Kuala Lumpur, 14 September 2022 – Qoala Malaysia memperluaskan penawaran dengan melancarkan produk insurans kesihatan menerusi platformnya. Pengenalan produk insurans kesihatan ini melengkapkan rangkaian produk insurans dan takaful sedia ada Qoala antaranya insurans kereta dan motosikal, kemalangan diri, harta benda dan perjalanan sekali gus menjadikan Qoala sebagai platform insurans dan takaful yang komprehensif di negara ini.
Pelanggan boleh mendapatkan sebut harga daripada pelbagai rakan kongsi insurans Qoala antaranya Etiqa Life Insurance Berhad dan Tune Protect Group Berhad. Pelanggan hanya perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian untuk mendapatkan harga premium insurans serendah RM400 setahun.
Akash Sharma, Ketua Qoala Malaysia berkata, “Pengenalan produk insurans kesihatan di platform Qoala dilancarkan pada masa yang sesuai lebih-lebih lagi mengambil kira kadar inflasi perubatan yang tinggi di Malaysia. Dengan memfokuskan perkhidmatan yang mudah, telus dan berpatutan, kami percaya penawaran produk ini akan membentuk persepsi baharu berkaitan insurans kesihatan kerana pelanggan kini boleh memilih polisi yang sesuai dengan mereka.”
“Dengan penawaran produk yang komprehensif ini, kami kini lebih bersedia untuk melindungi pelanggan daripada menggunakan simpanan atau dana persaraan mereka untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka. Penawaran produk baharu ini juga mengukuhkan lagi peranan kami dalam meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kewangan Malaysia” tambahnya.
Laman web Qoala juga sedang dirombak bagi mengukuhkan lagi matlamatnya dalam menjadi platform pasaran insurans dan takaful terbesar di negara ini. Laman web baharu ini akan dinaik taraf untuk menjadikan pengalaman pembelian yang lebih lancar selain berharap tawaran produk baharu dapat menyumbang keuntungan 11 kali ganda berbanding tahun lepas menjelang akhir tahun ini.
Layari qoala.my untuk banding dan beli perlindungan insurans dengan tawaran harga yang berpatutan hari ini!
***
Mengenai Qoala
Qoala merupakan syarikat permulaan dalam bidang teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk memasyarakatkan insurans melalui kombinasi pembangunan produk baru dan proses tuntutan berasaskan mesin pintar. Qoala, beroperasi di tiga buah negara; Indonesia, Malaysia dan Thailand melalui penawaran pelbagai jenis perlindungan insurans yang merangkumi kenderaan bermotor, hartanah, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan yang boleh diakses dengan pantas, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.
Hubungan Media
Jeremy JEESANDARAN | PR Associate, Qoala Malaysia | [email protected] | +6016 312 7360