Halau lipas dalam kereta??? Sebut pasal petua halau lipas dalam kereta ni, pernah tak korang ternampak makhluk halus ni tiba-tiba muncul dekat stereng kereta? Pehhh, bayangkan masa tu tengah drive, boleh datang panic attack! Untuk pengetahuan korang, lipas ni bukan je menggelikan, tapi diaorang boleh bawak penyakit! So kepada sesiapa yang menternak lipas dalam kereta tu, bawak-bawaklah bertaubat.
Petua Halau Lipas Dalam Kereta
Ye, memang betul. Korang boleh je beli racun perosak yang dekat market tu, tapi sebenarnya, racun tu bukannya membunuh lipas, ia boleh membahayakan kita juga. Kot-kot bau tu lekat dalam kereta, lepastu kita pun hidu. Haa boleh bawa ke kemudaratan.
So, apa yang korang boleh buat is, gunakan petua halau lipas dalam kereta menggunakan barang-barang yang tidak membahayakan diri. Ni dia petua halau lipas yang korang wajib tahu.
1. Daun Pandan
Korang confirm tahu daun pandan ni memang famous disebabkan bau wangi dia. Punya lah power daun pandan ni, dia bukan je selalu digunakan dalam masakan tapi daun pandan pun mampu menghalau lipas!
Sebenarnya, lipas ni tak suka bau pandan tu. That’s why diaorang lari bila kita letak daun pandan dalam kereta.
So ada dua cara korang boleh gunakan:
- Letak je sejambak daun pandan dekat tempat yang selalu keluar lipas
- Racik halus lepastu letak dalam bekas kecik
2. Daun Salam
Petua halau lipas dalam kereta yang kedua is dengan menggunakan daun salam. Untuk korang yang tak tahu apa tu daun salam, dia sebenarnya bay leaves. Yes, bay leaves yang korang selalu letak dalam spaghetti bolognese tu.
So macam daun pandan juga, daun salam ni ada bau dia yang buatkan lipas-lipas semua lari lintang pungkang.
3. Halau Lipas dengan Serbuk Kopi
Petua halau lipas seterusnya adalah dengan menggunakan serbuk kopi. Caranya mudah ajee. Korang boleh masukkan serbuk kopi dalam bekas yang dilubangkan. Cara ni boleh buatkan satu kereta korang bau aroma kopi. Lipas tidak suka bau kopi dan diaorang akan lari ke tempat lain.
4. Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis
Teknik halau lipas yang seterusnya adalah dengan menggunakan bunga cengkih & kulit kayu manis. Sama macam daun salam dengan daun pandan, bunga cengkih ni pun keluarkan bau yang kuat yang boleh halau lipas keluar dari kereta.
Kalau korang perhatikan, bahan-bahan yang Qoala listkan dekat atas tu mostly semua bahan tu bahan wajib ada dekat dapur. Senang kan?!
5. Acid Boric
Acid boric ni korang boleh dapatkan dekat mana-mana kedai hardware. Nama je acid, tapi acid boric ni satu bahan yang selamat digunakan. Bagusnya acid boric ni, dia dapat membunuh lipas-lipas yang buat perkampungan dalam kereta korang.
Korang just kena tabur acid tu dan lipas-lipas tu akan makan.
6. Halau Lipas dengan Baking Soda
Baking soda sering digunakan dalam masakan jenis bakery. Baking soda bukan saja mampu halau lipas, malah ia juga boleh menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan yang ada dalam kereta.
Caranya mudah saja, taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari.
Nak Halau Lipas? Ni Tiga Punca Kereta Korang Jadi Tempat Pembiakan Lipas
Jangan salahkan lipas tu membuat perkampungan dalam kereta kita kalau tindakan kita sendiri jadi punca kenapa lipas datang. Tapi, apa punca-punca kereta kita jadi tempat pembiakan lipas sebenarnya?
Selalu Makan dalam Kereta
Korang selalu makan dalam kereta? Selalu pergi drive thru dan makan dalam kereta? Bila kita makan dalam kereta, confirm-confirmlah sisa-sisa makanan yang kecik-kecik akan jatuh ke celah-celah seat kereta.
Tambah-tambah lagi kalau budak-budak yang makan. Memang akan mengundang tetamu(lipas) yang tidak diundang tu.
Jarang Bersihkan Kereta
Berapa kerap korang bersihkan kereta? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali? Antara punca lain kereta korang jadi tempat pembiakan lipas adalah kerana kereta jarang dibersihkan.
Semakin lama kereta dibiarkan dan tidak dibersihkan, semakin banyaklah lipas datang membiak. Disebabkan itu, korang dinasihatkan untuk membersihkan kereta secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.
Kereta yang bersih pun boleh menghilangkan stress dan sekali gus dapat halau lipas daripada berkampung dalam kereta.
Tempat Parking Banyak Sampah
Misal kata korang dah selalu bersihkan kereta & tak makan dalam kereta tapi masih juga ada lipas. Cuba check tempat parking kereta korang. Mungkin tempat parking tu banyak sampah.
Jadinya, lipas dari parking tu akan naik kereta korang.
Tanda-tanda Lipas Ada Dalam Kereta, Kena Halau Lipas Cepat!
Korang pernah tahu tak kenapa lipas ni dilabelkan sebagai haiwan perosak? Lipas ni kotor dan boleh bawa penyakit. Sebab tu kena elak. Nak tahu macam mana ada lipas dalam kereta korang? Perhatikan tanda-tanda ni:
Najis Lipas
Lipas adalah sejenis serangga perosak yang memakan hampir semua benda. Kalau korang tak pasti macam mana bentuk najis lipas, rujuk gambar di bawah. Najis lipas berbentuk kecil dan ia akan berselerak di tempat diaorang membiak.
Bahagian kereta yang selalu menjadi port lipas adalah seperti bawah karpet, di celah-celah pintu dan juga bonet. Kalau korang perasan ada najis lipas, korang kena cepat-cepat bersihkan untuk halau lipas lipas tu.
Telur Lipas
Tahukah korang, lipas adalah sejenis haiwan perosak yang boleh membiak dengan sangat pantas? Iya, kalau korang tak bersihkan kereta dengan cepat, makin banyaklah diaorang membiak.
Telur lipas boleh mengeluarkan berpuluh-puluh anak lipas. Cuba kira sekiranya dalam kereta kita ada satu atau dua telur lipas. Satu atau dua telur lipas pun sudah mencukupi untuk menakluk kereta anda. Sebab itulah tak boleh berlenggah bab halau lipas dalam kereta.
Bau Busuk
Bila terhidup satu bau yang tak menyenangkan atau bau busuk setiap kali masuk kereta atau setiap kali buka aircond, ketahuilah sudah tiba masanya untuk korang halau lipas keluar daripada kereta korang.
Bau yang kuat dalam kereta korang membawa makna bahawa lipas sudah banyak dalam kereta. Kalau korang terhidu bau seakan-akan bau hapak yang kuat, anda perlu membersihkan kereta dengan segera.
Sampai di sini sahaja perkongsian yang dapat Qoala kongsikan. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang dalam pelbagai cara. Kalau korang tengah cari platform online untuk membuat pembaharuan road tax dan insurans, klik di SINI.