5 Tips Diet Berkesan Tanpa Perlu Berlapar

Kali terakhir diperbaharui Nov 23, 2023 oleh Shafiq Wahab
5 Tips Diet Berkesan Tanpa Perlu Berlapar

Tips diet ada pelbagai. Ada yang kena berlapar, dan ada yang juga tak perlu berlapar pun. Walaupun ada yang mengamalkan tips diet untuk kekalkan gaya hidup sihat, kebanyakan orang mengamalkan tips diet untuk menurunkan berat badan. Korang yang mana satu? Tak kira lah apa objektif korang, tahu tak diet ni tak semestinya kena berlapar.

Cara Diet yang Betul Tanpa Mengikat Perut

Sebenarnya, kalau korang tahu keadah dan tips diet yang betul, korang masih boleh turunkan berat badan tanpa perlu mengikat perut ketat-ketat. Kami faham, bukan senang nak diet ni. Memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Tambah lagi dengan jenis-jenis makanan dekat Malaysia ni yang sedap-sedap belaka. Godaan makanan tu kadang-kadang susah nak ditolak. Ini dia beberapa tips diet tanpa perlu berlapar.

Elak Pergi Dapur Waktu Malam

Ada sesetengah orang memang tak dapat berpisah dengan snek. Ada saja mulut nak kunyah. Tambah-tambah lagi pada waktu malam. Biasanya, kita akan menikmati teh panas dengan biskut kering, ada yang makan keropok atau pun coklat.

Kalau korang nak kurus, korang kena hentikan tabiat makan dan snek malam ini dengan segera. Tutup lampu dapur pada waktu malam dan tidur lebih awal.

Kalau korang betul-betul lapar pada waktu malam, banyakkan minum air kosong sahaja. Air kosong yang diminum boleh membantu korang rasa kenyang tanpa sebarang tambahan kalori.

Banyakkan Makan Sayur dan Buah-buahan

Kalau dulu korang tak makan sayur, time ni lah kena banyakkan makan sayur dan juga buah-buahan. Pilih jenis buah dan juga sayur yang mudah dihadam dan juga rendah kalori.

Antara jenis buah dan sayuran yang rendah kalori adalah seperti epal, tembikai, bunga kubis dan juga brokoli. Pelbagaikan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Contohnya, korang boleh buat sup sayur, salad, dan salad buah-buahan sebagai hidangan waktu makan.

Breakfast Jangan Tinggal

Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk urusan harian kita. Tapi sarapan lah yang paling ramai tinggalkan, betul tak? Sarapan ni penting sebabnya sarapan berperanan sebagai pembekal tenaga selepas kita kekurangan tenaga apabila bangun dari tidur.

Lagi satu, kalau korang tak makan sarapan, korang lagi cenderung untuk makan lagi banyak makanan pada waktu makan yang seterusnya. Disebabkan korang makan banyak, pengambilan kalori harian korang akan bertambah.

Oleh itu, tak kira lah korang lapar atau kenyang, wajibkan diri korang untuk ambil sarapan setiap hari tanpa gagal.

Ambil Bijirin Penuh

Salah satu cara kurus yang paling berkesan tanpa perlu berdiet adalah melalui pengambilan bijirin penuh. Selalu makan roti putih biasa? Tukar roti tu kepada roti bijirin penuh. Selalu makan bijirin sarapan bergula? Tukar bijirin sarapan bergula tu kepada bijirin penuh atau oat.

Macam tu juga dengan jenis makanan yang lain sepert biskut, pasta dan juga beras, pilihlah jenis bijirin penuh dan lebih sihat. Lagi satu, makanan seperti oat sangat baik untuk kesihatan jantung anda.

Jalan 10,000 Langkah Sehari dan Lakukan Senaman

Tahu tak, dengan hanya berjalan korang juga boleh kurangkan berat badan. Untuk membantu membakar kalori yang telah korang ambil, banyakkan berjalan kaki setiap hari.

Cara yang disarankan adalah dengan berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari. Anggaran bagi 10,000 langkah ini adalah bersamaan dengan lapan kilometer atau 1 jam 40 minit.

Korang tak perlu pun habiskan 10,000 langkah dalam satu masa kerana ia pasti memenatkan. Korang boleh buat sedikit demi sedikit. Paling penting, korang kena banyakkan berjalan kaki ke mana sahaja dalam satu hari tersebut.

4 Resipi Makanan Diet Sedap yang Boleh Anda Cuba

Ramai orang dah set dalam kepala yang menu diet ni tak sedap dan membosankan. Actually, kalau kita pandai dan rajin mengira kalori, pelbagai makanan enak dapat dimakan dan tak perlu terliur melihat makanan orang lain.

Menerusi perkongsian saudari bernama Nurul Izzah, pelbagai makan sedap seperti chicken chop, pasta, sate dan lain-lain dapat dinikmati dengan menggunakan cara diet suku-suku separuh dan kalori defisit.

1. Aglio Olio

Bahan-bahan mee labu aglio olio:

  • Fatboi pumpkin noodles (25 batang)
  • Bawang putih (lima ulas: 22 kcal)
  • Minyak zaitun (5ml:41 kcal)

Cara-cara penyediaan:

– Tumis bawang putih sehingga naik bau.

– Masukkan mee yang telah direbus dan letak sedikit air rebusan supaya tidak kering.

– Masukkan parsley, chili flakes dan garam lalu gaul sehingga sebati.

2. Chicken Chop

Bahan-bahan untuk sediakan chicken chop:

  • Dada ayam (100g: 165 kcal)
  • Serbuk roti (15g: 54 kcal)
  • Minyak zaitun spray

Cara-cara penyediaan:

– Leperkan ayam dengan cara mengetuk kemudian ketika ayam masih basah, salutkan serbuk roti.

– Masukkan ke dalam air fryer dan spray sedikit minyak zaitun dengan menggunakan suhu 180C.

3. Sate Ayam Madu

Bahan-bahan (bahan untuk dikisar) untuk resipi sate ayam madu:

  • Bawang putih – 2 ulas
  • Bawang besar 1/2 biji
  • Halia – 1/2 inch
  • Serai – 1 batang
  • Jintan manis – 1/2 tsp
  • Jintan outih 1/2 tsp
  • Kunyit – 1/2 tsp
  • Ketumbar – 1/2 tsp
  • Madu asli – 1 tbsp
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

– Potong ayam secara dadu mengikut citarasa dan gaulkan bersama semua bahan kisar diatas.

– Perapkan selama satu jam. Lagi lama lagi sedap.

– Setelah perap, cucukkan ayam di lidi dan masukkan dalam air fryer suhu 180C selama 20 minit.

– Sebelum terbalikkan, sapu sedikit madu untuk lebih basah dan tidak kering.\

4. Ikan Bawal Bakar

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 bawang besar*
  • 1/2 inch halia*
  • 10 batang cili kering*
  • Sedikit daun kesum*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 helai daun limau purut*
  • Madu asli – 13g
  • Asam jawa – 5g
  • Air limau kasturi
  • Minyak

Cara-cara penyediaan:

– Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air

– Tumiskan bahan yang telah dikisar dan ditambah asam jawa sehingga pekat dan bertukar gelap

– Perahkan sedikit air limau dan masukkan sedikit madu. Tambahkan sedikit garam jika tawar.

– Gaul atas ikan dan sedia untuk dibakar. Boleh balut dengan daun pisang.

5. Tempeh Nachos

Bahan-bahan diperlukan:

  • Gardenia Wrap (Wholemeal) : 162 Kcal
  • Tempeh (55g) : 106 Kcal
  • Shredded Cheddar Cheese (15g) : 53 Kcal
  • Onion (27g) : 11 Kcal
  • Garlic(2 Cloves) : 9 Kcal
  • Tomato Paste (15g) : 4 Kcal
  • Medium Tomato: 22 Kcal
  • Capsicums (32 G) : 9
  • Carrot (50g) : 17 Kcal
  • Olive Oil (5ml ) : 41 Kcal

Cara-cara penyediaan:

– Potong wrap kecik2 i buat bentuk tiga segi & masukkan dalam air fryer atau atas pan, sbb nak jadikan crispy.

– Tumis bawang merah & putih dengan minyak

– Masukkan tempeh yang telah dikisar / protein yang lain

– Masukkan tomato paste sedikit.

– Masukkan air sedikit sebab x nak bagi pekat n kering

– Masukkan carrot, tomato & lada benggala yang di potong kecil kecuali carrot lagi halus potongannya.

– Masukkan garam/ mushroom seasoning. Susun semuanya, tabur cheese tapi jangan banyak-banyak dan masukkan dalam air fryer sampai cheese cair je.

Lepas ini tiada lagi alasan makanan diet tak sedap dan bosan. Semua resepi yang dikongsi nampaknya begitu sedap dan mengiurkan!

tips diet

Pengambilan Pil Kurus untuk Kuruskan Badan dengan Cepat, Selamat Ke?

Ramai orang nak jalan mudah dan nak kurus cepat. Sebab tulah ada yang sanggup mengambil pil kurus. Antara pil yang digunakan adalah pil Phentermine. Pil ini dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan sangat cepat.

Tapi, sejauh mana selamatnya pil kurus ni? Sebelum tu, kita kena tahu apakah pil Phentermine ni. Pil ini yang sedang laris di pasaran merupakan sebuah pil diet yang sepatutnya boleh digunakan atas arahan doktor sahaja.

Apakah Kesan Sampingan Pil Penthermine Ini?

Pil ini bertindak mengurangkan nafsu makan serta membantu menguruskan badan. Tapi, pil ini hanya diberikan kepada mereka yang sememangnya memerlukan pil ini sahaja.

Gangguan Tidur serta Berjaga atau ‘Alert’ Sepanjang Masa

Pil ini mengandungi sejenis bahan kimia yang bernama  ‘phentermine’. Bahan ini akan merangsang bahagian otak dan menghasilkan tindak balas antaranya menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tidur nyenyak.

Degupan Jantung Lebih Laju

Impak pil ini kepada jantung kita ialah jantung akan berdegup dengan lebih cepat daripada normal. Kalau berlarutan akan menaikkan tekanan darah kita ke arah kadar yang lebih tinggi. Berikutan masalah ini, seseorang mungkin juga akan mengalami masalah sakit dada kerana jantung sedang bekerja dengan aktif.

Sembelit

Pil ini akan mengurangkan keinginan makan justeru mengurangkan kandungan serat dalam badan. Jika ini berlarutan maka individu yang terlibat akan mempunyai masalah pembuangan air besar kerana kandungan serat dalam badan kurang.

Siapakah Golongan Yang Tak Boleh Ambil Pil Ni?

Walaupun pil ini banyak membantu mengurangkan berat badan kebanyakan orang, namun ada juga segelintir golongan yang dinasihatkan menghindari pil ini. Hal ini kerana mereka sudah pun mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Kalau korang ambil juga pil ini, maka ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang tidak diingini dan jika berlarutan boleh mengundang maut. Antara golongan yang tidak boleh ambil pil ini ialah:

  • Mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi
  • Mereka yang mempunyai masalah jantung seperti masalah injap jantung
  • Masalah saluran darah tersumbat
  • Gejala hyperthyroidism
  • Masalah glaukoma mata
  • Mengandung
  • Masalah psikiatrik termasuklah anoreksia serta kemurungan

Sebenarnya, tiada lagi alasan untuk korang tak turunkan berat badan. Dan tips diet yang korang boleh follow tak semestinya kena berlapar. Korang hanya perlukan keazaman dan usaha untuk menurunkan berat badan.

Dan turun berat badan tak semestinya untuk kurus je, tapi untuk kehidpan yang lebih sihat! Itu saja perkongsian Qoala. Nak renew roadtax kereta dan insurans kereta? Guna Qoala saja!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60