-lain lagi.

Jika gaji bulanan anda adalah sebanyak RM2,700, harga kereta yang ideal untuk anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400 (RM2,700 x 12 bulan).

3. Pilih Kereta dengan Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15 Peratus

Selain itu, pastikan bayaran bulanan kereta yang dipilih tersebut tidak melebihi 15 peratus (lebih bagus jika lebih rendah) daripada pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh jika anda bergaji RM2,700 sebulan, jumlah ansuran bulanan yang disyorkan adalah sebanyak RM405.

Sekiranya komitmen atau bayaran balik pinjaman bank lebih tinggi berbanding pendapatan semasa anda, ia mungkin boleh menyukarkan anda untuk membuat permohonan pinjaman lain seperti pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan. Anda boleh menggunakan formula kira gaji beli kereta seperti berikut:

Pendapatan Bulanan x 15% = Jumlah Ansuran Bulanan

senarai kereta mengikut gaji

4. Lakukan Tinjauan: Pilih Kereta yang Sesuai dengan Gaji

Elakkan diri anda daripada dipengaruhi oleh ejen penjual kereta. Kebiasaannya, ejen penjual kereta yang berpengalaman biasanya dapat mengetahui sama ada anda pembeli kereta pertama atau tidak dengan menilai pembawakan diri anda.

Kebanyakan ejen kereta akan mengambil kesempatan ini untuk menjual atau menawarkan kereta yang melebihi bajet pembeli atau tidak sepadan dengan keperluan pembeli bagi menghabiskan stok inventori.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan tinjauan dan kenal pasti keperluan serta kehendak anda sebelum berkunjung ke mana-mana pengedar kereta untuk mengelakkan anda daripada dipengaruhi oleh penjual. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan dan membantu menjimatkan wang anda.

5. Buat Keputusan Bijak, Jangan Terburu-buru

Pembelian kereta boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup selepas pemilikan rumah. Oleh sebab itu, anda perlu menilai pelbagai aspek dan sudut sebelum membuat apa-apa keputusan.

Ambil masa untuk berfikir sebelum anda memilih kereta idaman anda. Sama seperti membeli barangan berharga yang lain, anda perlu membandingkan harga dan kelebihan yang ada pada kereta yang ingin dibeli sebelum buat keputusan. Pastikan kereta yang dipilih selari dengan keperluan semasa anda.

Semoga senarai harga kereta murah dan mampu milik ini dapat membantu anda terutamanya jika anda bercadang untuk menukar kereta atau beli kereta baharu. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan insurance kereta yang komprehensif dan terbaik untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans kereta yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60